Halaman

Khamis, 10 Jun 2010

CADANGAN NIK AZIZ DI TOLAK BULAT BULAT

Kalau ahli Pas sendiri sudah tidak mahu menerima cadangan Tok Guru sendiri siapa pula yang harus mengikut suara Tok guru itu.Nampaknya suara dan cadangan Nik Aziz sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan dengan suara ahli Pas.Hari ini Dewan Muslimat Pas menolak usul menubuhkan sayap baru Muslimat Muda, biarpun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.

Penolakan usul itu, yang dibawa oleh perwakilan Pengkalan Chepa, Zaharah Mohd itu, dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di sini.Zaharah mencadangkan usul Muslimat Muda itu supaya disertai wanita muda berusia bawah 40 tahun sebagai menampung pertambahan ahli membabitkan generasi muda dan langkah menarik golongan muda.Bagaimanapun, ketika membahaskan usul berkenaan, Perwakilan Ipoh Timur, Diana Mohd. Sani membantah usul itu.

Beliau berkata, masanya belum tiba bagi Dewan Muslimat Pas menubuhkan sayap baru itu meskipun sudah menjangkau 50 tahun penubuhannya.Malam tadi, Nik Abdul Aziz ketika merasmikan muktamar tahunan itu, memberikan lampu hijau agar Dewan Muslimat Pas membawa usul penubuhan sayap baru yang dinamakan Muslimat Muda bagi menarik golongan muda serta menjadikan sayap itu sebagai pelapis pemimpin untuk muslimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA