Halaman

Selasa, 20 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:UMNO KELANTAN UBAH STRATEGI UNTUK TAWAN KELANTAN

Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar ahli baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.Pada pilihan raya umum lalu, isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA