Halaman

Khamis, 4 November 2010

PRK GALAS HAMPIR TAMAT:BN MAKIN MENGHAMPIRI KEJAYAAN


4.28pm
Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.


MASYRAKAT Orang Asli Pos Hendrod beratur panjang seawal pagi menunggu giliran untuk membuang undi di pusat pembuangan undi pada pilihan raya kecil DUN Galas di Pos Hendrod, Gua Musang.


CALON Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff, 49, bersalaman dengan penyokong PAS ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra di sini, hari ini. Pada pilihan raya kecil itu, An Aziz menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed

PENYOKONG PAS kelihatan tidak berpuas hati mengenai sesuatu ketika berkumpul berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di sini hari ini

Gelagat seorang penyokong Pas ketika meraih undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di hadapan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi di sini, Khamis. Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon BN, Abdul Aziz Yusoff menentang calon Pas, Dr Zulkefli Mohamed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA