Halaman

Sabtu, 9 Julai 2011

HIMPUNAN HARAM BERSIH:LANGSUNG SEKITAR SUASANA DI KUALA LUMPUR

Keadaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dikawal ketat pihak polis bermula jam 6 pagi tadi namun beberapa kenderaan awam yang datang dari arah Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail masih boleh melalui laluan berkenaan.

Sehingga kini sepanjang laluan kiri dan kanan dari Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka dikawal sepenuhnya oleh pihak polis.
Sementara itu, orang awam dilihat memenuhi sekitar kawasan Masjid India dan berkumpul di beberapa tempat ekoran laluan utama dipenuhi polis. Manakala keadaan di Masjid Jamek terkawal. Operasi stesen Star LRT berjalan seperti biasa tetapi stesen Putra LRT ditutup. Difahamkan, sekumpulan anak muda yang datang dari Alor Setar, Kedah diminta meninggalkan Masjid Jamek selepas dikatakan cuba bermalam di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA