Halaman

Rabu, 19 Ogos 2009

BICARA HINA SULTAN PERAK:MAHKAMAH TOLAK BANTAHAN PEGUAM KARPAL SINGH

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan peguam, Jagdeep Singh Deo untuk tidak memasukkan rakaman sidang media yang dibuat oleh anak guamnya pada Februari lalu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan Karpal Singh yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah memutuskan demikian setelah berpuas hati meneliti keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan sebelum ini termasuk pembuat rakaman itu iaitu jurukamera sambilan RTM, Adial Singh Hari Singh serta hujah kedua-dua pihak.

Sewaktu menyampaikan keputusannya, Azman menyatakan, jurukamera tersebut yang merupakan saksi ketiga pendakwaan telah mengesahkan bahawa pita rakaman tersebut telah berfungsi dengan baik dan tidak memberikan sebarang masalah.

Salmah Mokhtar: ``Keterangan saksi kedua pendakwaan, Eliani Mazlan dan Adial mengesahkan bahawa rakaman yang terkandung dalam pita tersebut adalah rakaman sidang akhbar pada 6 Februari lalu. Mahkamah juga berpuas hati bahawa sebagai jurukamera, saksi ketiga tidak perlu memahami apa yang diperkatakan dalam sidang akhbar tersebut,’’ katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA