Halaman

Ahad, 7 November 2010

KENAPA PAS TIBA TIBA AMBIL TAHU HAL PM

SEMAKIN PULIH ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, tengah) ceria ketika menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (duduk, dua, kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (duduk, tiga, kiri) di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur, Sabtu. Turut menemani Najib semasa mendapat rawatan gastritis di HKL ialah Datin Seri Rosmah Mansor (duduk, tiga, kanan) dan adiknya Datuk Mohamed Nazim Tun Razak (duduk, kanan).

Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menteri mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga perdana menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan perdana menteri masuk hospital pula," kata Husam seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Sehubungan itu, Husam yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Bernama melaporkan kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis pada Najib telah pun dapat diatasi.

Mohd Ismail berkata perdana menteri (kiri) dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi selepas dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut apabila mengalami rasa tidak selesa dalam perut.

Manakala Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula memberitahu pemberita perdana menteri berada dalam keadaan baik dan stabil dengan pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, lapor Bernama.

"Perdana menteri akan sembuh dalam sedikit masa lagi," kata Liow kepada pemberita selepas perasmian pusat terapi dan rehabilitasi, di Kelana Jaya.

2 ulasan:

  1. Baca dengan teliti dan lakukan perubahan sesungguhnya yang benar akan dibela dan dilindungi oleh Allah s.w.t :

    Sedarlah wahai penulis blog ini...
    kita sesama saudara Islam, usahlah mencari alasan untuk menjatuhkan saudara Islam yang benar-benar beriman kepada Allah kerana anda akan berada dalam kesusahan besar yang akan melanda nanti dan sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha bijaksana dengan apa yang kamu semua lakukan..

    sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang banyak bersabar"...

    Kami tidak takut!!

    Kami tidak pulak gentar pada musuh Islam!!

    Dan kami rela mati demi Agama kami iaitu Islam dan kami bukan mementingkan bangsa Melayu kerana membela bangsa Melayu tidak Wajib bagi kami sebagai umat Islam untuk membela bangsa kerana perkara wajib bagi kami adalah membela Agama Islam yang diredhai Allah...

    Bersiap sedialah kamu wahai pengikut-pengikut yang menentang hukum Allah..
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..
    Setiap kesalahan yang kamu lakukan dizaman ini akan dibalas di atas dunia kerana ini adalah dunia Akhir Zaman..

    Harapan kami semoga pengikut zionis akan dihancurkan oleh Allah s.w.t melalui peperangan yang diketuai oleh Nabi Isa a.s. , Imam Mahdi dan orang-orang yang beriman..

    Kami juga berharap semoga anda bangun dari tidur yang lena yang dibuai oleh budaya zionis dan kehidupan mewah di dunia ini.

    Bangunlah berjuang pada Agama Islam bukan berjuang kerana bangsa kamu!!

    Allahuakbar!

    daripada seorang insan yang mencintai Rasulullah s.a.w

    BalasPadam
  2. Baca dengan teliti dan lakukan perubahan sesungguhnya yang benar akan dibela dan dilindungi oleh Allah s.w.t :

    Sedarlah wahai penulis blog ini...
    kita sesama saudara Islam, usahlah mencari alasan untuk menjatuhkan saudara Islam yang benar-benar beriman kepada Allah kerana anda akan berada dalam kesusahan besar yang akan melanda nanti dan sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha bijaksana dengan apa yang kamu semua lakukan..

    sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang banyak bersabar"...

    Kami tidak takut!

    Kami tidak pulak gentar kepada musuh Islam!!

    Dan kami rela mati demi Agama kami iaitu Islam..

    Dan kami bukan mementingkan bangsa Melayu kerana membela bangsa Melayu tidak Wajib bagi kami sebagai umat Islam..

    Yang Wajib bagi kami adalah membela Agama Islam yang diredhai Allah...

    Bersiap sedialah kamu wahai pengikut-pengikut yang menentang hukum Allah..
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..
    Setiap kesalahan yang kamu lakukan dizaman ini akan dibalas di atas dunia kerana ini adalah dunia Akhir Zaman..

    Harapan kami semoga pengikut zionis akan dihancurkan oleh Allah s.w.t melalui peperangan yang diketuai oleh Nabi Isa a.s. , Imam Mahdi dan orang-orang yang beriman..

    Kami juga berharap semoga anda bangun dari tidur yang lena yang dibuai oleh budaya zionis dan kehidupan mewah di dunia ini.

    Bangunlah berjuang pada Agama Islam bukan berjuang kerana bangsa kamu!!

    Allahuakbar!

    daripada seorang insan yang mencintai Rasulullah s.a.w

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA