Halaman

Rabu, 4 Mei 2011

PEJABAT ADUN PAS DI BAKAR

Polis hari ini mengesahkan bahawa kejadian kebakaran di pejabat anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Pasir Puteh pada Sabtu lepas adalah akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan akibat khianat ke atas bangunan.

"Kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anggota Dewan Undangan Negeri Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad mendakwa beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah sabotaj di atas kejayaannya mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA