Halaman

Rabu, 4 November 2009

ANWAR NIZAR ALJUBURI:MAHKAMAH BENARKAN MAYAT TEOH DIKELUARKAN SEMULA

Mahkamah Koroner hari ini membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock digali semula bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan.Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan keluarga Teoh Beng Hock untuk menggali semula mayatnya bagi dibedah siasat semula.

Bedah siasat kedua ini akan turut dihadiri oleh pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojansunand.

Dr Pornthip tidak boleh melakukan bedah siasat kerana hanya doktor Malaysia sahaja yang melakukannya seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Koroner juga memutuskan bahawa bedah siasat kedua itu hendaklah dilakukan dengan kehadiran Dr Prashant N Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim dan doktor forensik yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baru-baru ini, Dr Pornthip memberitahu inkues bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan kematian Teoh disebabkan homisid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA