Halaman

Isnin, 29 November 2010

NIZAR BUAT HAL LAGI DI PERAK

Pakatan pembangkang memberi amaran mereka mungkin memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak diberi masa secukupnya untuk mengemukakan soalan lisan.

ADUN Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga perlu diberi masa tanpa had untuk membahaskan Bajet 2011 demi kepentingan rakyat. Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak dua minggu lalu berkata, ketika Pakatan Rakyat mentadbir dulu mereka memberi masa kira-kira dua jam kepada ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali daripada Barisan Nasional (BN) untuk membahaskan Bajet 2009.
Katanya, semua ADUN pembangkang akan bertindak keluar beramai-ramai seperti sidang sebelum ini jika mereka tidak dibenarkan berbahas.

"Kami tidak mahu buat (keluar beramai-ramai). Tetapi jika kami ditekan dalam dewan...wakil rakyat tidak dibenarkan berbahas, Ketua Pembangkang tidak dibenarkan berbahas, apa guna kita berada dalam dewan?

"Kami tidak mahu perkara itu berulang dan sanggup bekerjasama tetapi kita meminta BN bekerjasama memberi ruang kepada semua wakil rakyat berbahas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sivakumar berkata, pembentangan bajet adalah persidangan penting dan sidang berkenaan patut diadakan sekurang-kurangnya lima hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA