Halaman

Rabu, 9 Februari 2011

SELEPAS INTERLOK KINI GILIRAN MY BALIK PULAU PULA DI BAKAR

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - semuanya dari Pulau Pinang.

gabungan bela hak insan presidentPresiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.

Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam dan menarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA