Halaman

Rabu, 10 November 2010

PKR HAMPIR PUPUS,LAGI MAHU TINGGALKAN PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila Setiausaha PKR Sabah, Mursalim Tanjul bakal meninggalkan parti itu.

Keputusan mengejut Ketua Cabang PKR Kudat itu dikatakan berpunca daripada pelbagai kemelut yang sedang melanda parti pembangkang tersebut.

Menurut Mursalim, tindakan itu dibuat selepas bosan dengan politik dalaman yang keterlaluan dalam parti itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengaitkan keputusan itu dengan pertelingkahan antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya sudah penat dengan semua politiking. Saya hanya ingin keluar.

"Saya mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan. Apa sahaja yang berlaku, kita masih kawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA