Halaman

Isnin, 8 Ogos 2011

KEDUDUKAN HASSAN ALI IBARAT BERADA DI HUJUNG TANDUK

Ramai pemimpin Pas tidak setuju dengan tindakan Hassan Ali menyokong tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja baru2 ini.Nampak nya antara Hassan Ali dan Pas sudah tidak sehaluan dalam banyak perkara.Apa sahaja tindakan Hassan untuk mempertahankan kesucian agama Islam akan mendapat tentangan dari pemimpin Pas sendiri kerana pemimpin Pas takut kehilangan sokongan dari orang bukan Islam walaupun ianya merugikan umat Islam.Inilah pemikiran pemimpin Pas sekarang.Hanya mahukan keuntungan politik dan bukannya untuk mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri.

Kerana itulah kedudukan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sebagai Exco hanya akan dibincangkan selepas kerajaan negeri menerima laporan lengkap mengenai serbuan gereja yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.Ketegasan Hasan itu turut dibidas beberapa pemimpin pembangkang malahan, ada pemimpin Pas sendiri menganggap beliau tidak mewakili parti tersebut.

Ketegasan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menerima tamparan hebat apabila Abdul Khalid baru-baru ini mengeluarkan arahan supaya semua Exco Kerajaan Negeri 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Dalam laporan hari ini, Hasan bagaimanapun berkata, beliau rela di-pecat sekiranya ketegasannya mempertahankan Islam serta menjaga kepentingan ummah tidak disenangi banyak pihak termasuk beberapa Exco kerajaan negeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA