Halaman

Ahad, 25 April 2010

PERATUS RENDAH:MUNGKIN PENYOKONG PKR PULAU PENGUNDIAN


BERITA YANG BARU DITERIMA(BN ADA HARAPAN UNTUK MENANG)

5.30ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah 2,779 undi berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

Pada 2008 sejumlah 75.24 peratus atau 46,156 orang keluar mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

5.00ptg: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat jam 5 petang.

Terdapat sekitar 500 orang (separuh penyokong BN dan separuh lagi penyokong Pakatan) di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam - salah satu tempat tumpuan dalam daerah mengundi Hulu Bernam.

Penyokong BN melaungkan slogan dan mengebar bendera, manakala penyokong Pakatan - sebahagian besarnya penyokong PAS - memilih untuk berdoa dan tidak menghiraukan tindakan provokasi.

4.30ptg: Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.

4ptg: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan awan hitam kelihatan di pekan Kuala Kubu Bahru.



Setelah semuanya selesai peratus yang keluar tidak menepati sasaran SPR .Apakah ini menunjukan samaada penyokong PKR atau BN tidak keluar mengundi.Tapi dari apa yang dapat dilihat BN mempunyai kelebuhan untuk memenangi PRK ini.Proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tamat pada jam 5 petang tadi. Seramai 47,615 pengundi atau 73.82 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga 4 petang tadi. Terdapat 799 pemilih pos pada pilihan raya kecil kali ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, proses pengundian berjalan lancar sejak 136 saluran di 48 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi.
Namun, berlaku beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong parti bertanding berhampiran beberapa pusat pengundian. Seramai enam lelaki dilaporkan ditahan polis kerana mencetuskan kekecohan.

PENYOKONG PKR dan BN tolak menolak di luar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali semasa proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

APA APA PUN KITA TUNGGU KEPUTUSAN RASMI DARI SEMASA KE SEMASA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA