tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 31 Julai 2009

MANEK URAI:PERTEMPURAN PASTI AKAN BERLAKU JIKA DEMONTRASI DITERUSKAN

Demonstrasi yang akan diadakan esok sudah pasti akan menghuru harakan Kuala Lumpur dan kemungkinan akan tercetusnya perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku.Ini sudah tentu akan menyusahkan rakyat yang suka pada kedamaian dan ketenangan.Seharusnya pihak Keselamatan perlu bertindak tegas agar demonstrasi yang dijadualkan esok dihalang agar tidak akan ada berlaku rusuhan dan pergaduhan antara dua pihak yang menyokong dan menentang ISA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.

"Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.

"Kita dalam proses membuat perbincangan untuk mendapatkan maklum balas rakyat. Buat apa kita buat demonstrasi.

"Demonstrasi tidak menghuraikan apa-apa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pindaan ISA ini tidak harus dipolitikkan.

"Kita gubal undang-undng mengikut kehendak zaman dan citarasa aspirasi rakyat Malaysia," tambahnya.

Ditanya mengenai soal keselamatan esok, Najib berkata: "Kita serah kepada polis, kita tidak menguruskan pihak polis. Polis ada tanggung mereka nak mengawal keselamatan negara," tambahnya.

Dua kumpulan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibunegara esok esok - satu pro-ISA dan satu lagi anti-ISA.

Ia membabitkan kumpulan yang diketuai oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA dan kumpulan anti-ISA yang diketuai oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

GMI menganggarkan kira-kira 50,000 orang akan menyertai perhimpunan anti-ISA esok.

Polis Kuala Lumpur telah mengarahkan kedua-dua pihak supaya membatalkan perhimpunan itu, tetapi GMI tetap mahu mengadakannya.

Manakala Pewaris pula berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan pro-ISA sekiranya GMI meneruskan perhimpunan anti-ISA esok.

Polis telah mengadakan sekatan di jalan-jalan utama menuju ke ibunegara mulai pagi tadi bagi menghalang orang ramai menyertai perhimpunan esok.

RAKYAT MALAYSIA HARUS MELIHAT BAHAWA INILAH KERJA PEMBANGKANG YANG HANYA PANDAI MEMBUAT HURU HARA.APAKAH INI PEMIMPIN YANG KITA MAHU UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA INI..PERTEMPURAN DAN PERTUMPAHAN DARAH PASTI AKAN BERLAKU SEKIRANYA TIDAK ADA KETEGASAN DARI PIHAK POLIS UNTUK MENGHALANG PERHIMPUNAN INI DARI DITERUSKAN.JADI SEBAGAI JALAN YANG TERBAIK UNTUK MENHINDARI DARI SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKUPERHIMPUNAN INI HARUS DIBATALKAN.JANGAN NANTI SUDAH TERHANTUK BARU NAK MENGADAH....NASI SUDAH MENJADI BUBUR...KITA RENUNG RENUNGKAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI..

DARI MANEK URAI KE PERMATANG PASIR


Kebangkitan Umno akan berterusan kePermatang Pasir dan ianya akan membuktikan yang kerajaan BN sudah mendapat kepercayaan rakyat dinegara ini.Ini sudah terbukti diManek Urai dimana walau pun Umno tewas tapi Umno berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi Pas sebanyak hampir 95%.Ini menunjukan rakyat mula sedar yang pakatan Rakyat telah menghampakan rakyat tanpa membuat apa apa dinegeri yang mereka kuasai.

Lihat sahaja DiPulau Pinang dimana penduduk Kampong Buah Pala telah diabaikan oleh kerajaan yang berjanji untuk menyelesaikan masaalah mereka.Dan dari langkah ini Umno Pulau Pinang telah bersiap sedia untuk menghadapi prk nanti ekoran kematian penyandangnya daripada Pas, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, hari ini. Umno akan berusaha dan memastikan kerusi Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang yang dilihat gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dikawasan itu.

Prk ini merupakan yang ketiga didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan Umno tewas kesemuanya.Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada tiga kerusi DUN iaitu Permatang Pasir yang dimenangi PAS pada Mac 2008; Penanti (PKR) dan Seberang Jaya (Barisan Nasional).Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ia dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Kerusi itu dimenangi Dr. Wan Azizah sejak tahun 1999.Pada Jun lalu, pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi DUN Penanti ekoran keputusan Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Tidak mustahil Umno akan mengakhiri kekalahan prk di Permatang Pasir jika prk diManek Urai diambil kira.Walau pun diManek Urai adalah kubu kuat Pas tapi Umno hampir berjaya menewaskan Pas.Umno hanya tewas hanya dengan perbezaan 65 undi.Ini menunjukan Umno semakin diterima oleh orang melayu yang merasakan hanya Umno yang mampu untuk memperjuangkan hak hak orang melayu.

Insyallah dengan semangat yang tinggi yang dibawa dari Manek Urai tidak mustahil Dun Permatang Pasir akan dapat Umno warisi walaupun kita ketahui ianya adalah kubu kuat DSAI.

PERMATANG PASIR:SPR UMUM TARIKH PILIHANRAYA SELEWAT LEWAT 10 OGOS DEPAN

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini kerana sakit jantung.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukakan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

MANEK URAI:ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA,ALFATEHAH...

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan meninggal dunia kegagalan sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

ZAMBRY NIZAR:TINDAKAN SIVAKUMAR TAK WAJAR

Sebarang perbuatan atau tindakan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar, yang berkaitan dengan tugas sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu adalah tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan serta menyalahi peraturan dan undang-undang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, berkata tindakan Sivakumar yang mengambil dan menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua DUN juga adalah satu kesalahan yang amat tidak wajar dilakukan.

"Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ingin menjelaskan Datuk R Ganesan adalah Speaker yang sah dipilih melalui usul dan ketetapan DUN Perak pada 7 Mei lalu bagi menggantikan Sivakumar. "Pada sidang DUN itu juga, melalui usul dan ketetapan, DUN menggantikan semua ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dilantik pada penggal lalu mengikut peruntukan Perintah Tetap DUN Perak," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Sivakumar berserta lima Adun pakatan pembangkang yang cuba memasuki bangunan SUK bagi mengadakan mesyuarat itu Isnin lalu dan semalam.

Hasrat mereka bagaimanapun dihalang pegawai Pejabat SUK menerusi bantuan pasukan polis. Abdul Rahman berkata, ekoran pelantikan Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang baru, maka permohonan dan tindakan Sivakumar untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa berkenaan adalah tidak relevan.

Pagi semalam, Sivakumar dan lima Adun itu cuba memasuki bangunan SUK

dengan alasan untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, tetapi dihalang di pintu masuk atas alasan jawatankuasa itu sudah dianggap tidak sah.

Khamis, 30 Julai 2009

MANEK URAI:MANOHARA LANTIK 2 FIRMA GUAM UNTUK MEWAKILINYA MENGHADAPI SUAMI TT

Manohara Odelia Pinot, yang terbabit dalam krisis dengan suaminya, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, melantik dua firma guaman untuk mewakilinya dalam dua kes Mahkamah Syariah dan satu kes saman di Mahkamah Tinggi.

Bagi kes di Mahkamah Syariah, Manohara akan diwakili Tetuan Faiz Adnan & Associates dengan tiga barisan peguam syarie diketuai Mohd Faiz Adnan manakala Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates akan mewakili Manohara serta ibunya Daisy Fajarina dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Kenyataan yang dikeluarkan firma guaman terbabit di sini hari ini menyebut, peguam dan wakil dari kedua-dua firma guaman telah bertemu dan berbincang dengan anak guam mereka (Manohara dan Daisy) di Jakarta pada 28 dan 29 Julai lepas bagi mendapatkan arahan seterusnya daripada mereka. "Justeru itu, semua penyampaian saman, notis, dokumen pliding dan surat-menyurat kepada anak-anak guam boleh diserahkan ke pejabat peguam-peguam yang dinyatakan di atas," menurut kenyataan akhbar itu.

Pada 5 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Dua minggu kemudian, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan pula saman fitnah RM105 juta terhadap isteri dan ibu mertuanya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media, antara April dan Jun lalu.

KERAJAAN SELANGOR PERLU BERI PENJELASAN KENAPA PERTUMBUHAN PUSAT HIBURAN MAKIN KETARA

Semasa kerajaan Selangor diterajui oleh kerajaan BN kegiatan maksiat telah dikawal agar ianya tidak menjadi kudis pada masyarakat dinegeri ini,tapi sejak kerajaan bertukar tangan dari BN ke pakatan keadaan telah menjadi sebaliknya dengan pertambahan pusat pusat kegiatan maksiat ini semakin bercambah seperti candawan tumbuh selepas hujan.

Siapakah yang telah meluluskan semua ini kalau bukan kerajaan Pakatan yang menjadikan kongsi gelap sebagai rakan perdagangan mereka untuk meraih pendapatan yang melimpah ruah.Selama ini kemana perginya Pas yang memperjuangkan Islam agar negeri Selangor bebas dari segala kemungkaran dan maksiat.Apakah Pas sudah buta mata kerana ingin melihat negeri Selangor maju dari pemikiran mereka tanpa memperdulikan nasib seluruh rakyat negeri Selangor.

Tidak mustahil Selangor sudah dikuasai oleh kongsi kongsi gelap yang telah mendapat perlindungan dari ahli ahli politik yang telah memberikan mereka peluang perniagaan.Tapi kemana Kerajaan yang telah berjanji akan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri kebajikan yang dinyatakan semasa pru 12 lalu.

Jadi perlu kerajaan Selangor memberi memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai pertumbuhan pusatpusat hiburan, rumah urut dan pusat refleksologi dalam negeri yang cukup ketara, kata Pengerusi badan perhubungan Gerakan Selangor, Senator A Kohilan Pillay.Beliau berkata statistik Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 4,000 premis sedemikian yang beroperasi di Selangor berbanding 700 sebelum ini. "Memandangkan jumlahnya meningkat secara drastik, orang ramai ingin tahu berapa banyak daripadanya yang menjalankan aktiviti itu dengan mematuhi undang-undang, dan bukan hanya menggunakan ia untuk melindungi aktivitiaktiviti haram,

Beliau yang juga Naib Presiden Gerakan berkata kerajaan Selangor kelihatan mengambil sikap tidak endah terhadap gesaan oleh banyak pihak yang mahukan penjelasan mengenai perkara itu.Kami difahamkan lesen rumah urut di Selangor sudah dibekukan oleh kerajaan Selangor tahun lepas ekoran ada pengusahanya yang cenderung menggunakan pusatpusat itu untuk melindungi kegiatan haram. Bagaimanapun kegiatan pusat-pusat ini sebaliknya kini dilihat semakin berleluasa, mesti ada sesuatu yang tidak kena.Semalam bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan berkata kebanyakan kegiatan curi pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi oleh "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap.

ZAMBRY NIZAR:JAWATANKUASA SIVAKUMAR TIDAK LAGI SAH

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sebelum ini dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker, V. Sivakumar tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana jawatankuasa tersebut tidak lagi sah ketika ini.

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri berkata ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.

“Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R.

Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

“ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad,” katanya.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebelum ini turut dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) dan Hasbullah.

Terdahulu pada pukul 10 pagi tadi, Sivakumar dan semua anggota jawatankuasanya kecuali Hasbullah sekali lagi tidak dibenarkan pihak polis yang berkawal untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di Kamar Yang Dipertua DUN.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan.

Pada Isnin lepas, Sivakumar yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker DUN Perak turut mendapat halangan polis bagi mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui ’sub-dewan’ dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.

Kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka termasuk cubaan menimbulkan kekecohan dengan cuba merempuh masuk berjaya ditangani pihak polis.

Kumpulan tersebut turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas dalam cubaan mereka memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan mesyuarat terbabit, namun gagal.

PAS JADIKAN SELANGOR LUBUK MAKSIAT

Pas Selangor yang diketuai oleh Dr hasan Ali telah gagal dalam membantu negeri Selangor menjadi sebuah negeri yang maju tetapi sebaliknya Selangor yang terkenal degan negeri yang paling maju semasa pemerentahan kerajaan BN telah bertukar sebagai negeri yang terlalu banyak tempat maksiat yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan hanya dalam masa setahun.

Setakat ini lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.Sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.Jadi apa peranan Pas dalam membantu kerajaan Selangor untuk menjadikan kerajaan Selangor sebagai kerajaan yang bersih dari sebarang maksiat sebagaimana janji Pas semasa pru ke 12 yang lalu.

Sungguh jelas dengan kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram.

Jadi apa peranan Pas dalam membersihkan Selangor dari sebarang kegiatan maksiat ini.Apakah Dr Hasan hanya bercakap semasa pilihanraya sahaja.Jelas disini yang Pas hanya menjadi pelengkap pada kerajaan negeri Selangor tanpa ada sebarang peranan yang membolehkan Pas berperanan dalam kerajaan Pakatan dinegeri Selangor.Atau Pas takut dengan Dap yang mempunyai kelebihan dari segi suara didalam Dun Selangor.Mungkin kerana itulah Dr Hasan tidak berani untuk bersuara dalam sebarang pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Percayalah hanya dalam masa dua tahun akan datang Selangor pasti akan menjadi negeri yang mundur disebabkan kegagalan kerajaan Selangor dalam mengurus kerajaan yang telah kehilangan banyak pendapatan.Ingat pada Pas Selangor,dalam pru 13 nanti rakyat akan menilai apa kebersanan Pas selama menjadi kerajaan selama ini.Rakyat pasti tidak lupa akan peranan Pas yang telah menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling maju dalam kegiatan maksiat dan telah menjadikan negeri Selangor sebagai lubuk dalam kegiatan kongsi gelap.Inilah perjuangan Pas,yang hanya mementingkan kedudukan dari mementingkan kesejahteraan rakyat.

MANEK URAI:LAMBAT LAUN RAKYAT AKAN TAHU SIAPA PEMBANGKANG SEBENARNYA

SINDROM rakyat mengundi pembangkang kerana membenci kerajaan sering kita saksikan baik pada pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

Seperti sudah diagak, kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor juga dijadikan sebagai bahan oleh pembangkang agar rakyat terus membenci kerajaan Barisan Nasional.

Begitu juga para blogger propembangkang yang mengeluarkan 'cereka fiksyen' yang diolah penuh dramatik mengenai "bagaimana berlakunya kematian mendiang Beng Hock". Ia seolah-olah penulis blog itu ada bersama dan melihat saat-saat akhir sebelum Beng Hock menemui ajalnya!

Reaksi dan tabiat buruk pembangkang dan para blogger yang propembangkang semasa berdepan dengan pelbagai senario dan isu sememangnya sudah boleh diramal. Sering kali ia memualkan kerana mereka cuba mengambil kesempatan ke atas sesuatu isu secara keterlaluan sehingga seolah-olah mencabar dan menghina kebijaksanaan kita!

Begitu juga sewaktu pengundian di Manek Urai. Pemimpin-pemimpin UMNO dikatakan berkempen menggunakan politik wang, ditohmah membazir, berjoli dengan wang rakyat dan sebagainya. Walhal, hakikat sebenar di belakang kekalahan sipi BN baru-baru ini ialah kerana kerajaan Pas tidak menjalankan amanah rakyat kepadanya.

Tidak pernah saya bayangkan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik, pembinaan jambatan utama dan surau serta masjid masih gagal disediakan oleh kerajaan Pas walaupun selepas berkuasa hampir 20 tahun.

Ternyata "tepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri".

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa menjadi mangsa setiap kali keputusan pilihan raya tidak memihak kepada pembangkang. Namun suara sumbang seperti itu tidak kedengaran pada pilihan raya kecil yang dimenangi oleh pembangkang.

Menabur Kebencian Vs Menawan Hati

Sesungguhnya, kempen pilihan raya bagi pembangkang adalah "medan menabur kebencian" terhadap kerajaan. Itulah modal mereka sejak dahulu untuk menarik sokongan. Memang terbukti, mengajak rakyat membenci kerajaan adalah lebih mudah berbanding usaha menawan hati pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang yang kini semakin bercelaru.

Tanpa ada niat mempertikaikan kemampuan kumpulan professional yang ada dalam kem pembangkang, taktik kempen mereka sehingga kini masih intim menggunakan modal kebencian.

Misalnya di Manek Urai. Pembangkang berkempen agar rakyat tidak mengundi BN di atas alasan kerajaan BN tidak pernah adil dan sebagainya. Ia berbeza berbanding kempen BN yang lebih bersih dengan cuba menawan hati rakyat dengan menawarkan pembangunan.

Akhirnya, terbukti rakyat tidak termakan 'racun kebencian' buat selama-lamanya. Sebahagian besar pengundi di Manek Urai mula menerima tawaran pembangunan anjuran BN/UMNO.

Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna termasuk BN. Malah "tiada gading yang tidak retak". Kelemahan kepimpinan BN sebelum ini merupakan antara penyumbang kepada kegagalan Pilihan Raya Umum Ke-12.

Rakyat berhak menilai 50 tahun pembangunan di bawah BN. Cacat-cela itu wujud dan kerana 'beberapa titik nila' ini maka 'rosak susu sebelanga'.

Kerajaan terpaksa menelan bulat-bulat kesan daripada beberapa kegagalan program tertentu sekalipun adakalanya ia disebabkan faktor luaran dan ekonomi dunia.

Sesungguhnya, ramai yang termakan "racun kebencian" yang disemai pembangkang sehingga 'menutupi' majoriti jasa BN selama ini kepada negara dan bangsa.

Masyarakat pelbagai kaum terus-terusan diajak membenci kerajaan. Kaum Cina dan India terpengaruh dengan tuduhan UMNO sebagai parti rasis. Kaum Melayu pula dijaja dengan modal bahawa UMNO ini tidak Islamik dan mengamalkan rasuah. Dalam hal ini, media Internet ternyata suatu platform utama menanam rasa benci terutama di kalangan generasi muda.

Dalam hal ini, sekalipun pihak pembangkang menang pada pilihan raya, ia hanya disebabkan faktor orang benci, menyampah dan marah kepada kerajaan BN hanya kerana hal-hal tertentu sahaja. Kemenangan mereka bukan atas faktor keyakinan kepada pakatan pembangkang.

Apakah kita buta dan tidak dapat melihat bahawa kesatuan Pas, DAP dan PKR yang berlainan kutub ini semakin serabut dengan pelbagai masalah dalaman?

Bagaimanapun kita percaya lambat-laun rakyat pasti sedar. Rakyat Malaysia yang sebenarnya matang berfikir, mempunyai intelek tulen dan betul-betul sayangkan negara akan nampak perkara ini. Siapa yang sebenarnya berusaha dan siapa juga yang membangunkan negara.

Berbanding dengan kumpulan pembangkang yang lebih sibuk berminat untuk menyemai sindrom kebencian tetapi jasa pembangunan yang dibawa tidak ke mana. Mereka berterusan menjaja isu-isu yang tidak sepatutnya demi meraih sokongan rakyat.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

MANEK URAI:JENERASI MUDA PAS JANGAN TAKUT UNTUK MENENTANG PANDANGAN NIK AZIZ

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mahu generasi muda dalam Pas bangkit dengan berani menyuarakan pendirian mereka terhadap perlakuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, tindakan Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Umno jelas tidak membawa penyelesaian, malah dilabelkan sebagai cara politik songsang yang jelas bertentangan dengan pendirian pemimpin itu sebelum ini.

“Ada baiknya Pemuda Pas yang bersedia berwacana dengan Umno meluahkan pendirian masing-masing... tukarlah pemimpin mereka dan carilah apa jalan sekali pun untuk menolak kepemimpinan Tok Guru daripada terus menerajui parti itu. “Apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai baru-baru ini jelas menggambarkan rakyat di negeri itu mahukan pembangunan dan pada masa sama mereka inginkan pemimpin berwibawa dan bersopan santun,” katanya selepas merasmikan Program e-Pembelajaran Maxis-Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, negara memerlukan budaya politik baru yang mana semua pihak boleh berbincang, bermuafakat dan bertolak ansur dan pendekatan itu penting bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Rabu, 29 Julai 2009

MANEK URAI:DUN PERAK TIDAK AKAN DIBUBAR

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan walaupun pakatan pembangkang di negeri ini dilihat kembali aktif melancarkan gerakan bagi menggugat kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, segala usaha mereka seperti mengheret Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Speaker, Datuk R. Ganesan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak merupakan gimik politik murahan mereka.

''Saya tidak faham, bagaimana seorang bekas Speaker DUN (V. Sivakumar) mahu menyiasat dan mengambil keterangan Speaker dan Menteri Besar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

''Beliau bukan lagi seorang Speaker... jawatankuasa itu kini dikendalikan oleh Ganesan tetapi dia (Sivakumar) masih lagi mahu tunjuk kuasa. Mereka sengaja buat macam itu untuk melihat keadaan politik di Perak terus panas," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Sivakumar memanggil Ganesan, Zambry serta Timbalan Speaker, Hee Yit Foong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN ekoran kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan dewan pada 7 Mei lalu.

Semalam, Sivakumar yang berusaha memasuki pejabat Speaker kononnya bagi mengambil keterangan Ganesan telah dihalang memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ekoran itu, Ganesan 'diberi peluang' sekali lagi untuk menghadap 'jawatankuasa' berkenaan pada Khamis manakala Zambry dan Yit Foong pada Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Ko Youn berkata, hasrat pakatan pembangkang untuk melihat DUN Perak dibubarkan tidak akan tercapai kerana BN masih kukuh dan mentadbir negeri ini dengan baik.

Katanya, apa yang jelas pakatan pembangkang sengaja menyebarkan berita dan harapan palsu kononnya DUN akan dibubarkan dan bakal kembali memerintah.

Jelas beliau, pendekatan itu diambil semata-mata bagi menaikkan semangat penyokong dan ahli mereka.

''Sekarang kerajaan negeri BN sedang memerintah dengan baik dan lancar. Kita menggunakan segala kemahiran, kepakaran serta pengalaman luas bagi membangunkan negeri dan membela rakyat.

''Ini jauh sekali berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan populis semata-mata untuk mengambil hati rakyat tetapi akhirnya tidak mampu melaksanakan janji-janji mereka sendiri," ujar beliau.

APAKAH TEO BENG HOCK TELAH DIBUNUH?

Kemungkinan TBH dibunuh sangat besar bila Inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu ujian makmal asid dioksiribonukleik (DNA) yang diterima menunjukkan terdapat DNA profil lelaki yang tidak dikenali di luar kot yang dipakai oleh mangsa.

Peguam yang mewakili Kerajaan Persekutuan, Tan Hock Chuan ketika sepintas lalu membentangkan laporan itu berkata, tiga DNA profil di tali pinggang pula mendapati salah satu daripadanya sepadan dengan DNA profil lelaki yang tidak dikenali itu.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka, katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.

Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti.

Prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock itu bagaimanapun ditangguhkan sehingga 5 Ogos ini bagi memberi peluang kepada peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang membuat persediaan dan meneliti dokumen yang diperlukan.

Apakah orang yang mengenali TBH yang melakukan ini semua untuk menutup segala kemungkaran yang TBH telah dedahkan pada SPRM?Hanya inkues TBH yang akan membongkar apa sebenarnya yang terjadi pada TBH.Samaada ianya ada kaitan dengan politik Negeri Selangor akan terungkai tidak berapa lama lagi.

Segala tuduhan Pembangkang yang menyalahkan SPRM yang menjadi penyebab kematian Teo Beng Hock iaitu Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, semalam.Kalau guna logik akal, tidak ada sebab untuk SPRM menyebabkan kematian Beng Hock kerana dia adalah saksi dalam siasatan terhadap dakwaan ADUN salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Andai kata SPRM didakwa menyebabkan kematian terhadapnya, bagaimana badan itu nak menyelesaikan kes dakwaan itu. Sudah tentu sukar bagi SPRM untuk mendapat maklumat yang diperlukan

SAMPEL DNA MANUSIA DIPAKAIAN TEO

Dua sampel DNA manusia dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam negara untuk membantu inkues kematiannya.

Satu sampel DNA "manusia" dikesan di baju kot bekas setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, dan sampel DNA "lelaki" ditemui di tali pinggangnya.

Polis menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA.

Pihak berwajib sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

MANEK URAI:TINDAKAN NIK AZIZ BOLEH HANCURKAN ORANG MELAYU

Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno diumpamakan mahu menghancurkan orang Melayu yang beragama Islam.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Hasan Hamzah, berkata tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. "Nik Aziz sudah keterlaluan mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi meraih sokongan, sebagai seorang yang berstatus 'tok guru' kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar.

"Pas dan Umno perlu melupakan segala persengketaan lama, berpadulah demi kemajuan ekonomi umat Islam dan juga penyebaran dakwah Islamiah, kerana Islam melarang umatnya berpecah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan salam perpaduan dihulurkannya hanya untuk Kerajaan Pusat dan bukannya Umno.

Nik Aziz turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'pergi jahanamlah Umno' pada sidang medianya di Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebagai seorang berlatar belakang agama, tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian, apatah lagi Kerajaan Pusat ketika ini adalah di bawah Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.

"Ini adalah sesuatu yang tak manis lahir daripada seorang tok guru, saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan Umno sedangkan Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh Umno, jadi nampaknya seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan.

"Nampak macam tak ada keikhlasan, nak berbaik kerana nak duit, nak projek... tapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri kepada Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden Umno, nak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam Umno, ini satu celaan terhadap parti (Umno)," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, pula berkata sudah tiba masanya Umno tidak lagi menghulurkan salam perpaduan dengan Pas kerana Umno tidak boleh bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan 'salam' beliau hanya kepada kerajaan Pusat dan bukannya antara Pas dan Umno adalah sebagai tindakan seorang yang `sangat kecewa'.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz perlu meluaskan pemikirannya untuk bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat di Dewan Undangan Negeri itu mahukan pembangunan.

Prof Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata setiap langkah bagi sesuatu permulaan baik sama ada perpaduan Melayu atau hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat mesti dimulai dengan cara dan perkataan baik dan bukannya kata-kata kesat.

"Bagaimana hubungan kerajaan Pusat yang dikuasai Umno dan BN dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas boleh bertambah baik, jika kata-kata kesat dilempar dan dalam masa sama mahu bantuan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan kenyataan Nik Aziz sebagai seorang yang jahil.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata adalah lebih baik kepemimpinan Umno memberi tumpuan kepada usaha memulihkan imej parti itu daripada memikirkan kerjasama dengan Pas.

Selasa, 28 Julai 2009

MANEK URAI:NIK AZIZ BUKAN TUAN GURU TULEN

Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.

"Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.

"Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama).

"Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik," katanya.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi

MANEK URAI:NIK AZIZ MENIPU RAKYAT KELANTAN,KERAJAAN PUSAT TAK PERNAH ANIAYA KELANTAN

Kerajaan Pusat tidak pernah menganiayai kerajaan mana-mana negeri yang diperintah pembangkang termasuk Kelantan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Kerajaan Pusat telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di sini hari ini.

Sambil mengambil contoh peruntukan untuk negeri Kelantan, beliau berkata Kerajaan Pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan. "Kita tak pernah abaikan Kelantan. Misalnya kerajaan Persekutuan menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membantu kerajaan Kelantan membiayai projek bekalan air bersih.

"Sebenarnya tidak ada negeri pun yang dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya daripada segi tanggungjawab pusat kepada negeri, kita telah laksanakannya," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Kelantan hanya mahu merapatkan hubungan dengan Kerajaan Pusat dan bukan dengan Umno, Muhyiddin berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri tidak boleh dielakkan.

"Secara langsung atau tak langsung mesti ada kerjasama...tak boleh dielakkan kerana dasar kerajaan BN ialah pembangunan untuk semua.

"Memang agak sukar untuk membezakan kerjasama Barisan Nasional dan kerajaan negeri. Kita tidak boleh asingkan. Lebih baik, contohnya, kalau kita ada persefahaman daripada segi soal politik, barulah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan boleh jalin kerjasama," katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan kerjasama di peringkat kerajaan sahaja tanpa kerjasama politik sebagai sesuatu tidak wajar dan tidak pernah berlaku.

"Jadi terserah pada mereka (kerajaan Pas Kelantan). Kita berniat baik dan kita buat benda yang baik. Itu tujuan kita respon untuk kebaikan bukan untuk faedah parti...bukan untuk pemimpin tetapi untuk negara.

"Bila kita cakap (beri reaksi), dia (Nik Aziz) cakap lain pula...saya tidak tahu mana satu yang betul," katanya

MANEK URAI:PEMBANGKANG MAHU APA SEBENARNYA

Tidak keterlaluan jika dikatakan sejak akhir-akhir ini banyak permintaan pembangkang 'diperkenankan' oleh kerajaan. Mahu kerajaan perpaduan, kerajaan memberi restu. Mahu suruhanjaya berkaitan kematian Teoh Beng Hock, pantas kerajaan menunjukkan reaksi. Untuk melengkapkan siasatan, ditubuhkan pula inkues bagi mengetahui punca kematian pemuda berusia 30 tahun itu.

Biar pun amat diketahui umum sifat pembangkang, 'perkenan' itu akan berakhir dengan celaan, tuduhan mahupun fitnah, namun segala-galanya ditelan demi rakyat.

Sejak hari pertama kematian Beng Hock, pembangkang tampil dengan idea penubuhan suruhanjaya. Barisan pemimpin pembangkang bekerja keras memperjuangkan suruhanjaya untuk menyiasat segala-galanya berkaitan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Istilah suruhanjaya dijaja di sana sini dan pelbagai usaha lain termasuk mengadakan perhimpunan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dengan bertopengkan alasan menuntut keadilan kematian Beng Hock.

Pelbagai andaian dan rumusan dibuat, termasuk teori-teori konspirasi yang pelik didengar tetapi beria-ia cuba dilekatkan dalam fikiran orang ramai. Malah rumusan awal polis bahawa kematian Beng Hock adalah kematian mengejut, tiba-tiba secara selamba dikaitkan dengan teori pembunuhan oleh pakatan pembangkang.

Begitu juga desakan supaya Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan. Apa rasional idea dangkal itu dilaunglaungkan termasuk oleh penasihat pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Apa salah Ahmad Said dan Musa dalam kes kematian itu? Sepantas mana pula siasatan mengenai tragedi yang tidak diingini itu dapat dijalankan oleh SPRM dan PDRM sehingga mereka menuntut supaya hasil siasatan segera diumumkan.

Pihak polis di negara manakah agaknya yang mampu menghabiskan siasatan kes 24 jam selepas kematian dan menghebahkan hasilnya kepada umum. Bukankah ada saksi yang perlu dipanggil, ada juga bahan bukti yang mesti dikorek serta pelbagai kemungkinan lain menyebabkan tempoh sehari tidak melayakkan mana-mana kes sekali pun diselesaikan dengan lengkap.

Hakikatnya, pihak polis boleh saja tampil dengan hasil siasatan yang pra-matang. Tetapi jika tuntutan pembangkang sekali lagi 'diperkenankan', maka umpama mengundang musibah. PDRM pasti dikatakan tergesa-gesa dalam siasatan terutamanya jika dapatan yang diumumkan tidak selari dengan kehendak golongan tersebut.

PDRM akan dituduh itu dan ini. Pembangkang hanya akan menutup mulut jika polis mengumumkan penemuan yang memihak kepada mereka. Apakah pembangkang "sesuci malaikat" jauh daripada segala dosa dan noda sehingga mereka layak menilai dan membuat penarafan tentang siapa yang harus meletak jawatan. Mungkin kerana merasakan diri mereka amat mulia, pembangkang tidak habis-habis tampil mendesak satu demi satu pemimpin meletakkan jawatan.

Paling pelik apabila kerajaan membuat keputusan akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peraturan siasatan SPRM terhadap Beng Hock, pembangkang terus melenting tidak bersetuju.

Sedangkan sebelum ini, soal peraturan itulah yang beria-ia dibangkitkan oleh mereka. Mereka mendakwa tindakan SPRM memanggil Beng Hock memberi keterangan selama 10 jam bertentangan dengan peruntukan undang-undang suruhanjaya tersebut.

Mereka melaung-laungkan seksyen 30 Akta SPRM - yang kononnya memperuntukkan undang-undang siasatan SPRM hanya boleh berlangsung pada waktu pejabat.

Oleh kerana peraturan siasatan SPRM dikatakan punca kematian Beng Hock, pembangkang mengetengahkan idea, SPRM hanya boleh menyiasat Exco Selangor (negeri pakatan pembangkang) di bangunan kerajaan negeri dan pada waktu pejabat sahaja.

Namun jika diteliti seksyen 30(1) Akta SPRM, langsung tidak dinyatakan tentang siasatan pada waktu pejabat. Tidak ada sepatah perkataan pun merujuk kepada perkara itu. Menyedari SPRM yang baru beberapa bulan dijenamakan semula mungkin masih ada ruang kelemahan yang perlu diperbaiki, maka apa salahnya ditubuhkan suruhanjaya untuk tujuan itu.

Jika soal prosedur siasatan saksi yang dipersoalkan oleh pembangkang maka jawapannya mesti tertumpu ke situ. Sebab itu, apabila pembangkang menolak inkues dan menuntut fungsi suruhanjaya diraja diperluaskan kepada siasatan punca kematian Beng Hock, ada sesuatu yang tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan sedemikian rupa.

Adakah kerana pembangkang tahu Akta SPRM sememangnya tidak mengehadkan tempoh siasatan seperti yang mereka dakwa, maka mereka mengalih kepada tuntutan supaya suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Beng Hock pula. Dan jika kerajaan akur kepada tuntutan itu, apa pula yang akan dibangkitkan selepas ini? Tentunya sebagai pengatur strategi dan agenda yang licik, pembangkang telah ada jawapannya.

Pertama, mereka akan membangkitkan keanggotaan suruhanjaya - jika tidak menepati senarai yang disusun sejak awal lagi, pasti timbul dakwaan suruhanjaya tidak telus. Justeru keputusannya akan dipersoalkan.

Kedua, jika keanggotaan suruhanjaya menepati kehendak tetapi ada penemuan yang tidak memihak kepada pembangkang, maka suruhanjaya akan diperlekeh, ditohmah dan dijadikan bahan untuk dipersendakan.

Ketiga, tidak mustahil akan muncul cadangan penubuhan 'suruhanjaya di dalam suruhanjaya' semata-mata untuk memuaskan hati pembangkang lantaran suruhanjaya yang pertama tidak menepati selera mereka.

Paling pelik apabila pembangkang menolak siasatan punca kematian Beng Hock dijalankan oleh inkues. Antara alasan mereka majistret yang kelak mengendalikan inkues tersebut muda-muda belaka. Rasionalkah alasan itu dilontarkan oleh cerdik pandai dalam pakatan pembangkang? Sedangkan telah banyak inkues sebelum ini termasuk atas permintaan pembangkang tetapi tidak pula dikaitkan dengan usia serta kebolehan majistret yang mengendalikannya.

Bukankah sepatutnya keputusan inkues itu dialu-alukan kerana segala-galanya boleh didedahkan dan akan terdedah, selaras dengan ketelusan yang sentiasa bermain di bibir pihak pembangkang.

Dan inkues bukan berhenti setakat itu. Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh mengemukakan permohonan untuk semakan semula. Maknanya ruang untuk penambahbaikan atau mengubat rasa tidak puas hati masih ada, justeru tidak ada sebab pembangkang menolak keputusan Kabinet. Seperti mana agenda pembangkang yang begitu rapi dan amat berstrategi untuk menolak semua yang diputuskan kerajaan, maka di pihak kerajaan juga mesti ada strategi yang berkesan.

Penolakan penubuhan suruhanjaya diraja dan inkues semata-mata bertujuan menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap keputusan kerajaan. Kelak penyokong pembangkang akan bersama-sama mempersoalkan penemuan suruhanjaya dan inkues terutamanya jika ia tidak memihak kepada mereka. Tidak mustahil juga banyak maklumat yang ingin disembunyikan. Sebab itu, baik suruhanjaya mahupun inkues yang diputuskan kerajaan tidak mendapat tempat di hati mereka.

Kejayaan pertama pembangkang di sebalik kematian Beng Hock adalah mengalih perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Keduanya, menanam persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap agensi penguat kuasa undang-undang iaitu SPRM dan PDRM.

Beberapa minit selepas penemuan mayat, pembangkang tampil dengan deretan reaksi dan desakan, mereka juga pantas cuba meranapkan imej SPRM dan PDRM. Usaha itu tidak pernah berakhir dan tidak akan berakhir. Kerajaan mesti bertegas. Melayan kehendak pembangkang tidak akan membantu daripada sudut apa sekali pun. Justeru setiap keputusan perlu menampakkan ia bukan disebabkan desakan, sebaliknya kerana ia sememangnya wajar diputuskan begitu.

Penulis ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.

MANEK URAI:HAJI HADI MENYALAHKAN PEMIMPIN BN ATAS PENGHINAAN KAUM IBAN

Bukannya hendak meminta maaf selepas didakwa membuat kenyataan yang menyinggung kaum Iban, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menuduh pula pemimpin Barisan Nasional (BN) memperbodohkan rakyat apabila mendedahkan kenyataannya itu.

Presiden Pas itu berkata, beliau tidak berniat menghina masyarakat kaum Iban di Sarawak melalui ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

Abdul Hadi menegaskan, kenyataannya dalam ceramah tersebut telah disilap tafsir dan pemimpin BN khususnya di Sarawak sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

''Saya tak berniat untuk menghina dengan mengatakan mereka (masyarakat Iban) bodoh. Saya simpati kerana pemimpin BN yang membodoh-bodohkan rakyat.

''Mereka bodohkan rakyat sehingga rakyat di sana (Sarawak) tidak boleh membuat keputusan berani untuk menyokong kita (pakatan pembangkang)," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap pada sesi Ceramah Khas Sempena Hari Pekerja anjuran parti itu di Kompleks Sukan Bertam, di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Pas, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man.

Abdul Hadi dalam ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan baru-baru ini menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."

Kenyataan Hadi itu dilaporkan menyinggung perasaan masyarakat Iban di negeri tersebut kerana dilihat 'merendah-rendahkan' mereka khususnya di Lubok Antu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang baru-baru ini mendesak Abdul Hadi meminta maaf atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ceramah tersebut mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyertai pakatan pembangkang untuk bersama mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Saya fikir kalau Pak Lah (Abdullah) serius hendak mansuh ISA, kita jemput beliau keluar UMNO dan sertai Pakatan Rakyat

MANEK URAI:KATA KATA SEORANG TUAN GURU,LAYAKKAH NIK AZIZ DIPANGGIL TUAN GURU

'Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.

"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.

"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.

Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.

"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.

Isnin, 27 Julai 2009

MANEK URAI:NIK AZIZ NAFI ADAKAN KERJASAMA DENGAN UMNO

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan media bahawa beliau mahukan perpaduan dan kerjasama antara Umno-PAS.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya bersedia untuk mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai kerajaan pusat seperti yang diamanahkan.

Atas dasar itu kata Nik Aziz, beliau bersedia mengetuai usaha menjalin hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya usulkan hubungan dua kerajaan (negeri dan pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme," kata Nik Aziz dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Terdahulu beliau menyatakan pandangan itu kepada PAS TV pagi tadi di pejabatnya di Kota Bahru.

Bulan lalu beliau telah pun menolak sebarang usaha ke arah kerajaan perpaduan antara Umno-Barisan Nasional dan PAS.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika banyak pihak melihat kenyataan beliau dua hari lalu mahu memulihkan hubungan dengan Umno sebagai perkembangan positif.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini.

Muhyiddin yang menyambut baik kesediaan Nik Aziz untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS itu dengan kerajaan pusat berkata, senario tersebut akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS.

Pun begitu ada juga pemimpin Umno yang meraguinya dan mahu kenyataan serius Nik Aziz dalam soal tersebut.

Sehubungan itu, hari ini Nik Aziz menegaskan, apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan, yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

"Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin dalam perlembagaan.

"Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan telah menyekat hak-hak negeri Kelantan dalam banyak aspek.

"Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme," katanya.

Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan, kata beliau.

Kata Nik Aziz, selepas pilihan raya umum ke-12 apabila lima negeri tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak kerajaan persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat, sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

"Kerajaan negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera kerajaan persekutuan untuk menumbangkan kerajaan negeri Selangor," katanya.

MANEK URAI:PENYATUAN UMNO PAS ADALAH MISI MENYATUKAN MELAYU

SEMUA PIHAK PERLU BERFIKIRAN TERBUKA TERUTAMANYA PEMIMPIN POLITIK MELAYU,KALAU ADA YANG TIDAK BERSETUJU MEREKA HARUS MENDIAMKAN DIRI DAN BIARKAN MEREKA YANG BERSETUJU YANG MENERUSKAN MISI PENYATUAN MELAYU INI.

ADALAH sesuatu yang melegakan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Nik Mat meminta supaya perselisihan pendapat di kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan Pas sewaktu kempen Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai baru-baru ini dilupakan.

Murysidul Am Pas itu mahu kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

"Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya," katanya.

Kenyataan ini sememangnya melegakan kita kerana itulah yang diharapkan oleh orang Melayu selama ini tanpa mengira apa pun fahaman politik. Selama ini apabila hendak diwujudkan usaha bagi menyatukan orang Melayu pelbagai penentangan dapat dilihat, ada antaranya datang daripada pemimpin Melayu sendiri.

Kelompok tersebut lebih melihat kepada kepentingan politik kepartian berbanding memberikan isyarat bahawa orang Melayu mampu bersatu. Akibat sikap seumpama itulah, pihak-pihak lain sudah tidak lagi melihat orang Melayu sebagai kumpulan yang perlu digeruni.

Kita hanya mampu melihat sahaja apabila mereka membuat tuntutan bukan-bukan malah ada antaranya mempertikaikan institusi-institusi yang terajunya adalah orang Melayu. Mereka menuduh macam-macam terhadap institusi tersebut seolah-olah hendak menampakkan apa juga institusi yang dikuasai oleh orang Melayu mempunyai seribu satu kelemahan.

Apa yang mengecewakan, apabila tuduhan mereka mendapat sokongan daripada sesetengah pemimpin Melayu yang merasakan ia peluang terbaik untuk memburukkan kerajaan yang diterajui oleh UMNO. Bagi mereka, kalaulah mereka yang mentadbir negara ini, segalanya akan menjadi sempurna dan semua kaum akan mendapat hak yang sama rata, biarpun hak Melayu perlu digadaikan.

Demi politik, mereka tidak mahu bercakap isu-isu yang dilihat melibatkan kepentingan Melayu kerana bimbang akan kehilangan sokongan daripada kaum lain.

Puak seumpama ini bukannya tidak mengetahui biarpun kerajaan yang ada sekarang mempertahankan hak Melayu namun nasib kaum lain tidak pernah diabaikan. Segala yang dipertahankan mengenai orang Melayu adalah berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan dan bukannya melalui dasar aparteid - seperti mana dakwaan bodoh sesetengah ahli politik.

Justeru cukup-cukuplah kita berbalah sesama sendiri hanya kerana politik. Masanya sudah tiba untuk orang Melayu kembali bertaut, mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kepentingan bersama.

Orang Melayu tidak akan mendapat apa-apa jika mereka terus berpecah dan berbalah, sebaliknya mereka akan mengalami kerugian yang nyata. Perpecahan di kalangan kita akan menyebabkan orang Melayu menjadi lemah, kita tidak berupaya untuk berdiri dalam saf yang sama hanya kerana berbeza ideologi politik.

Hakikatnya tidak salah untuk berbeza ideologi politik tetapi jangan sampai memutuskan persaudaraan dan ukhuwah Islamiah sesama kita. Senario politik yang berlaku selepas pasca pilihan raya umum 2008 harus menyedarkan orang Melayu bahawa mereka boleh terjerumus ke dalam kedudukan bahaya jika terus berpecah belah.

Pihak-pihak lain akan mengambil kesempatan kerana orang Melayu tidak akan berupaya melawan. Lihat sahaja apa yang berlaku di negeri-ngeri tertentu yang kita lihat pemimpin politik Melayu yang berada dalam kepimpinan kerajaan negeri tidak berupaya berbuat apa-apa.

Mereka dilihat lebih banyak mengikut dan tidak berani membuat keputusan yang dibuat bagi kepentingan Melayu. Keberanian itu hanya ditunjukkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tetap melaksanakan dasar untuk membantu orang Melayu.

Orang Melayu tidak harus leka, Orang Melayu tidak harus meletakkan kepentingan politik sehingga sanggup menggadaikan nasib bangsa sendiri. Orang Melayu perlu berada dalam satu barisan bagi menunjukkan perpaduan dan keutuhan. Tidak mengapa kalau dalam pilihan raya mereka hendak berbalah. Tetapi perbalahan dalam pilihan raya bukan bermaksud memutuskan silaturrahim.

Sebaliknya, ia sekadar membentangkan hujah-hujah masing-masing kenapa ideologi politik yang dibawa oleh parti mereka harus disokong. Selepas pilihan raya kembalilah bertaut dan melupakan sengketa.

Berpolitik di kalangan orang Melayu jangan sampai mencetuskan perasaan kebencian kerana itu bukanlah politik yang matang. Kita berpolitik dengan bermatlamat untuk mengukuhkan kedudukan orang Melayu, tidak kira sama ada UMNO atau Pas.

Salah satu parti itu harus menjadi dominan kerana jika tonggak kekuatan politik Melayu lemah, maka ia akan membawa bencana kepada orang Melayu secara keseluruhan. Adalah wajar dalam apa juga keputusan, pendekatan dan dasar yang hendak dibuat, kepentingan politik harus menjadi keutamaan sementara nasib kaum lain tetap terjamin.

Orang Melayu bukanlah bangsa penganiaya, apatah lagi meminggirkan kaum lain. Sejarah politik negara sudah membuktikan bahawa pemimpin Melayu sentiasa adil dalam melakukan tindakan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu mana-mana pihak tidak harus merasa tergugat jika ada hasrat untuk menyatukan orang Melayu. Penyatuan ini bukanlah atas perkauman tetapi demi memastikan kestabilan politik dan sosial negara terus kekal serta orang Melayu terus menjadi 'tuan' di tanah airnya sendiri.

Dalam soal menyatukan semula orang Melayu ini, semua pihak perlu berfikiran terbuka terutamanya pemimpin politik Melayu. Kalau ada yang tidak bersetuju mereka harus mendiamkan diri, biarkan yang bersetuju meneruskan misi itu.

Tidak usahlah membuat kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati atau hanya menampakkan betapa bodohnya kita sehinggakan hendak menyatukan sesama bangsa dan seagama pun perlu ditentang. Sama ada hendak disukai atau tidak, penyatuan di kalangan orang Melayu perlu dan mesti dilakukan. Kita tidak mahu perpecahan yang terjadi akan menyebabkan orang Melayu mempunyai kuasa minoriti dalam politik.

Jika itu berlaku tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu hanya menjadi pengikut dan mungkin lebih buruk akan menjadi pelarian ke tanah air sendiri.

Oleh itu seruan Nik Abdul Aziz yang menggesa orang Melayu bersatu ada semangat persaudaraan Islam harus disambut semua pihak dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan.

Berunding, bermusyawarah mengenai penyatuan orang Melayu bukan bermakna perlunya gabungan parti-parti politik. Cukuplah sekali istilah bergabung menghuru-hara dan menyekat usaha murni melihat orang Melayu bersatu padu. Cukuplah sekali kita diketawakan oleh kaum-kaum lain apabila tidak mampu mencapai persetujuan untuk duduk semeja bagi membincangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Jadikanlah masa-masa mendatang ini ibarat satu perjalanan di atas landasan menuju ke arah persefahaman dan penyatuan sebagai hamba Allah yang sujud kepada Tuhan yang satu dan mengadap kiblat yang sama.

MANEK URAI:PAS MENAGIH PENGARUH ABDULLAH UNTUK HAPUSKAN ISA

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disaran menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) segera setelah sekata dalam usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Menurutnya, walaupun sudah pencen daripada sebarang jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan merupakan tamparan hebat pada Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

"Pak Lah jangan berlegah lagi marilah bersama PAS atau KeADILan kerana suaranya pasti berbisa jika berada dalam Pakatan Rakyat. Jika bersama Umno dan BN apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan sekarang, " ujarnya ketika berceramah di Taman Guar Perahu, Penanti semalam.

Baginya, jika Tun Abdullah masih kekal dalam Umno pastinya Umno sendiri akan melebelkan dirinya sebagai pengkhianat tambahan lagi datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim merupakan aktivis pergerakan Islam sehingga membawa penubuhan PAS pada awalnya.

Lebih-lebih lagi rakan seperjuanganya, seperti bekas menteri dan bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming serta terbaru bekas Naib Presiden MIC, S.S. Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan.

Kata Haji Mohamad, dua orang ternama dalam parti MCA dan MIC tidak teragak-agak membuat pilihan tepat apatah lagi Tun Abdullah yang dimalukan agar turun lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar setelah didesak oleh orangnya sendiri setelah menunjukan prestasi terburuk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

"Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa.

SEMASA ABDULLAH MENJADI PM,BERMACAM MACAM TOHMAHAN YANG PAS TABURKAN DAN SETELAH ABDULLAH BERSARA PAS MAHU PULA ABDULLAH MENYOKONG MEREKA...PADA SAYA JANGAN HARAP LAH PAS AKAN MENDAPAT SOKONGAN DARI ABDULLAH...NIAT PAS HANYA NAK MENGHANCURKAN UMNO...PAS BUKAN IKLAS DALAM PERJUANGANNYA....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

MANEK URAI:UMNO SAMBUT BAIK LANGKAH NIK AZIZ TAPI...

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyambut baik kesediaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melupakan sengketa dengan Umno sambil menegaskan "Umno tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan PAS."

"Kita menyambut baik apa yang dikatakan oleh Nik Aziz kerana selama ini halangan untuk PAS bincang dengan Umno adalah Nik Aziz.. jadi apabila beliau (Nik Aziz) telah menghulurkan salam, maka kita kena sambut baik dan pintu rundingan sentiasa terbuka.

"Saya yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno masih lagi membuka minda untuk kita duduk berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi.

"Tidak pernah dalam sejarah perpaduan itu merugikan dan tidak pernah dalam sejarah perpecahan itu menguntungkan," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Selayang di Selayang hari ini.

Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau bersedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Pada majlis, Ahmad turut mengumumkan Program Inisiatif Tawan Selangor (PINTAS) untuk menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Menurutnya, langkah tersebut perlu dimulakan dari sekarang kerana Selangor merupakan sebuah negeri penting dan memiliki sumber kekayaan yang banyak berbanding negeri-negeri lain.

KOMEN BENDAHARI UMNO

Dalam pada itu, Bendahari Umno, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mahu kenyataan Nik Aziz itu dianggap sebagai suara parti, bukan individu.

Menteri Kewangan kedua itu berkata, sebelum ini Nik Aziz secara terang-terangan menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar parti itu baru-baru ini.

Nik Aziz juga, katanya, sebelum ini memberikan kritikan pedas terhadap Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikutan sokongannya terhadap idea kerajaan perpaduan.

Enggan pisang berbuah dua kali, Husni berkata, kenyataan itu seharusnya dinyatakan sebagai pendirian dan keputusan daripada parti bagi mengelak ia disalahgunakan untuk kepentingan politik dan individu semata-mata. "Bila betul dia (Nik Aziz) kata nak bersama Umno demi perpaduan ummah, dia kena bagi pendirian sebagai parti", kata beliau dipetik oleh Bernama selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kepong di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Nik Aziz supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya itu bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan anggota PAS.

Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu meminta Nik Aziz supaya tidak mengubah pendiriannya, meskipun mendapat desakan daripada mana-mana pihak.

Ahad, 26 Julai 2009

MANEK URAI:PERTEMUAN SERIUS DENGAN PAS ,UMNO AMBIL LANGKAH AWAL

Langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin Pas ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas itu dengan Kerajaan Pusat, berkata senario itu akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti Pas.

"Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik.Oleh kerana ada keputusan seperti itu, langkah susulan kita boleh ambil dan terbaik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada penghujung bulan ini iaitu 31 Julai," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Nik Abdul Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Muhyiddin berkata: "Kita telah menyuarakan sejak awal dulu bilamana soal kerajaan perpaduan dibincangkan, walaupun kita tidak jelas kita telah memberi reaksi yang positif dan kita telah menyatakan kita sedia berbincang demi perpaduan negara dan umat Islam.

"Kalau pun ada perbezaan atau salah faham itu adalah adat manusia."

Beliau berkata mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin Pas.

"Kita tidak perlulah meletakkan agenda khusus dalam pertemuan awal itu yang akan membuka langkah permulaan apa-apa perkara yang kita boleh bincang secara bersama," katanya.

Ditanya sama ada Umno akan menghantar barisan pemimpin kanan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas itu nanti, Muhyiddin berkata pemimpin yang akan mewakili Umno akan dipilih oleh presiden parti.

"Kita berharap pertemuan itu akan menghasilkan sesuatu yang positif yang bukan sahaja membawa kebaikan kepada kaum Muslim tetapi juga rakyat keseluruhannya," katanya.

Mengenai tindakan bekas Naib Presiden MIC Datuk S S Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin berkata perkara itu perlu dilihat sebagai iktibar kepada semua pemimpin komponen parti Barisan Nasional (BN) termasuk MIC.

"Kita harus meneliti di sebalik apa-apa penghijrahan tertentu kepada pihak PKR, sama ada ia sesuatu yang memberi kesan kepada kita (BN) dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang. Apa pun yang berlaku, pimpinan MIC harus memberi perhatian," katanya.

Muhyiddin juga menyeru pimpinan parti komponen BN supaya terus bekerja kuat untuk mengukuhkan parti demi kebaikan bersama.

"Apa yang penting ialah BN kembali menjadi parti yang kuat dan dilihat sebagai parti yang bersatu padu," katanya.

MANEK URAI:1,000 ANGGOTA PKR SILAM SERTAI UMNO

Kira-kira 1,000 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Silam, termasuk Exco Wanita Pusat PKR Siti Sarina Che Ismail, keluar beramairamai meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.

Penyertaan beramairamai bekas anggota PKR ke dalam Umno dibuat di sini malam ini diketuai oleh bekas anggota jawatankuasa perhubungan PKR negeri Sabah yang juga bekas ketua PKR Bahagian Silam, Hassan Malempeng.

Mereka bersamasama 23 orang bekas ketua cawangan PKR menyerahkan borang penyertaan masingmasing kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Hassan ketika ditemui berkata beliau dan rakanrakannya meninggalkan PKR secara sukarela selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan PKR yang tidak jelas, sebaliknya mereka yakin terhadap perubahan kepimpinan baru Umno.

"Saya yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan '1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.' Sebenarnya inilah yang dimahukan rakyat. "Jadi sebagai rakyat, saya bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada Najib melaksanakan apa juga yang diilhamkannya.

Sebenarnya sejak dahulu saya menyokong perjuangan Umno. Saya meninggalkan Umno dahulu kerana kepimpinannya yang tidak mendengar pandangan akarakar umbi," katanya.

Beliau berkata setelah melihat perubahan kepimpinan Umno sama ada di peringkat bahagian ataupun di peringkat tertinggi, keyakinan beliau muncul semula untuk berjuang bersama rakanrakan dalam Umno.

Hassan berkata beliau sukar untuk menjelaskan perjuangan sebenar PKR dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas, terutamanya berhubung siapakah sebenarnya tunggak utama dalam pakatan berkenaan.

Sementara itu, Siti Sarina, 48, pula berkata perjuangan PKR sekarang tidak lagi jelas dan seolaholah bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera.

"Saya benar-benar yakin dengan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri berbanding pakatan pembangkang yang masih kucarkacir dan saling bertelagah antara satu dengan yang lain,

MANEK URAI:NIK AZIZ PERLU IKLAS

Kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membuka pintu kerjasama dengan kerajaan Pusat tidak boleh terhad dalam konteks untuk mendapatkan bantuan semata-mata.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kesediaan berkenaan haruslah disertakan dengan keikhlasan termasuk keseimbangan antara kehendak pentadbiran dan politik.

''Jangan apabila mahu bantuan Persekutuan baru kata sila buka pintu tetapi apabila berbincang tentang agenda bersama, dia (Nik Aziz) tutup pintu.

''Pemimpin kena konsisten. Biar ikhlas, jangan ada agenda tersembunyi,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz hari ini yang bersedia menghulurkan tangan dengan kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat Kelantan.

Sementara itu menurut Ahmad Zahid, kerajaan Pusat dalam soal ini terbukti ikhlas membantu rakyat Kelantan walaupun negeri berkenaan diperintah Pas.

Katanya, keikhlasan itu bukan setakat pembinaan sekolah dan universiti malah lebih besar daripada itu dengan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sahaja, RM7.8 bilion diperuntukkan untuk pembangunan Kelantan.

''Kita (Barisan Nasional) banyak kali kalah pilihan raya di Kelantan dan pilihan raya kecil baru-baru ini pun kita kalah tetapi pernah kita tarik bantuan? Tak pernah tarik.

''Ertinya kita ikhlas membantu selama ini. Sekarang baguslah kalau Nik Abdul Aziz dapat cakap macam tu, tapi jangan lusa cakap lain pula. Kita dah lama kenal dia,'' jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan meminta pemimpin mahasiswa Islam supaya menolak idealisme jumud sebaliknya terbuka menerima perbezaan pendapat.

Katanya, ini penting untuk membentuk umat Islam yang bersatu bagi mendepani cabaran yang lebih besar kerana dengan keterbukaan akan membolehkan tumpuan diberi kepada persamaan dan bukannya mencari perbezaan.

''Jangan kita anggap kita yang terbaik, orang lain tidak baik. Tidak mengapa kalau kita mahu terus berpegang dengan apa yang kita mahukan tetapi jangan sekali kita menolak pendapat orang lain. Biar kita berbeza pendapat secara beradab.

''Pengalaman saya di Lebanon dapat melihat bagaimana umat Arab di negara itu diporak-perandakan oleh bangsa Yahudi hanya kerana mereka menumpukan kepada perbezaan fahaman sedangkan ia hanyalah soal furuq (cabang).

''Kita mahu generasi Islam negara ini biar apa fahaman sekalipun tetapi apabila ada perkara yang melibatkan agenda bersama maka kita boleh duduk semeja mengenepikan perbezaan,'' katanya.

MANEK URAI:NASIB MELAYU DIBUMI MELAYU

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

WUJUD SKANDAL BARU DALAM KES TEOH

Satu skandal baru telah wujud dalam kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian, Teoh Beng Hock, baru-baru ini.

Dokumen yang menunjukkan data-data wang peruntukkan yang disalurkan kepada organisasi dan individu yang tidak wujud oleh beberapa ahli exco Selangor telah disiarkan di internet.

Bagaimanapun, semua pertuduhan itu dinafikan oleh Ronnie Liu yang merupakan salah seorang ahli exco tersebut.

Dokumen tersebut yang memaparkan nama-nama individu terlibat, nombor cek dan baucer peruntukan pembangunan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu telah disiarkan dalam sebuah blog bernama “Truth for Teoh Beng Hock” (http://t4tbh.blogspot.com) semalam.

Dua nama ahli exco tersebut dikatakan sedang di bawah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran telah menyalahgunakan duit rakyat, turut dinyatakan di dalam blog itu.

Tujuh orang ahli Pakatan Rakyat juga dilaporkan disiasat di atas kesalahan penyalahgunaan wang peruntukan pembangunan.

Mereka ialah Teresa Kok (Wakil rakyat Kinrara), Ean Yong (Seri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (Subang Jaya), Lau Weng San (Kampung Tunku) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Teresa Kok, Ean Yong dan Elizabeth Wong adalah merukan ahli exco. Teoh merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong.

Blog tersebut turut menyatakan, ada juga syarikat-syarikat yang dibayar menggunakan invois palsu untuk projek yang tidak wujud menggunakan peruntukan-peruntukan tersebut.

Setiap wakil rakyat telah menerima RM500,000 dalam peruntukan pembangunan.

Blog itu juga menyatakan, Teoh telah dipaksa untuk melibatkan diri dalam skandal ini dan dia telah membuat salinan untuk kesemua baucer tersebut dan menyimpannya di dalam cakera padat di mana salinan tersebut telah diberi kepada sesoerang untuk disimpan dengan selamat.

Sabtu, 25 Julai 2009

MANEK URAI:KENYATAAN HADI SINGGUNG MASYARAKAT IBAN.

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu telah 'merendah-rendahkan' masyarakat Iban khususnya di Lubok Antu.

Menurutnya, Abdul Hadi sebagai seorang yang bijak seharusnya meminta maaf di atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.

''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.

''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," katanya.

Jabu menjelaskan, masyarakat Batang Air masih berpakaian normal dan tidak memakai cawat sebagaimana dakwa Abdul Hadi.

Menurutnya, masyarakat Iban hanya memakai pakaian tradisi sekiranya menari tarian tradisional mereka.

Beliau menarik perhatian Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan orang yang mengundi parti itu merupakan orang yang mempunyai fikiran yang waras dan wajar sahaja.

''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN," tegas beliau.

MANEK URAI:NIK AZIZ DAH BERTAUBAT?

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah Pas dengan Kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap Kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha Kerajaan Pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur, tidak lama lagi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Nik Aziz turut hadir pada majlis prapelancaran program itu di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana sudi menganjurkan program bersama ke arah menarik pelancong ke negeri pantai timur itu.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn Bhd itu dijadual berlangsung pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV di sini. Memberitahu pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-38 Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia di sini hari ini, Nik Aziz berkata, perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini perlu dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

"Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya," katanya.

Pas menang tipis pada pilihan raya itu dengan majoriti 65 undi.

MANEK URAI:NIZAR CUBA MENYALAHKAN PIHAK LAIN ATAS KELEMAHAN DIRI SENDIRI


ISLAM AJARAN ANWAR




Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Pada Nizar samaada ianya berlaku di kediaman Teo atau di pejabat Dap,apa yang dilakukan Nizar adalah salah dari hukum agama Islam.Saya nak tanya pada Nizar apakah mengikut cara orang Cina memperingati kematian bukan satu kesalahan pada kita sebagai orang Islam.Nizar jangan lah memperbodohkan rakyat kerana telah terbukti yang Nizar telah mengikuti cara cara orang cina untuk memperingati kematian.

Memang Nizar tidak menghadiri upacara itu dirumah Teo tapi cara Nizar memegang lilin dan menatap gambar Teo sudah mengambarkan Nizar sudah terpesong dari ajaran Islam dalam kita menghormati kematian orang bukan Islam.Cara Nizar memegang lilin itu sudah menyamai apa yang dilakukan oleh kaum cina dalam menghormati kematian kaum mereka,jadi kenapa perlu Nizar ingin memegang lilin itu.Nizar seharusnya tidak mengikut cara orang cina itu dalam menghormati orang yang telah mati.

Pada Nizar sebaiknya bertaubat kerana telah tanpa disedari Nizar telah terikut cara kaum Cina memperingati kematian.Seharusnya Nizar harus mengikuti apa yang telah Pas putuskan yang Nizar harus tidak menghadiri apa jua upacara yang meragukan bagi kita umat Islam.Jangan lah kerana mereka sahabat kita dan untuk menjaga hati sahabat ,kita gadaikan ugama Islam hanya untuk mendapatkan sokongan politik.

Bagi Nizar ,seharusnya Nizar bertaubat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Nizar itu sedikit sebanyak telah meragukan seluruh umat islam tentang perbuatan yang dilakukan oleh Nizar.Buat Nizar apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak adalah jelas bahawa tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

JELAS NIZAR CUBA MENYALAHKAN PIHAK LAIN ATAS KESILAPAN DIRINYA SENDIRI DAN MELETAKAN KEBODOHANNYA PADA ORANG LAIN.BAGI SAYA NIZAR HANYA PENTINGKAN RAKAN DAN SOKONGAN DARI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.INILAH SIKAP PEMIMPIN YANG SUDAH BUTA HATINYA PADA KESUCIAN AGAMA ISLAM HANYA KERANA MEMENTINGKAN SEDIKIT KUASA DIDUNIA INI.

PADA NIZAR JALAN YANG TERBAIK PADA NYA ADALAH BERMUSAHABAH DIRI DAN KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN DAN AKUI KESILAPAN INI KERANA ORANG YANG MENGAKUI KESILAPAN DIRI ADALAH SANGAT SANGAT DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.SEMOGA NIZAR INSAF ATAS APA YANG DILAKUKANNYA.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI........

Jumaat, 24 Julai 2009

UMAT ISLAM DITEGAH BAKAR LILIN INGATI INDIVIDU




Umat Islam ditegah mengikuti amalan orang bukan Islam dalam apa jua majlis termasuk pembakaran lilin bagi memperingati seseorang individu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan sedemikian jelas bercanggah dengan hukum prinsip asas agama Islam.

Katanya, tindakan membakar lilin untuk memperingati sesuatu merupakan amalan lazim masyarakat beragama Kristian sama ada di barat mahu pun di negara ini.

''Kalau kita hendak mengingati seseorang, banyak cara kita boleh lakukan bukannya dengan membakar lilin, tidak perlu kita tiru mereka," katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan segelintir umat Islam di negara ini yang mengamalkan budaya membakar lilin sebagai tanda mengingati sesuatu peristiwa mahu pun individu tertentu.

Malah amalan tersebut turut dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut membakar lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tindakan Mohammad Nizar itu dikritik hebat oleh pemimpin tertinggi Pas apabila Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib menyifatkan ia amat 'meragukan'.

Menurut Harun, Mohammad Nizar sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Jelasnya, Rasulullah SAW sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti ''sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu''.

Muhammed Khusrin menambah, dalam Islam sendiri, banyak cara yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW bagi mengingati seseorang sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.

''Sebagai contoh, jika individu yang kita ingati itu seorang Islam, kita boleh sedekah Al-Fatihah dan berdoa untuknya. Jika individu tersebut bukan Islam, kita boleh ziarah mereka," ujarnya.

Beliau turut menegur sikap para pemimpin politik yang beragama Islam supaya tidak membelakangkan ajaran Islam semata-mata mahu meraih sokongan politik daripada golongan bukan Islam.

Katanya, sikap tersebut tidak seharusnya wujud kerana sebagai pemimpin Islam, mereka sepatutnya menegakkan ajaran agama itu termasuk mengikuti hadis Rasulullah SAW dalam kepimpinan mereka.

''Kalau hendak berpolitik pun, kena tengok tempat dan tingkah laku, jangan sampai mengikut cara atau amalan yang bercanggah prinsip dan hukum Islam,

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH