Halaman

Jumaat, 6 Ogos 2010

PRESIDEN PAS MAHU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DI PERTAHANKAN

Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari iniBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA