Halaman

Sabtu, 26 Mac 2011

WAN AZIZAH DAH PENING FIKIRKAN ANWAR

Dalam senyuman Wan Azizah tersimpan satu persoalan didalam fikirannya apakah benar segala cerita sex tentang suaminya itu.Itulah kita dapat lihat yang senyuman Wan Azizah semacam sahaja.Samada nak percaya atau tidak apakah suaminya melakukan semua itu.Kerana itulah pada awalnya Wan Azizah mahu melihat sendiri pita video sex itu.Ini disahkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata pada Jumaat bahawa Dr Wan Azizah mahukan rakaman video itu diserahkan secara peribadi kepadanya.

Sebelum ini Dr Wan Azizah telah menafikan dakwaan yang mengatakan yang dia meminta untuk melihat sendiri video berkenaan.

“Memang dia ingin melihatnya tetapi sekarang dia cakap lain,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Dr Wan Azizah yang beliau tidak berhasrat untuk menonton pun video itu. Dr Wan Azizah juga menyifatkan video tersebut sebagai palsu.

Rahim dan dua orang lagi iaitu seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim - telah muncul di khalayak ramai mengisytiharkan merekalah "Datuk T" yang bertanggungjawab mendedahkan kewujudan video berkenaan kepada media Isnin lalu.

Rahim berkata, pada mulanya seorang dari PKR telah bersetuju untuk membawa rakaman video itu kepada Dr Wan Azizah dan berjanji akan mengembalikan video berkenaan kepada mereka. Bagaimana pun, Eskay membantah kerana khuatir ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Eskay, kata Rahim tidak mahu pihak lain membuat salinan dan mengedarkannya kepada umum.

Sementara itu Shuaib, telah dilaporkan ke Bukit Aman lewat Jumaat untuk membolehkan kenyataannya direkodkan.

Eskay dan Rahim telahpun membuat kenyataan masing-masing kepada polis pada petang Khamis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA