Halaman

Ahad, 21 Ogos 2011

LAYAK KE ANWAR????

Layak ke Anwar mengetuai J/k terpilih sedangkan diri Anwar sendiri di selubungi segala masaalah yang amat2 menjijikan?????Kita pikir pikirkan lah ....
Kerajaan disarankan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai jawatankuasa terpilih parlimen bagi memastikan wujudnya keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya negara.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, pelantikan itu akan memberikan lebih kepercayaan rakyat terhadap tindakan dilakukan kerajaan.

“Ia juga menampakkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan bagi memastikan sistem diadakan ini lebih baik dan ikhlas. Bukan sekadar ­syarat melengkapkan penam­bahbaikan. Jika tidak, sekurang-kurangnya panggil Ketua Pembangkang bagi menentukan siapakah akan dipilih dari kalangan kami dan apa hala tujunya. Ini tidak, kami tidak dimaklumkan, sebaliknya mengetahui melalui media,” katanya semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporannya mencadangkan kepada kerajaan agar menambah ahli Suruh­anjaya Pilihan Raya (SPR) daripada tujuh kepada sebelas dengan mengambil kira suara pertubuhan bukan kerajaan.

Sementara itu Dr Wan Azizah mengakui penubuhan jawatankuasa itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memenuhi kehendak rakyat demi perubahan sistem pilihan raya negara.

“Bagaimanapun, penubuhan itu secara tidak langsung menjelaskan sistem pilih­an raya sedia ada mempunyai masalah dan kerajaan perlu memberi jaminan ia dilaksa­nakan sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia pernah dilakukan di Selangor di mana pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pilih­an Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggung­jawaban dan Ketelusan Sela­ngor (Selcat) diberikan kepada bekas Ketua Pembangkang Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, Mohamad Khir yang pada mulanya mempersetujui ja­wa­tan berkenaan bagaimanapun menolak selepas dipercayai mendapat tekanan politik dalaman partinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA