Halaman

Rabu, 7 April 2010

APA NIK AZIZ BUAT UNTUK RAKYAT KELANTAN

Selama hampir 20 tahun Nik Aziz berkuasa di kelantan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz untuk membantu rakyat Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan.Langsung tidak satu program yang dibuat kerajaan Pas Kelantan untuk membantu rakyat keluar dari kemelut yang disebut tadi.Berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan yang tidak jemu jemu untuk membantu rakyat Kelantan.

Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) memperuntukkan RM1 bilion bagi membantu rakyat di negeri ini keluar daripada kepompong miskin tegar, kata Pengarahnya, Makhtar Mustapha.

Beliau berkata, sehingga kini 1,184 penduduk negeri ini diisytiharkan keluar daripada miskin tegar berbanding 3,507 yang dikesan dan dikenal pasti.

"Hampir 2,500 orang lagi dijangka keluar daripada miskin tegar sebelum menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat tiga kawasan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan dalam bandar di sini hari ini.

Pada lawatan tersebut Makhtar dan beberapa kakitangan JPPK yang terlibat, turut sama melihat perkembangan program itu di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terlibat di Jalan Bayam dan Kampung Wakaf Mek Zainab dekat sini.

Beliau berkata, antara beberapa bantuan yang disalurkan melalui JPPK di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah bantuan rumah, latihan kemahiran dan bina insan, bantuan dari segi kecemerlangan pelajar, pembangunan masyarakat setempat dan peningkatan pendapatan.

Beliau berkata, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JPPK turut memberi bantuan am kepada kanak-kanak, orang tua, orang kelaiana upaya (OKU) dan pesakit kronik.

"Untuk program pembasmian kemiskinan dalam bandar, kami memberi bantuan seperti tambang bas sekolah, sewa rumah, ibu tunggal dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, bantuan peralatan seperti mesin rumput, mesin jahit, peralatan membuat kuih-muih, mesin tebu serta motor roda tiga turut diberikan bagi membantu peniaga sayur dan ikan meneruskan perniagaan masing-masing.

Selain itu Makhtar berkata, JPPK turut menyediakan peruntukan untuk projek ekonomi seperti ternakan lintah, itik telur, cendawan, cili dan pelbagai lagi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA