Halaman

Isnin, 12 April 2010

LEBIH BANYAK PENDEDAHAN AKAN DIBUAT KEATAS ANWAR

Lebih banyak pendedahan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibuat bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika pimpinan parti itu terus menafikan kebenaran yang didedahkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh berkata, sebab itu adalah lebih baik bagi pemimpin PKR berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan seperti dibuat mereka ke atas Datuk S. Nallakarupan.

"Hendak nafi boleh, tapi jangan sehingga menyebabkan bekas pemimpin PKR tampil mendedahkan secara keseluruhan cerita itu dari A ke Z," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini menggelar Nallakarupan sebagai 'gila' ketika mengulas pendedahan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu mengenai rancangan Anwar jika pakatan pembangkang menguasai DUN Sarawak.

Berikutan itu, Nallakarupan dalam kenyataan balasnya menyifatkan Anwar mempunyai banyak idea gila dengan salah satunya adalah rancangan 16 September bagi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Mohd. Radzhi yang meninggalkan parti itu tahun lalu mengingatkan Azmin dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution supaya lebih berhati-hati ketika menguruskan pendedahan yang dibuat bekas rakan Anwar.

"Azmin dan Saifuddin perlu berdiam diri kerana kenyataan (menggelar Nallakarupan gila) bercanggah dengan prinsip seorang Islam.

"Janganlah kerana kepentingan politik, mereka cuba untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA