Halaman

Selasa, 20 April 2010

PAKATAN RAKYAT SUDAH TERDESAK DAKWA SEMUA BEKAS PM MINUM ARAK

Seperti mana yang diketahui ramai Umno tidak menuduh Zaid minum arak tapi Zaid sendiri yang mengakui yang beliau telah mengambil air setan itu.Oleh kerana sudah terlalu terdesak dengan kesilapan dalam memilih calon yang sudah membuat pengakuan terbuka yang dirinya(Zaid) memang terjebak dalam Air IBLIS itu Pas mula membuat tuduhan yang kononya semua PM telah minum air IBLIS itu.

Menyifatkan kempen Hulu selangor sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

KERANA SUDAH TERDESAK PAS TELAH MENGUNGKIT PADA ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA.INI SATU PEMBOHONGAN BESAR DARI PR(PEROSAK RAKYAT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA