Satu dunia tahu menerusi tindakan itu beliau sudah membakar hangus jambatan salitulrahimnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim & dan geng yang menguasai PKR.
Zaid tentu tahu risiko yang dihadapinya. Yang pasti beliau kini sudah tidak ada tempat lagi dalam parti itu yang pernah menyanjungnya setinggi langit sewaktu menjadi ayam tambatan dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor dahulu.
Namun mengenali rentak mainan politiknya… pimpinan PKR juga boleh menjangka Zaid tidak mungkin mahu mati katak begitu sahaja.
Mahu tak mahu mereka kena segera memperkuatkan kubu mereka untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Kalau Zaid tetap dengan stailnya yang dulu, kini dan selamanya banyak yang bakal dilondehnya di khalayak ramai untuk mempertahankan dakwaannya mengenai 'kong kalikong' dalam pemilihan jawatan utama PKR.
Besar kemungkinan Zaid akan melakarkan arah tujunya selepas ini pada satu sidang akhbar yang akan diadakan jam 11 pagi ini di rumahnya di Tropicana dekat Petaling Jaya.
Semua orang menanti untuk mendengar adakah sesuatu yang meletup bakal muncul dari sidang akhbar itu.
Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pimpinan PKR yang rapatnya ketika ditemui cuba downplay tindakan Zaid itu sebagai tindak tanduk orang yang tidak dapat menerima kekalahan daripada undi dalam pemilihan yang diterima setakat ini khususnya dari Sabah hujung minggu lepas.
Anwar sendiri meminta Zaid membuktikan dakwaannya mengenai kepincangan dan penyelewengan dalam pemilhan jawatan PKR.
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata dalam pemilihan demokratik pasti ada yang menang dan yang kalah.
Seorang Ahli Parlimen PKR yang tidak mahu disebut namanya ‘menyambut baik’ pengumuman Zaid dan menyifatkannya akan menyelesaikan ‘satu bab orang yang bermasalah dalam parti.’
Beliau mendakwa Zaid menggunakan alasan dakwaan kepincangan dalam pemilihan untuk membuat exit (langkah keluar) yang glamour.
Katanya trendnya sama semasa beliau bertindak keluar dari UMNO dahulu.” Dia pandai cari alasan yang bikin gempar agar nampak dirinya hebat,” katanya yang menilai hal Zaid ini kacang putih sahaja.
Baginya Zaid kini terkontang kanting dan akan lenyap begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA