Halaman

Selasa, 3 Ogos 2010

DAP PECAT AHLI KERANA INGIN TUTUP KESALAHAN SENDIRI

Pemuda Barisan Nasional (BN) melihat tindakan DAP memecat Anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock sebagai "menutup kesalahan besar" yang dilakukan beberapa pemimpin tertentu parti itu.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata DAP juga menangani isu itu secara tidak telus kerana membelakangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan polis.

"Kita minta penjelasan DAP di atas apa yang berlaku berhubung skandal rasuah itu yang melibatkan surat sokongan secara tidak mengikut prosedur...DAP tidak transparent dan ada menyembunyikan sesuatu dengan tidak meminta SPRM menyiasat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Pemuda BN, di sini, Isnin.

Khairy berkata tindakan mengheret Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim ke lembaga disiplin kerana kenyataannya menerusi Twitter juga menunjukkan Tee bukan dalang sebenar dalam kes tersebut.

Sabtu lepas, DAP memecat Tee berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.

Akhbar sebelum itu melaporkan seorang anggota majlis perbandaran tersebut didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya mendapatkan kontrak MPK.

Ekoran pemecatan Tee, Teng mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris menerusi Twitter yang berbunyi "OMG! Culprit freed" (Oh Tuhanku! Dalang dilepas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA