Halaman

Rabu, 17 Jun 2009

UMNO PAS:PAS PERLU NYATAKAN PENDIRIAN YANG SEBENAR BERKENAAN KERAJAAN PERPADUAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas perlu membuat pendirian sebenar mengenai cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan berikutan timbul ketidaksepakatan dalam parti itu ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini timbul perselisihan kenyataan pemimpin dalam parti itu mengenai agenda kerajaan perpaduan membabitkan Pas-Umno-BN.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, hari ini mengenai kenyataan terbaru Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali bahawa sebarang perbincangan kerajaan perpaduan dengan Pas mesti membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA