Halaman

Selasa, 18 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:TIADA KESAN PENDERAAN PADA BADAN BENG HOCK DITEMUI

Pakar Patalogi Forensik, Dr. Prashant Naresh Samberkar memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa semua kecederaan yang dialami Teoh Beng Hock adalah konsisten berikutan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan akibat penderaan atau mempertahankan diri dijumpai pada badan Beng Hock semasa mangsa dibedah siasat pada 17 Julai lalu.

Prashant turut menganggarkan Beng Hock meninggal dunia antara pukul 7.15 pagi dan 11.15 pagi, 16 Julai lalu iaitu lapan hingga 12 jam sebelum mayatnya diperiksa oleh beliau pada pukul 7.15 petang, hari yang sama

Dalam pada itu Seorang ahli forensik polis memberitahu kesan-kesan cap jari ditemui pada bahagian bingkai dan pengunci tingkap yang patah di tingkat 14 Plaza Masalam di mana Teoh Beng Hock dipercayai jatuh pada 16 Julai lalu.

Cif Inspektor Mazli Jusuh bagaimanapun memaklumkan kesan yang ditemui itu tidak cukup lapan sifat yang diperlukan untuk proses lifting dan padanan yang menjadikan hasil pengesanan adalah negatif.

Katanya, penemuan kesan-kesan cap jari itu tidak dimasukkan dalam laporan pemeriksaan forensik serta tiada rakaman foto kerana hasilnya negatif

2 ulasan:

  1. Gua caya sama lu! Lu jangan tipu sama gua, ya!

    BalasPadam
  2. SAYA HARAP LAMAN WEB NI UNTUK KETENGAHKAN ISU POLITIK YG RAKYAT TAK TAHU...BUKAN KUTUK MENGUTUK...APA GUNA..MANA PIE SATU MALAYSIA?

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA