Halaman

Jumaat, 21 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:SURAT MISTERI PERLU DIRUJUK KE SPRM

‘Surat misteri’ yang diterima oleh peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan pengesahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, surat misteri itu yang didakwa menggunakan kepala surat suruhanjaya tersebut perlu diberikan kepada pihaknya untuk penelitian.

Beliau berkata, jika surat misteri itu dirujuk kepada suruhanjaya tersebut, pihaknya dapat mengkaji kesahihan isi kandungannya.

“Sekarang sesiapa boleh buat surat termasuk surat layang dengan menggunakan nama atau logo mana-mana syarikat.

“Oleh itu, pihak yang menerima surat misteri seharusnya merujuk kepada kita dahulu untuk mengetahui kesahihan isi kandungan dan kepala surat yang digunakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Koroner Shah Alam memerintahkan supaya satu siasatan lanjut dijalankan berhubung isi kandungan sepucuk ‘surat misteri’ yang dikatakan dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Tambah Ahmad Said, dalam keadaan semasa, semua perkara boleh dilakukan termasuk memalsukan kepala surat pada surat misteri tersebut.

“Sedangkan kad pengenalan pun boleh dipalsukan, apatah lagi kepala surat. Saya harap pihak yang menerima surat itu merujuk kepada kita untuk pengesahan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA