Sebenarnya ramai yang berharap untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri Perak Selasa berlangsung secara berhemah berbeza dengan yang diwarnai oleh aksi mengarut para ADUN pembangkang masa dua sidang sebelum ini.
Namun Nizar & geng 27 ADUN pembangkang nampaknya seperti orang yang sudah tidak idea lain kecuali buat kecoh dan kecoh - mungkin untuk menjolok rakyat Perak agar tidak mudah lupa - mereka pernah pernah perintah negeri itu setahun.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas insiden sidang DUN itu mempersoalkan nilai moral pemimpin pembangkang.
"Apakah mereka tiada nilai moral yang agak tinggi. Apakah itu menunjukkan lemah pendirian mereka atas soal prinsip seperti ini. Perkara ini sepatutnya boleh dinilai oleh rakyat," katanya.
Katanya perbuatan pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara yang sebelum ini, membuat keputusan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri berkenaan.
"Perkara ini seharusnya tidak timbul lagi. Mereka harus menghormati ketertiban dalam DUN. Bila speaker kata berhenti...jangan buat.
"Apa jua pangkat, jawatan dalam dewan, kita sama saja. Kita kena patuh. Jadi bila dia tak mematuhi, kita ada hak mengambil tindakan untuk menyingkirkan... mengeluarkannya.
"Sepatutnya dia menghormati sistem demokrasi berparlimen...kita ada undang-undang. Apakah ini membuktikan Pakatan Rakyat memang tidak akan menghormati keputusan mahkamah?," soalnya semasa bercakap dengan wartawan selepas satu mesyuarat di Putrajaya Rabu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menilai aksi pembangkang itu gara-gara usaha untuk menutup malu.
Katanya rancangan pakatan pembangkang di sidang DUN untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa pembentangan usul perbekalan tambahan akan menambah jumlah defisit dalam Bajet 2010 sebanyak RM104 juta gagal.
Menurutnya niat buruk pembangkang yang diketuai Nizar untuk menghentam kerajaan BN atas alasan Perak akan berada dalam keadaan defisit yang sangat kritikal, tidak kesampaian apabila beliau membuktikan Perak akan mencapai bajet seimbang bagi tahun 2010.
"Mereka terkejut kerana perbelanjaan tambahan itu langsung tidak 'mengusik' rizab sebanyak RM800 juta yang dimiliki kerajaan negeri. Oleh itu rancangan mereka untuk menjatuhkan (kredibiliti kerajaan) tidak menjadi kenyataan.
"Maka mereka terpaksa mengalih perhatian dengan menjadikan sidang DUN semalam sebagai pentas ceramah politik," katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Ipoh Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Speaker Datuk R Ganesan yang mengarah keluar dan menggantung Mohammad Nizar daripada menghadiri sidang DUN semalam kerana mencetuskan kekecohan dan berkelakuan haru-biru.
Zambry berkata sangkaan pembangkang bahawa kerajaan negeri akan menyebabkan Perak mencatatkan rekod defisit tertinggi dalam sejarah ternyata meleset setelah pembentangan sumber perbelanjaan tambahan RM80 juta bagi bajet 2010 dibuat semasa sesi soal jawab.
Katanya kesemua ADUN pembangkang dilihat mempamerkan rasa terkejut apabila diberitahu sumber perbelanjaan itu adalah daripada lebihan perolehan hasil sebanyak RM117 juta yang berjaya dikutip kerajaan negeri sehingga 31 Julai lepas.
Beliau meminta wakil rakyat pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri tanpa disokong fakta yang benar.
"Kita tidak berbohong apabila kita bentangkan bahawa kerajaan negeri memperoleh lebihan pendapatan sebanyak RM117 juta. Angka ini direkodkan dan ia melibatkan wang rakyat," katanya.
Zambry berkata selain mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap, lebihan pendapatan itu adalah pendapatan luar jangka yang diterima kerajaan negeri hasil bayaran premium tanah oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat.
Ketika membentangkan usul perbekalan tambahan 2010 di sidang DUN semalam, Menteri Besar berkata RM30 juta daripada RM80 juta perbelanjaan tambahan yang dipohon akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat manakala RM50 juta lagi bagi pelaburan menambah hasil negeri.
Perolehan tambahan yang berjaya dikutip itu juga akan digunakan kerajaan negeri untuk menghapuskan RM23.8 juta defisit yang diunjurkan dalam Bajet 2010.
PR kini dipenuhi oleh pelakon-pelakon handalan
BalasPadamyang berebut-rebut mencipta nama dipentas sandiwara pembohongannya
'org gila talak' tu berjuang nak dpt balik hak yg dia lepaskan.. nizar 'gila talak' nak dpt balik hak dia yg dirampokkan..
BalasPadam