Halaman

Isnin, 4 Januari 2010

PEMIMPIN DAN ULAMA PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG KALIMAH ALLAH

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Jadi bagaimana dengan pendirian Ahli Parlimen Shah Alam yang bertegas tidak ada salahnya ugama lain menggunakan Kalimah ALLAH.Apakah wajar beliau disingkir dari parti Pas?

1 ulasan:

  1. Salam bro,

    Mamat tu ilmu agama pun tak tau takat mana....Ada ulamak dalam parti pun dia X nak dengar....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA