Halaman

Rabu, 19 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:KORONER ARAH SIASATAN TERHADAP SURAT YANG ADA NAMA2 TERTENTU

Mahkamah koroner di sini hari ini mengarahkan siasatan dibuat terhadap isi kandungan sepucuk surat bertarikh 5 Ogos lalu yang berkaitan dengan inkues siasatan kematian setiausaha politik exco Selangor.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan demikian dengan alasan isi kandungan surat yang diterima oleh peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo mempunyai elemen yang boleh menimbulkan prejudis terhadap kes itu.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkembangan terbaru itu.

Sebelum itu, pada prosiding hari ini, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sepucuk surat yang mengandungi maklumat penting berhubung inkUes ini.

"Pada petang semalam iaitu selepas prosiding, saya menerima sepucuk surat yang mengandungi banyak perkara dan maklumat berkenaan dengan inkues, oleh itu saya minta supaya satu siasatan dijalankan dengan segera," kata Gobind.

Peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan bagaimanapun taida bantahan terhadap permohonan tersebut.

Koroner juga turut memerintahkan agar salinan surat yang mengandungi nama-nama individu tertentu itu tidak disebarkan kepada media.

Prosiding inkues bersambung Isnin ini.

2 ulasan:

  1. pada pg sprm dah selat. 2 patalogists dah sahkan bunuh diri. nama dalam surat tu memang pr punya pemimpn. sprm dah selamat

    BalasPadam
  2. Gobind ni benggali yg tak boleh pakai... Dia ni talam dua muka. Satu muka peguam pemerhati keluarga Teoh, satu muka lagi defend DAP.....

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA