Halaman

Isnin, 17 Mei 2010

BN SEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN DI KEDAH

Bn sedia menghadapi apa jua keadaan politik di Kedah yang berlaku ekoran desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.BN akan memantau perkembangan tersebut namun pada masa yang sama tidak menolak kemungkinan ia sekadar polemik.Sebenarnya,BN tidak mahu membuat sebarang andaian kerana tidak ada pengumuman rasmi tentang isu lompat parti itu.Namun sekiranya itu berlaku, BN bersedia dan tidak ada apa yang hendak dirisaukan.Khabar angin sudah heboh mengatakan DUN Kedah akan dibubarkan berikutan empat ADUN pakatan pembangkang akan keluar parti dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu, ADUN terbabit ialah S.Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).Daripada empat yang dikaitkan itu, Manikumar dan Soo Nee merupakan Exco kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, jika benar ada ahli PKR yang bertindak keluar parti, perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Ini kerana, katanya, sudah ramai yang berbuat demikian sebelum ini.Sudah ada beberapa Ahli Parlimen dan ADUN PKR yang meninggalkan parti mereka , jadi kalau berlaku di Kedah kali ini, tidak ada apa yang mengejutkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA