Halaman

Sabtu, 6 November 2010

ISTILAH BARU NIK AZIZ

Bagi PAS tak kira menang kalah …dosa sepanjang masa dipihak Barisan Nasional. Parti itu sentiasa suci sekalipun semua orang berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ia melanggar etika kempen dan main kasar semasa hari pengundian pilihanraya kecil di Galas.

Maka tidak hairanlah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat berkisah tentang keraguannya tentang kemenangan calon BN ,Abdul Aziz Yusof dengan majoriti 1,190 mengatasi calon parti itu Dr Zulkifli Mohamad.

Ada istilah baru yang diciptanya ‘ tekanan raya’ bila mendakwa ada unsur ugutan dan sogokan terhadap pengundi.

Menteri Besar Kelantan itu lupa macam kata Tengku Razaleigh Hamzah ketika mendakwa berbagai penyelewengan pilihanraya – pembangkang boleh menang Kelantan,tawan Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Tapi itulah lagu biasa yang diputar balik setiap kali lepas pilihanraya apa lagi kalau kalah begini.

Bagi PAS ia merasa seolah sentiasa kena menang kerana adanya perkataan ‘ Islam’ pada nama parti itu.

Tindak tanduk seperti Nik Aziz ‘hulur’ RM300 pada saudara baru Orang Asli di Lojing masa kempen menjadi suci atas nama ‘zakat’.

SPR kata pemberian duit itu salah dalam kontek masa kempen pilihanraya.PAS kata itu zakat.

Jadi dimana nak diletak kedudukan SPR kerana membuat kenyataan mengenainya mengikut peraturan kempen pilihanraya yang ditetapkan?

Jawabnya mestilah SPR 'pilih kasih' pada BN.

Tawaran PAS nak beri RM250 seorang pada pengundi luar disucikan dengan mendakwa ia dapat membantu SPR meningkatkan peratusan yang mengundi dalam pilihanraya kecil itu.

Bagaimana pula dengan aksi kasar para penyokongnya di hari pengundian.Perbuatan seorang muslimat PAS mengetuk seorang anggota Puteri disifatkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Halim Abdul Rahman ‘ hal kecil ‘ saja.



Apa pula alasan nak diberi pada kehadiran kanak-kanak di celah-celah penyokongnya yang terpekik terlolong pada hari pengundian seperti gambar-gambar diatas yang dipetik dalam laman Facebook Pewaris Bangsa.

Bukankah ini menyalahi etika pilihanraya.

PAS sentiasa ada alasan seperti ia senang-senang kata ia cuma ‘ putarbelit’ kempen BN bila Orang Asli menjerit tentang isu Ladang Rakyat, tanah mereka dan sebagainya.

Alih-alih Tengku Razaleigh yang dituduh hilangkan fail sedangkan semua orang tahu soal tanah segala macam adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kita kecewa. Kalau rakyat terima sungguh (BN) sebagaimana kehendak dia tolak Pas itu tidak mengapa. Tapi kalau tolak Pas ambil BN kerana perkara 'tertentu', kerana ugutan, kerana sogokan, kerana apa-apa, maka dosa dia (BN) tanggung sampai ke akhirat.

"Ini kerana dia tidak beri peluang kepada rakyat memilih. Kita sebut pilihan raya, tahu-tahunya jadi 'tekanan raya', itu berdosa," itulah antara kata Nik Aziz pada wartawan di Kota Bharu ketika diminta mengulas mengenai kekalahan PAS.



Tok Guru mengingatkan BN pada ‘dosa' yang akan ditanggungnya.

Katanya setiap kegiatan manusia termasuk urusan politik tidak akan terlepas daripada agama dan undang-undang Allah.

Bukankah ingatan ini juga patut ditujukan pada PAS dan penyokongnya?

Atau mungkin Nik Aziz merasa PAS ada keistimewaan ‘kalis’ dosa kerana adanya perkataan ‘ Islam’ pada nama parti itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA