tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 31 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR:BERITA TERKINI

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu.

“Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen.

Jumaat lalu, The Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu seterusnya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelah malamnya.

Bagaimanapun edisi cetak the Star pada Sabtu lalu pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

VIDEO SEX ANWAR:ANTARA ANWAR DAN NIK AZIZ SIAPA PENIPU DAN SIAPA KENA TIPU

Asyik sungguh Tok Guru Nik Aziz dengar entah apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap padanya.Ini adalah gambar rakaman masa ceramah di Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam Isnin lalu.

Di majlis itu juga dibuat solat hajat.Di majlis itu juga Nik Aziz mengetuai doa untuk Anwar.

Di majlis itu juga Anwar yang tampil berbaju Melayu berucap berapi-api menangkis perihal video seks yang didakwa melibatkan dirinya.Di majlis itu juga Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang belasah sakan mempertahankan Anwar.Begitu juga Otai DAP Lim Kit Siang.

Di majlis itu juga anggaran lebih 5,000 orang hadirin yang jelas kebanyakan ahli PAS mendengar Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang sudah tengok video seks itu cerita beliau tidak percaya lelaki yang ada hubungan seks dengan pelacur China itu Anwar.

Seorang lagi aktivis PKR Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard yang tengok video itu juga membuat kenyataan pada media yang senada dengan Johari.

Pada masa yang sama ceramah-ceramah untuk selamatkan Anwar diadakan di beberapa tempat lain termasuk di Negeri Sembilan Selasa malam.Sebelum itu di Taman Melawati,Selangor.

Seluruh negara kini sedang memerhati gelagat ‘mahkamah jalanan’ ini ketika mereka lain termasuk Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa wartawan yang berpeluang menyaksi video itu kata yakin wajah lelaki dalam video itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar.

Berbeza dengan kes liwat pertama dulu dan kedua melibatkan Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang....inilah kali pertama muncul satu dakwaan dengan videonya sekali.

Ironinya satu negara tahu ketika meletup kes video Lingam dulu,video seks Chua Soi Lek dan kes Teoh Beng Hock pembangkanglah yang pertama tampil menjerit mahukan satu siasatan rapi dibuat.

Ini kali merekalah yang yang pertama turun ke jalanan untuk menghakimkan video seks itu tanpa langsung mahu melihat atau menyiasatnya dulu.

Sasaran mereka lebih kepada mempersoalkan kredibiliti Datuk Trio – Tan Sri Rahim Thamby Chik,Datuk Sharzrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim – yang mendedahkan video itu.

Mereka menutup mata rapat pada pengakuan Eskay beliau adalah ‘rakan istimewa’ Anwar yang menemaminya ‘ bila menerima panggilan’.

Setakat ini empat orang yang tidak mahu nama mereka disebut memberitahu Agendadaily lelaki yang mereka lihat dalam video itu 100 peratus adalah Anwar.

Ini tidak termasuk penilaian yang dibuat Zaid dan blogger Papa Gomo.

Visual menerusi video sepanjang 22 minit bukan sesuatu yang boleh direka.Ini diakui sendiri oleh sebilangan pakar tentang filem dan video.Apa lagi pengambaran dalam video itu dikatakan melibatkan empat kamera dari pelbagai sudut menghala ke arah dimana aksi seks berlaku.

Lojik akal mengatakan ‘gila babi’ kalau visual itu tidak tulen dan meyakinkan, Rahim-Eskay-Shuib nak jadi hero kampong berani nak dedahkannya.

Senang cakap ‘mampos habis’ ketiga mereka jika video itu didapati palsu.

Juga senang cakap sekalipun UMNO dan kerajaan tidak terlibat ia akan mengheretnya masuk longkang jika video itu mengarut.

Ini boleh soal politik.Ini adalah satu dakwaan perilaku keji seorang pemimpin yang selalu guna ayat Al-Quran dalam ucapan dan ceramahnya.Cita-citanya besar... nak jadi Perdana Menteri.

Lojik akal mengatakan sepatutnya baik PAS,DAP atau PKR perlu minta ia disiasat secara terperinci.

Lagak bodoh seperti ‘mahkamah jalanan’ tidak akan bawa ke mana.Baik 10,000 orang maupun 100,000 orang hadir mendengar...akhirnya bila segalanya sudah terlerai secara jelas dan telus....rakyat yang menjadi hakim di kertas undi.

Jika akhirnya setelah siasatan baik menerusi Suruhanjaya Diraja yang diminta oleh Datuk Trio atau pakar dari dalam dan luar negara di dapati video itu tulen dan benar itu Anwar dimanakah nanti mereka yang kini gila-gila mempertahankan Anwar nak letak muka.

Nik Aziz,Haji Hadi,Kit Siang maupun isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Ismail belum melihat dengan mata kepala sendiri video itu.Mereka sendiri mendengar penilaian orang lain.

Wan Azizah sebagai isteri cuba guna alasan nak elak diri dengan kata menonton video seks adalah haram di sisi Islam.

Bayangkan di lubang cacing mana Nik Aziz nak sorok muka,begitu juga Haji Hadi,begitu juga Kit Siang jika kelak mereka terpaksa mengaku hakikat video itu tulen dan pelakon utamanya ialah Anwar.

Kredibiliti PAS dan DAP sendiri berada di persimpangan dalam isu ini.

Apa PAS nak bagi alasan tentang sikap yang yang tidak usul periksa ini.Begitu juga DAP.

Tak perlu cakap bala apa yang harus ditanggong oleh Wan Azizah nanti.

Soalnya mahukah seluruh negara terus ‘ kena goreng’ oleh lelaki yang berzina dengan pelacur China itu....jika benar dia itu Anwar.

Dalam soal ini Rahim-Eskay-Shuib tidak lagi menjadi watak penting – sejahat mana – sekalipun mereka cuba dilakarkan oleh pembangkang.

Yang penting siapa pelakon utama video seks itu

VIDEO SEX ANWAR:SUDAH ADA UGUTAN BUNUH

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

VIDEO SEX ANWAR:INILAH SIKAP PEMIMPIN PAS

SAYA amat tertarik dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang semasa solat hajat di Stadium Melawati baru-baru ini. Beliau telah membidas ramai ulama kerajaan kerana mendakwa mereka membisu dalam kes video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Hadi secara lantang menyalahkan ulama kerana tidak membidas mereka yang terlibat dalam isu video seks berkenaan. Bagi saya, apa yang berlaku sekarang menunjukkan sikap sebenar Pas dalam isu ini, sikap bermuka-muka.

Isu pokok adalah tentang satu video yang menonjolkan seorang pemimpin pembangkang melakukan hubungan seks dengan pelacur warga China. Bagi saya, Pas tidak perlu terlalu mempertahankan tokoh yang dikatakan dalam video berkenan. Apa yang penting, tunggulah hasil siasatan. Nanti kita akan ketahui jua siapa pelakon utama video tersebut.

Mengenai tindakan Datuk T menunjukkan video itu kepada wartawan, bagi saya tiada kesalahan dilakukan. Ini kerana penyiaran dilakukan secara tertutup dan bukan secara umum. Mengenai tindakan Hadi menentang Datuk T kerana penyiaran video seks itu, Pas sebenarnya tidak 'memperjuangkan' isu penyiaran bahan lucah secara menyeluruh.

Apakah Pas menjalankan sebarang tindakan membanteras penyebaran bahan lucah di negeri Pakatan Rakyat, contohnya Selangor? Jawapannya sudah tentu tidak. Di samping bahan lucah, kelab-kelab malam haram bercambah di Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang turut disertai Pas. Ini menunjukkan di Selangor, Pas takut bersuara kerana masih di bawah telunjuk DAP.

Isu-isu lain yang Pas berdiam diri adalah kehadiran pemimpin DAP dalam masjid yang secara terang mencabuli kesucian masjid.

Di samping itu, apa Pas buat apabila pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam secara terang-terangan menafsirkan al-Quran ikut tafsiran mereka? Tiada surat membidas daripada pemimpin Pas kedengaran. Sebaliknya, pihak yang membidas adalah ulama-ulama kerajaan kerana dua isu ini melibatkan syariat Islam.

Pas juga berdiam apabila mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Pas sebenarnya tidak lebih daripada satu pertubuhan politik yang berubah dalam pendiriannya. Pas perlu meneliti tindakannya, sama ada berbaloi mereka berjuang mempertahankan tokoh pembangkang tertentu. Adakah mereka mengetahui 'sifat-sifat" pemimpin tersebut? Tepuk dada, tanya selera.

Rabu, 30 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR:TERKINI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil laporan analisis pakar ke atas bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, buat masa ini, analisis terhadap bahan-bahan bukti itu sedang dijalankan oleh pihak pakar.

Pada masa yang sama, katanya, polis masih di peringkat mengumpul keterangan-keterangan untuk menyokong fakta yang ditemui bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

PELAKON VIDEO SEX DI BERI AMARAN

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya menyerang peribadi beliau berhubung pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.



Beliau berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap penulis blog yang didapati menyerang peribadinya berhubung isu sama.
"Saya akan menjawab dengan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, melawat Kolej Risda di Air Pa'abas di sini hari ini.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan serangan peribadi dengan dijadikan sebagai fokus politik adalah keterlaluan.

Rabu lalu, Abdul Rahim; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim; mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti

VIDEO SEX ANWAR:MAKIN RAMAI SUDAH TIDAK PERCAYA DENGAN ANWAR.

Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.

Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.

Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.

Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

"Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

"Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan

SEX ANWAR:CERITA TERBARU ANWAR BILA DI THAILAND

Semua orang tahu yang kalau pergi Siam atau Thailand tak lain mesti nak berseronokkkk dan cari amoi amoi yang cute.Cerita inilah yang membuat Anwar makin pening bila segala ceritnya ketika berada di Siam akan di bongkar oleh Datuk Eskay.

Ramai yang tertentu tertanya-tanya bagaimana agaknya situasi terkini Datuk Trio – Tan Sri Rahim Thamby Chik,Datuk Shazrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Ini mengenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melancarkan gerak saraf secara besar-besaran untuk memerangi pendedahan mereka mengenai video seks yang didakwa melibatkan dirinya dengan seorang pelacur dari China.

Kekecohan timbul semasa ceramahnya di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur Jumaat malam lalu bila penyokong Anwar marah ketika polis memintanya berhenti berucap kerana majlis itu tiada permit polis.Di Stadium Malawati, Shah Alam Isnin malam kira-kira 5,000 orang datang untuk mendengar beliau bersilat menangkis isu itu.

Tinjauan rambang dikalangan ‘ orang atas pagar’ mendapati pandangan agak bercampur-campur yakni ada yang merasa rasa-ragu dan ada yang bersikap hendak tunggu dan lihat sehingga isu ini terdedah lebih jelas.

Paling ramai yang kata selagi tidak melihat dengan mata kepala sendiri sukar untuk mereka membuat kesimpulan.

Malah ada kalangan pemimpin UMNO yang bimbang ‘ misi peribadi’ Datuk Trio boleh backfire tidak tentu kepada parti dan kerajaan.

Dari riak dan cara kebanyakan mereka sendiri bertanya dan ingin korek lebih lanjut kisah ini dari kalangan wartawan yang dianggap ‘ tentu tahu’ ada petanda jelas ia ia hanya melibatkan mereka bertiga sahaja.

Sejak kemunculan kali pertama Rahim dan Eskay mengakui mereka bersama Shuib saja yang terlibat dalam usaha ini pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Rabu....Agendadaily bersama beberapa orang rakan blogger bersemuka dengan mereka secara eksklusif di Shah Alam Selasa malam.

Ketiga-tiga mereka yang sudahpun memberi keterangan kepada polis Bukit Aman nampak cukup relaks ketika bersembang hampir dua jam mengenai berbagai persepsi orangramai yang berbangkit dari pendedahan mereka yang bermula dengan beberapa orang wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Baik Rahim,Eskay dan Shuib kata mereka cukup sedar tentang hu ha di seluruh negara mengenainya.

Mereka juga cukup sedar pelbagai usaha Anwar dan pembangkang hendak sembelih habis kredibiliti mereka untuk alihkan isu agar orang hilang kepercayaan keatas mereka – dan isi kandongan video seks itu.

Apapun ketiga-tiga mereka tidak langsung nampak berganjak dari pendirian bahawa ia bukan usaha untuk memfitnah Anwar dan tetap kata 100 peratus lelaki dalam aksi seks itu adalah Anwar.

Selain mengenai video itu sendiri dan jam tangan didakwa milik Anwar yang cuba dicuri oleh pelacur China dalam aksi seks itu,mereka secara off the record memberi beberapa imput lain untuk meyakinkan apa yang mereka dakwa 100 peratus benar.

Bagi mereka memandangkan ia sudah menjadi kes polis biarlah polis menyelesaikan siasatan hasil dari bukti yang mereka beri dan lain-lain maklumat yang diperolehi siasatan berkenaan.

Namun perbualan malam itu tidak hanya berkisar kepada isu video seks yang didakwa libatkan Anwar di Kuala Lumpur sahaja.

Eskay memberitahu sebenarnya hubungan cukup akrabnya dengan Anwar tidak begitu diketahui ramai.

Katanya beliau tidak pernah langsung pergi ke pejabat PKR atau sebarang majlis parti itu atau muncul di khalayak ramai dengan Anwar.

Malah dakwannya hubungannya dengan Anwar lebih special berbanding Datuk Nallakarupan.

“ Saya akan langsung pergi ke rumah Anwar pada waktu-waktu tertentu bila dia panggil saja.”katanya.

Menurut Eskay ,Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah syak apa-apa bila mereka keluar berdua kerana tahu mereka rapat.

Apa yang menarik ialah bila Eskay meminta Agendadaily dan blogger lain yang hadir pada pertemuan itu bertanya lima soalan pada Anwar mengenai Thailand.

“Sekarang orang cakap bab agenda di Kuala Lumpur saja...belum lagi cakap bab agenda di Thailand,” katanya secara bersahaja.

Lima soalan berkenaan ialah berapa kali dalam tempoh dua tahun lampau Anwar pernah ke Thailand,siapa yang menyambutnya setiap kali ke sana,siapa yang menempah bilik hotelnya,siapa yang membayar bil hotelnya dan siapa yang bersamanya sepanjang di sana.

“You pi tanya dia...tengok apa dia jawab,”kata Eskay sambil mengakui beliaulah orangnya.

Namun katanya jika Anwar cakap banyak beliau akan ‘ membuka a can of worms’ (mendedahkan pekung) di Thailand pula.

Ketika didesak Eskay tetap enggan memberitahu apa maksud pekung ‘a can of worms’ itu.

Dari cara beliau bermain dengan kata-kata – satu kesimpulan dapat dibuat ialah ada ‘ bom’ yang mungkin meletup pasal Anwar di Thailand pula selepas ini.

Eskay berkias bahawa Anwar cukup tahu apa yang beliau tahu.

MEMANG DASAR PENIPU

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul disifatkan sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai berikutan tindakannya tidak memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Johari sepatutnya merujuk kepada Anwar sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan trio Datuk T untuk menontonnya.

"Dalam isu pendedahan ini, Johari telah menipu rakyat dan Anwar kerana dia tahu dirinya dijemput untuk menonton video tersebut tapi dia tidak maklumkan kepada Anwar.

"Kalau Anwar tahu awal, mungkin dia (Anwar) boleh buat persiapan untuk beri penjelasan terlebih dulu tetapi dia (Johari) pergi tengok (video seks) senyap-senyap.

"Namun, bila nama dia (Johari) ditimbulkan, didakwa minta wang pelincir (duit), baru dia kelam-kabut dan menafikan orang dalam video itu ialah Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Zamil yang juga Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah mencabar Johari supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T sekiranya apa yang didakwa oleh kumpulan itu bahawa beliau meminta wang pelincir selepas menyaksikan video seks tersebut adalah tidak benar.

KESEMUA PEMIMPIN PAS DAH BUTA HATI....TAK MAHU TERIMA KEBENARAN

Tak tahu nak kata apa lagi pada semua pemimpin Pas terutama Nik Aziz dan Haji Hadi yang masih lagi berdegil dan tersumbat mata hati mereka dengan segala kemungkaran yang di lakukan oleh Anwar.Hanya kerana tamak akan kuasa pemimpin Pas sanggup membutakan kebenaran yang sudah di bongkar.Kerana itulah Kesediaan Datuk S. Nallakaruppan untuk berjumpa dengan pimpinan Pas bagi mendedahkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan usaha murni bagi menyelamatkan rakyat daripada pemimpin 'putar alam' seperti Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau bagaimanapun tidak yakin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima tawaran Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar itu.

"Nik Abdul Aziz kini sedang terlalu taksub dengan nafsu politik yang memungkinkan Pas tidak memperolehi sebarang manfaat, malah akan timbul kebenaran jika pertemuan dengan Nallakaruppan menjadi kenyataan.

"Saya juga optimis Mursyidul Am Pas itu akan menentang usaha ini termasuk jika ada inisiatif daripada ahli parti itu sendiri kerana tiada keuntungan politik bagi dirinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Nallakaruppan untuk berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagi mendedahkan kepada mereka siapa sebenarnya Anwar.

Anuar berkata, Pas kini jauh berbeza daripada zaman bekas Presiden parti itu, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi yang mana akhlak, moral dan iman jauh lebih penting daripada memperolehi sokongan dan mendapat undi.

"Pas kini lebih terikat dengan 'kemanisan' kuasa hingga sanggup memutarbelitkan fatwa dan isu demi kepentingan politik,

Selasa, 29 Mac 2011

TIMBUL PULA GAMBAR KOMIK LUCAH ANWAR

Belum reda dengan cerita video sex Anwar timbul pula cerita baru yang juga mengaibkan diri Anwar.Kerana itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

NONEMenurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

NONE"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

RAMAI PEMIMPIN PAS MULA SYAK ADA YANG TAK KENA DENGAN ANWAR,MAHU DISIASAT SEGERA

Sudah ramai pemimpin Pas kini sudah mula sedar siapa sebenarnya Anwar Al Juburi yang mereka sanjung selama ini.Ramai di kalalangan pemimpin muda Pas mahu video sex Anwar di siasat secara menyeluruh.Dalam diam diam Nik Aziz juga semakin mempercayai keterliban Anwar dalam scandal video sex itu.Kerana itulah dalam satu ceramah malam tadi Nik Aziz tidak langsung berceramah sebaliknya berdoa agar segala kemuskilan akan terbongkar.

Kerana itulah selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.

Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.

"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.

"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.

"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.

Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin Pas yang sudah menonton rakaman video seks itu.

"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini

VIDEO SEX ANWAR:LAGI PEMIMPIN PKR KELUAR PARTI

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).

Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.

“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?

“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.

Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.

“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.

Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan.

“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.

Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.

“Saya bukan 'yes man','' katanya.

VIDEO SEX ANWAR:ANWAR BOLEH NAFI TAPI ...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses membuat pengesahan pakar mengenai kesahihan bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, justeru, PDRM berharap semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kita meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi kerana takut mengganggu perjalanan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghazali ketika dihubungi tidak menafikan kemungkinan akan memanggil pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim untuk membantu dalam siasatan video berkenaan.

"Saya tidak menafikan akan memanggil mana-mana individu yang dipercayai boleh membantu dan terlibat dalam siasatan rakaman video tersebut,"

Isnin, 28 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR,ANWAR PULA DI SAMAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin hari ini telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

ADUN PKR SERI MUDA TIDAK AKAN DILEPASKAN

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 25 April depan untuk sebutan semula kes Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Disember tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Edmund Bon yang mewakili Shuhaimi, 42.

Bon memohon satu tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya Jumaat ini untuk memohon satu deklarasi bahawa Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, pertuduhan dibacakan semula kepada Shuhaimi memandangkan kes itu pada tarikh lepas telah disebut di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menerbitkan artikel bertajuk “Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959” yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember tahun lepas.

KERANA VIDEO SEX MAKIN RAMAI KELUAR PKR

Tidak mahu bersubahat dengan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, kira-kira 200 ahli Persatuan Sami-Sami Hindu Pulau Pinang hari ini mengambil keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut pengerusi persatuan berkenaan, S. Dhinabalan, mereka malu mempunyai pemimpin yang dikaitkan dengan perbuatan terkutuk tersebut, apatah lagi ia dianggap dosa besar dalam agama Hindu.

Katanya, isu berkenaan sudah tersebar ke seluruh dunia dan sewajarnya ahli-ahli persatuan tersebut yang mempunyai kedudukan tinggi dalam agama Hindu tidak dikaitkan dengan Penasihat PKR itu.

"Kami sering menghadiri majlis-majlis rasmi di luar negara dan ramai yang ditemui menanyakan mengenai dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam rakaman video seks tersebut apabila mengetahui kami dari Malaysia.

"Ini amat memalukan kami, lebih-lebih lagi perbuatan tersebut merupakan satu dosa besar, tidak boleh diterima sama sekali dalam agama Hindu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis bersama kira-kira 15 ahli persatuan tersebut di Balai Polis Bayan Baru, di sini hari ini.

Dalam laporan berkenaan, mereka mahukan suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara telus rakaman video seks itu.

Sementara itu, timbalan Dhinabalan, C. Shangkar memberitahu, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat selepas tiga tahun mentadbir negeri.

Jelas beliau, kaum India di negeri ini seolah-olah dianak-tirikan berbanding kaum lain.

"Kami tidak diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan dan kemudahan pembangunan, seperti tidak dihiraukan,

Ahad, 27 Mac 2011

ANWAR GUNA RAKYAT PERTAHANKAN DIRINYA.

Gabra dengan perbicaraan kes liwatnya dan kini pendedahan video seks yang didakwa melibatkan dirinya,Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa cuba mengunakan taktik ‘mahkamah rakyat’ untuk mengapi-apikan kemarahan penyokongnya.

Apa yang berlaku di ceramahya di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur malam tadi adalah bukti bagaimana beliau kini cuba menggunakan penyokongnya sebagai ‘pelindungnya’.Keadaan ceramah itu menjadi kecoh sekitar jam 11.30 malam apabila polis meminta beliau menghentikan ceramahnya dari waktu 15 minit yang ditetapkan. Dalam ceramah kempen DNA PKR Anwar antara lain menghentam pendedahan video seks oleh Datuk T.Sebahagian daripada penyokongnya telah bertindak ganas membaling botol air mineral dan sebagainya ke arah anggota polis. Mereka juga memaki hamum anggota polis.FRU terpaksa bertindak mengawal keadaan yang panas ketika itu.
Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.

Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.

Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

ANWAR DAKWA BELIAU DAN AZIZAH TAK RETAK TAPI MUNGKIN ADA HATI YANG TERCALAR

Saya merasakan apa yang di katakan Anwar hanyalah untuk menutup segala kemungkaranya dari seluruh keluarganya lebih2 lagi buat Wan Azizah dan anknya Nurul Izzah.Walau pun Anwar menafikan hubungannya dengan Azizah dan Nurul tidak retak tapi kemungkinan sedikit tercalar di hati Wan dan Nurul pasti ada.Sudah tentu sedikit sebanyak ada sedikit perasaan apakah betul segala penafian Anwar tentang video sexnya yang semakin memuncak sekarang.

Bermacam macam Anwar cuba menafikan dengan enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir di sini hari ini hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.

Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.

‘‘Saya tidak akan menjawab soalan itu tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa mereka yang berada di sebalik (pengedaran) video tersebut tidak ditahan,” katanya.

Muka depan bertajuk ‘Di manakah Anwar Ibrahim?' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan di mana Ketua Pembangkang itu antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari ketika satu video seks tersebut dipercayai dirakamkan.

Persoalan itu timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak ‘tweet’ pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitter pada waktu video seks tersebut dirakam memandangkan akaun laman sosialnya itu didapati ‘senyap’ kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam sedangkan Anwar adalah pengguna Twitter yang aktif dan sering kali ‘tweet’ serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.

Anwar juga menyangkal dakwaan bahawa hubungannya dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah retak berikutan isu video seks berkenaan.

Selain itu, Anwar turut menafikan laporan bahawa Wan Azizah ada meminta salinan video seks berkenaan seperti yang didakwa oleh Shazryl.

‘‘Dia (Wan Azizah) tidak pernah melihat video seperti itu sepanjang hidupnya dan dia telah menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menontonnya,

Sabtu, 26 Mac 2011

ANWAR AKAN DI TANGKAP ..BETUL KE.

Sama ada betul atau spekulsi,dengar khabar Anwar akan di tangkap malam ini juga.Tak habis kes liwat timbul pula kes baru....tak habis habis dengan hero malaya ini.Dengar khabar Anwar berada diBandar Perda setelah bersolat Maghrib hingga sekarang mendengar tazkirah.Dengar cerita Anwar akan ditangkap malam ini dan pihak PKR negeri telah bersedia dengan segala kemungkinan.



Samada cerita penangkapan ini betul atau tidak yang kita mahu adalah keadilan mesti di tegakan.Semoga apa jua kita serahkan pada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.Semoga kita semua bersabar untuk menunggu keputusan dari pihak polis.Semoga segala rahsia video sex ini akan terbongkar.

NIK AZIZ MAKIN LEMAH..RAMAI AHLI PAS KELUAR PARTI

Seramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di Pasir Puteh, menyertai Umno hari ini selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.

kelantan pas umno ballot box 310707"Kami menerima penyertaan mereka dengan pintu terbuka dan menyerapkan mereka ke dalam cawangan Umno berhampiran," katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan mereka di Kampung Gong Tinggi, di Pasir Puteh.

Zawawi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata cawangan (PAS) itu sebelum ini merupakan kubu kuat parti pemerintah itu dalam DUN berkenaan sehingga sukar untuk ditembusi oleh jentera Umno pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, bekas ketua cawangan PAS kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 60, berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai Umno adalah atas kerelaaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana kecewa dengan kegagalan PAS membela nasib golongan petani.

Sebaliknya, Umno walaupun gagal merampas kerusi DUN Semerak, tetapi lebih banyak berjasa kepada rakyat seperti mengeluarkan pelbagai bentuk subsidi selain membina jalan-jalan kampung.

Beliau mendakwa PAS tidak membawa perubahan atau membela nasih rakyat di kawasan itu walaupun diberi peluang memerintah negeri itu lebih 20 tahun.

Rakannya, Ahmad Besasin, 50, berkata beliau sudah menyertai PAS sejak 16 tahun lepas dan mendapati pemimpin parti itu tidak pernah turun padang untuk membantu mereka yang menghadapi kesempitan hidup.

"Kami harap rakan seperjuangan turut mengambil sikap yang serupa iaitu meninggalkan PAS sebab tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib golongan petani seperti kita," katanya

PAS KELANTAN TUNGGU MASA SAHAJA LAGI....PRU 13 NANTI PASTI AKAN BERTUKAR KERAJAAN...MASA TU NIK AZIZ SALAHKAN SIAPA PULAK...APAKAH NIK AZIZ AKAN KATA RAKYAT KELANTAN JAHIL.....

WAN AZIZAH DAH PENING FIKIRKAN ANWAR

Dalam senyuman Wan Azizah tersimpan satu persoalan didalam fikirannya apakah benar segala cerita sex tentang suaminya itu.Itulah kita dapat lihat yang senyuman Wan Azizah semacam sahaja.Samada nak percaya atau tidak apakah suaminya melakukan semua itu.Kerana itulah pada awalnya Wan Azizah mahu melihat sendiri pita video sex itu.Ini disahkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata pada Jumaat bahawa Dr Wan Azizah mahukan rakaman video itu diserahkan secara peribadi kepadanya.

Sebelum ini Dr Wan Azizah telah menafikan dakwaan yang mengatakan yang dia meminta untuk melihat sendiri video berkenaan.

“Memang dia ingin melihatnya tetapi sekarang dia cakap lain,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Dr Wan Azizah yang beliau tidak berhasrat untuk menonton pun video itu. Dr Wan Azizah juga menyifatkan video tersebut sebagai palsu.

Rahim dan dua orang lagi iaitu seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim - telah muncul di khalayak ramai mengisytiharkan merekalah "Datuk T" yang bertanggungjawab mendedahkan kewujudan video berkenaan kepada media Isnin lalu.

Rahim berkata, pada mulanya seorang dari PKR telah bersetuju untuk membawa rakaman video itu kepada Dr Wan Azizah dan berjanji akan mengembalikan video berkenaan kepada mereka. Bagaimana pun, Eskay membantah kerana khuatir ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Eskay, kata Rahim tidak mahu pihak lain membuat salinan dan mengedarkannya kepada umum.

Sementara itu Shuaib, telah dilaporkan ke Bukit Aman lewat Jumaat untuk membolehkan kenyataannya direkodkan.

Eskay dan Rahim telahpun membuat kenyataan masing-masing kepada polis pada petang Khamis.

Jumaat, 25 Mac 2011

VIDEO SEX ANWAR:RAHIM DAN SHAZRYL DIBEBASKAN

Polis menahan dua lelaki berhubung video aksi seks seorang lelaki yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur warga asing.

Adalah difahamkan dua individu yang ditahan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay.

Mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, beberapa barangan yang boleh digunakan sebagai bukti turut dirampas daripada dua individu terbabit.

"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tentang lokasi penggambaran video seks itu. Kami telah menghantar satu pasukan forensik bersama para pegawai penyiasat ke tempat berkenaan.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara siasatan diteruskan," katanya tanpa mendedahkan identiti dua lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenalpastikan individu yang dirakam dalam video itu selain individu yang merakamkan aksi seks tersebut.

Pada Khamis, dua daripada trio, "Datuk T" iaitu Abdul Rahim dan Shazryl menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Polis turut mengambil keterangan mereka.

Individu ketiga "Datuk T" ialah bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketika ditanya kenapa dua individu tersebut tidak ditahan apabila hadir ke ibu pejabat polis, Ismail berkata: "Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?"

Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

"Biarlah kami kenal pastikan sama ada mereka telah melanggar undang-undang terlebih dahulu. Polis boleh menahan mereka kemudian," katanya.

Ismail turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.

"Kami sedang menyiasatnya secara terperinci dan secepat mungkin

Khamis, 24 Mac 2011

1 JUTA 1 ORANG.....WOOOOOOWWWW


Tan Sri Rahim Thamby Chik mendakwa Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang dipertontonkan video seks spontan telah mengakui lelaki dalam video berkenaan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempertikaikan Johari yang sudah ‘pusing cakap’ dakwa ‘Datuk Trio’ hendak menyogoknya wang agar lompat parti dan kata orang dalam video itu bukan Anwar.

Video itu telah dipertontonkan kepada Johari di Hotel Flamingo pada 21 Mac lalu.Turut hadir waktu itu Datuk Shazrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Johari membuat dakwaan berkenaan dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR tiga jam sebelum sidang akhbar ‘Datuk Trio’ di Hotel Impiana KLCC.

Kata Rahim selepas balik dari menonton video itu ,Johari telah menelefon meminta wang ‘pelincir’ dan berjanji nak bawa enam atau tujuh Ahli Parlimen PKR.

“Mereka hendaklah dibagi setiap kepala.Bila saya dengar itu saya kata stop perkara ini.Kita bukan soal nak beri wang kita nak menegakan kebenaran.

“Semalam bila Ahli Parlimen ini nak bawa tujuh orang kita buat keputusan tolak.Kita tidak berminat soal-soal kewangan ini... sedangkan misi kita sebenar ialah melihat kebenaran dapat ditegakan untuk rakyat Malaysia.”katanya.

Menjawab soalan kemudian,Rahim mendakwa Johari minta RM100,000 sebagai pendahuluan dan kemudiannya RM1juta setiap seorang.

Shazrly juga memberitahu hal yang sama

DAH TERJAWAB SIAPA DATUK T

MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam.


Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.

Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.

SIAPA Datuk T (Trio)?

Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Apa peranan mereka?

Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.

Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.

Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.

Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.

Mengapa pendedahan dibuat?

Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”

Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.

Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?

Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”

Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”

Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”

Mengenai penglibatan Johari Abdul?

Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.

Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.

Mengapa dedahkan sekarang?

Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”

Mengapa tidak dedahkan kepada polis?

Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.

Siapa lagi terlibat?

Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio.”

Rabu, 23 Mac 2011

DATUK T SUDAH DI KENAL PASTI

Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.

MP PKR DAH TENGOK VIDEO SEX ANWAR

Rupanya bukan wartawan saja yang tengok video seks yang riuh itu, tetapi ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Rabu buat sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya dakwa dia pun sudah tengok.

Kalau wartawan dakwa lelaki dalam video tersebut mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, Johari Abdul dakwa sebaliknya.

Pemimpin PKR itu turut mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka yang kini Pengerusi RISDA,Tan Sri Rahim Tamby Chik ( gambar) dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ( gambar tengah ditunjuk oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin (kiri) dan Johari (kanan) sebagai mereka di sebalik penganjuran tayangan video seks tersebut.


Menurut Johari, beliau telah ditunjukkan video itu oleh Datuk Shazryl - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari (gambar) mendakwa, turut serta dalam pertemuan itu adalah Rahim.

Sebelum ini, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pagi Isnin lalu.

Kalangan mereka yang menyaksikannya dikatakan mendakwa yakin 200 peratus lelaki yang sedang adakan hubungan seks dengan seorang pelacur China ialah Anwar.

TAMPARAN BUAT ANWAR...KESEMUA BARANG DI JADIKAN BARANG BUKTI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.”

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

NONE"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?” Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.

HIDUP MATI ANWAR AKAN TERJAWAB

Hari ini adalah hari hidup mati Anwar bila keputusan mahkamah akan di tentukan hari ini keputusan DNA nya.

Kerana itulah Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.

Selasa, 22 Mac 2011

TAK MUSTAHIL KLIP VIDEO SEX ADALAH CIPTAAN ANWAR SENDIRI

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

NONE"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis Dr Khir (kiri).

Beliau menulis dalam blognya hari ini mengenai pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga ketua pembangkang oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' di Carcosa Seri Negara semalam.

Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai.

"Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

"Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar?

"Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil," dakwa Dr Khir lagi sambil menambah pendedahan video tersebut "tidak membabitkan BN".

Tahap keselamatan hotel

Bekas ketua pembangkang DUN Selangor itu juga mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat Anwar itu mencukupi kepada umum.

"Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

azlan"Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mempertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya," katanya.

Dr Khir berkata walau apa pun kebenarannya, masyarakat akan terus dihujani "perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan" dan akhbar akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang memalukan untuk bacaan kanak-kanak.

"Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas politik Sarawak, Dr Khir berkata pengumuman persaraan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta penumpuan pembangunan di Malaysia Timur sudah cukup mencerahkan peluang BN.

"Malahan tindakan (Abdul) Taib Mahmud mengetuai jentera pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan," katanya.

NIZAR KATA PAS TETAP SETIA DENGAN ANWAR WALAU SIAPA ANWAR

Walau apapun tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS tetap tidak akan berpaling dari Pakatan Rakyat (PR).

Malah, PAS menganggap dakwaan bahawa Anwar merupakan lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada media pada Isnin merupakan serangan politik semata-mata.

Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dalam PR.

"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.

"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menemani Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewa Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dilaporkan berkata parti itu akan menilai semula kedudukan mereka dalam PR sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai si pelaku dalam video seks berkenaan.

Harun berkata, PAS tidak mahu dikaitkan dengan ahli politik yang mempunyai moral yang rendah dan tuduhan tersebut merupakan satu perkara yang serius serta perlu segera disiasat.

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu berpegang teguh kepada prinsip setia kawan dalam PR.

"PAS tidak akan melatah dan terpengaruh dengan tipu helah sebegini. Kita akan lebih kuat dalam PR sebaliknya ia akan memakan diri orang yang membuat fitnah ini," katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kerana rakyat akan membuka mata mengenainya.

"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.

"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,” katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T

SEMUA ORANG NAK TAHU SIAPA SEBENARNYA DATUK T

Satu negara hari ini dok bercakap soal siapa Datuk T… lelaki yang panggil ‘senior editor’ media untuk tunjuk tayangan video seks. Kalau ikut cerita Datuk T, beliau diarahkan oleh ahli politik berkenaan untuk ambil jam tangan di lokasi kejadian, tapi cari punya cari terjumpa CCTV pula.


Jeng, jeng jeng… kalau ikut logik cerita itu, maknanya ‘ahli politik’ dalam video itu kenal dengan Datuk T?


Petang Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dia ‘individu’ dalam video tersebut.


Media melaporkan, rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di
Kuala Lumpur.


Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)”.


“Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.


“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar forensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.


“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya.”


Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di
Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.


Datuk T mendakwa hotel itu menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.


“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.


“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya
cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.


“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman (ahli politik itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T.

ANWAR BUAT LAPORAN POLIS

Kerana takut video ini akan terlepas pada orang ramai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta 30 penyokong tiba di Balai Polis Dang Wangi,Kuala Lumpur untuk buat laporan polis mengenai video seks yang didakwa libatkan dirinya.Semasa Anwar berada dalam balai,para penyokongnya di pekarangan balai berteriak ' reformasi' dan kibar sepanduk dakwa video seks itu fitnah



ANWAR SEMAKIN TAKUT DAN KECUT

Keputusan samaada Anwar akan menyerahkan sampel DNA nya akan terjawab bila mahkamah akan membuat keputusan.Belum lagi mahkamah memberikan keputusannya satu lagi gejala melibatkan Anwar terbongkar dan ini sudah tentu menakutkan Anwar untuk berdepan dengan kes yang baru ini.Walaupun Anwar menafikan semua ini tapi tak mustahil semua ini boleh terjadi kerana semua sudah tahu yang tabiat Anwar selama ini yang sangat menjijikan.

Walaupun berbagai alasan yg di berikan Anwar dengan mendakwa lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.

"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Jam tangan

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai seutas jam tangan yang didakwa sebagai miliknya oleh "Datuk T."

Jam tangan itu didakwa telah hilang di lokasi rakaman video seks berkenaan.

Anwar ditanya wartawan: "Adakah Datuk Seri kehilangan seutas jam tangan Omega?"

Anwar menjawab, soalan yang sepatutnya ditanya adakah beliau memiliki jam sebegitu.

Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu.

"Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan...," katanya lagi sambil tersenyum.

Akan lapor polis

rita selanjutnya nanti...

anwar pc on sex video alledge 210311

Ditanya lanjut, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.

"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video.Walaupun apa jua alasan Anwar yang pasti semuanya tidak mustahil ianya terjadi dan kita tunggu sahaja apakah Anwar akan saman pihak yg menayangkan klip video itu.Kita tunggu cerita selanjutnya nan

Isnin, 21 Mac 2011

ANWAR NAFI YANG BELIAU DALAM VIDEO SEXXXX

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.


Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

NONEPada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video".

SIAPAKAH PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG DI MAKSUDKAN MELAYANI PELACUR ITU..APAKAH IANYA LELAKI YYYYY.....

Seorang bergelar Datuk mendedahkan rakaman video hubungan seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel.Apakah ianya lelaki y yang di maksudkan oleh Datuk tadi.Perkara ini perlu di siasat agar apa yang tersurat itu dapat di rungkai kerana kita sebagai rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang rendah moralnya.Apakah seorang pemimpin yang kaki betina layak kita angkat sebagai pemimpin yang berkuasa di Malaysia ini??

Saya percaya sudah tentu perkara ini ada bersangkut paut dengan pemimpin yang sekarang dibicarakan sekarang.

Sabtu, 19 Mac 2011

AZMIN DAN SHAMSIDAR SIMPAN RAHSIA BESAR

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu memujuk timbalannya, Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, perkara itu perlu dilakukan sekiranya Wan Azizah dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih mempunyai maruah.Katanya, Wan Azizah tidak perlu berpura-pura kerana apa yang diketahui beliau adalah sama dengan apa yang diketahui oleh peguam Anwar, Karpal Singh.Kita tahu betapa pedihnya hati Wan Azizah untuk mengunjungi dan memujuk Shamsidar, tetapi demi politik beliau perlu berbuat demikian.Inilah angkara apabila nafsu politik mengatasi maruah dan prinsip," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Awar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.

Menurut Anuar, Wan Azizah dan Saifuddin juga perlu memberi penjelasan mengapa Azmin dan Shamsidar masih mendesak supaya Anwar tidak menyerahkan DNA kepada mahkamah.

Tindakan Azmin dan Shamsidar itu kata beliau, seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia besar antara mereka dan Anwar.

''Kita juga tertanya-tanya berapa tahunkah usia rahsia besar ini

Khamis, 17 Mac 2011

WAN AZIZAH TAHU TABIAT ANWAR

residen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.

“Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.

“Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi ‘wanita pertama’ walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.

Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.

“Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

“Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan,” katanya.

Rabu, 16 Mac 2011

WAN AZIZAH MEMBISU KERANA BELIAU TAHU SEGALA GALANYA TENTANG ANWAR

Siapa yang tak sayangkan suami....Kerana itulah Wan Azizah membisu tentang isu DNA Anwar.Wan Azizah tidak mahu lagi mendesak suaminya kerana Wan Azizah tahu segala galanya apa kemungkinannya apabila Anwar memberikan sampal DNA nya.Sebagai Isteri,Wan Azizah tetap pertahankan suaminya walaupun ianya di tempelak oleh rakyat dan ahli PKR sendiri..

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.

Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Selasa, 15 Mac 2011

MARAH SANGAT ANWAR DENGAN NIK AZIZ

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu. Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini.

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya Sarawak, Abdul Hadi, berkata pembahagian kerusi antara parti sudah hampir selesai berdasarkan persetujuan semua pihak.

"Hanya ada sebahagian kecil saja yang belum ditentukan. Bagaimanapun ia dijangka selesai sebaik saja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

Isnin, 14 Mac 2011

2 PEJABAT ADUN PKR DI PECAH...

Dua wakil rakyat PKR menjadi mangsa kecurian apabila presmis mereka masing-masing dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

Kejadian di rumah ADUN Teja Chang Lih Kang di Ipoh malam tadi, disyaki dilakukan "pencuri profesional" kerana sudah dua kali berlaku sebelum ini.

Manakala ADUN Batu Uban V Raveentharan pula yang pusat khidmat masyarakatnya yang disedari dipecah masuk pagi tadi kehilangan sebuah monitor dan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer.

NONEMenurut Chang, kejadian di rumahnya malam tadi berlaku antara jam 8 hingga 11 malam semalam sewaktu beliau dan keluarganya tidak berada di tempat kejadian.

Tambahnya, selepas memeriksa, beliau mendapati sebuah telefon, sebatang pen berjenama, dua beg tangan ibunya dan wang tunai RM800 - kesemuanya dianggarkan RM10,000 - sudah lesap ketika mereka pulang.

"Ini adalah kejadian (kecurian) kedua berlaku dalam tempoh tiga bulan. Kali pertama berlaku pada 27 November tahun lalu," katanya dengan nada kecewa.

Chang juga tidak mengesyaki perbuatan itu bermotifkan politik dan telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Gambar, fail penting hilang


Sementara itu, Raveentharan pula berkata kejadian di pejabatnya di Bayan Baru itu disedarinya oleh seorang pembantunya yang tiba ke pejabat pada jam 10 pagi tadi.

penang pkr adun raveentharan police report "Banyak gambar dan fail-fail penting dalam komputer itu. Ada (juga) fail surat menyurat dalam komputer itu," kata Raveentharan kepada Malaysiakini.

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun mengesyaki kejadian itu berlaku semalam atau kelmarin ketika tiada sesiapa di pejabat kerana bercuti hujung minggu.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, pintu pusat khidmat itu - yang baru lima bulan digunakan - terdapat kesan kopakan, dipercayai dilakukan oleh pencuri.

Bagaimanapun, tambahnya, keadaan pejabat kekal tersusun dan seperti tidak disentuh.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH