Halaman

Isnin, 14 Jun 2010

TIADA ADUN UMNO YANG MELOMPAT KE PKR

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa kepemimpinan UMNO Perak kini mengalami ‘krisis dalaman yang sangat parah’ sebagai tidak masuk akal.

Katanya, UMNO Perak tidak mempunyai krisis seperti didakwa PKR sebaliknya berada dalam keadaan terbaik.

Beliau berkata, apa yang ditimbulkan parti pembangkang itu menggambarkan ‘ketakutan’ mereka dengan kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja di Perak malah seluruh negara.

‘‘Matlamat mereka adalah untuk meragukan ahli-ahli UMNO. Mereka sengaja timbulkan isu ini supaya dapat mengelakkan tumpuan ahli-ahli terhadap masalah dalaman parti mereka sendiri.

‘‘Kita tidak akan terpengaruh dengan strategi dangkal dan murah mereka,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zambry sekali lagi menafikan kononnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN akan menyertai PKR.

‘‘Awak percayakah? Dulu mereka sebar kata polis tahan saya di lapangan terbang ketika melawat Amerika Syarikat (AS) yang kemudiannya mereka terpaksa menarik balik dakwaan dan meminta maaf,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razlan berkata, dakwaan tersebut menunjukkan tanda-tanda PKR kehilangan pertimbangan untuk berfikir secara rasional semakin jelas.

‘‘Mereka sebenarnya sudah bankrap idea. PKR sedar sokongan rakyat semakin terhakis jadi mereka cuba mengada-adakan isu. Ibarat orang gila meroyan yang percaya dengan penipuan mereka sendiri.

‘‘Pada hakikatnya Pemuda UMNO 100 peratus menyokong Zambry. Jadi Gerakan Anti Zambry (GAZ) ini hanya omongan kosong seperti juga idea 16 September,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA