Halaman

Isnin, 28 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR,ANWAR PULA DI SAMAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin hari ini telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

3 ulasan:

  1. anwar mulut tempayan.dia fikir immune dari undang2

    BalasPadam
  2. Lagi banyak saman dan lagi banyak sesi perbicaraan dapat Nuar jalani. Ini bererti taklah terperap dia dalam penjara itu nanti. Lagi banyak lagi bagus. Dapat Nuar lihat dunia luar sambil jumpa Jijah. Eeee...

    BalasPadam
  3. MOHON LINK BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TQ

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA