Halaman

Selasa, 1 Jun 2010

RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA DISAHKAN SELAMAT

Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel disahkan selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dalam pada itu Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu,akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.Kapal itu tidak akan melalui perairan Iarael. Kenapa pula Israel mahumenghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA