tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 31 Mei 2011

APA JADI DENGAN KES VIDEO SEX ANWAR..ADA LAGI KE VIDEO KLIP TERBARU???


Lama juga kita tertunggu tunggu apa tindakan selanjutnya kes video sex Anwar,Nampak bagai perkara ini bagai berlalu sahaja tanpa ada apa apa tindakan dari pihak yang berkuasa.Apakah akan ada lagi video terbaru kerana orang ramai tertunggu tunggu cerita terbaru kisah selanjutnya tentang klip video itu.Dalam pada itu Orang ramai termasuk kumpulan penyokong kerajaan dan pembangkang tidak perlu mendesak polis dan Peguam Negara mendedahkan pelaku dalam rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, mereka sebaliknya perlu memfokuskan kepada Anwar kerana ia merupakan isu moral, prinsip dan maruah yang perlu diperjelaskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Orang ramai hanya perlu membuat desakan kepada Anwar, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak beliau, Nurul Izzah untuk melakukan empat perkara yang dikemukakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor baru-baru ini.

"Empat langkah yang perlu dilakukan oleh mereka ialah sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks itu, menjalani ujian poligraf, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh beliau sebagai pembohong.

Azwanddin dalam pada itu turut mencabar ahli Pas supaya mendesak Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah melakukan empat perkara itu.

Menurut beliau, jika mereka enggan berbuat demikian pada muktamar parti itu yang berlangsung bulan depan, tindakan itu melayakkan mereka digelar manusia hipokrit.

"Ahli Pas juga tidak ada moral, prinsip dan maruah kerana masih boleh menerima pemimpin yang penuh dengan skandal seks seperti Anwar dan pembohong 'bertauliah' seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah

Isnin, 30 Mei 2011

TAUBAT LAH NIK AZIZ


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu,

Khamis, 26 Mei 2011

KJ AKAN PERTAHANKAN KETUA PEMUDA UMNO


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada akan meletakkannya kembali bertanding kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya sekarang pada pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas Radio24 Bernama.

Beberapa bulan yang lalu dalam temuramah dengan portal berita AgendaDaily.Com. Khairy telah memberikan bayangan yang beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya dalam Pemuda pada pemilihan akan datang.

Ramai yang mengaitkan keputusannya untuk bersara dari politik itu ada kena mengena dengan kedudukannya dalam kerajaan.

Ini kerana walaupun menyandang jawatan ketua pemuda tetapi Khairy masih tidak dilantik menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan sedangkan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.

Bagaimanapun Khairy pernah menyatakan keputusannya untuk 'bersara' dari politik jika benar berlaku, adalah bagi memberikan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang beliau ingin lakukan dalam hidup.

Ini telah beliau tunjukkan sedikit demi sedikit dengan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan dan penglibatannya dalam Regimen Askar Wataniah.

Rabu, 25 Mei 2011

VIDEO SEX ANWAR:LAPORAN TERBARU


Kertas siasatan mengenai laporan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

“Berkenaan dengan video seks itu saya percaya pihak Peguam Negara sedang meneliti laporan yang kita berikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan 10 unit Proton Inspira oleh Proton kepada Polis Diraja Malaysia di Pusat Kecermelangan Proton di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes video seks itu.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamed Tahir, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Pada 14 Mei lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan rakaman video seks didakwa mirip Anwar adalah tulen dan belum diedit setelah mendapat khidmat pakar pengimejan video di AS.

Pada 25 Mac lalu, Datuk Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega yang didakwa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada polis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian.

Mereka adalah dua daripada tiga kumpulan trio 'Datuk T' yang mengaku sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit. Seorang lagi ialah Datuk Shuib Lazim.

Bagaimanapun, Anwar menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan dan telah membuat laporan polis meminta mereka menyiasat individu yang menyiarkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan.

VIDEO SEX ANWAR:TERBARU DARI ANWAR


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas berhubung saman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung video seks yang mengaitkannya. Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar yang juga ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat. Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co. Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera. Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun. Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.

Selasa, 24 Mei 2011

KENYATAAN TERBARU DARI DATUK ESKAY


Datuk Shazryl Eskay Abdullah menafikan dia akan didakwa di mahkamah hari ini berhubung kes video seks, yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Ketika dihubungi oleh media, ahli perniagaan tersebut memberitahu, beliau dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand selama sehari.

TERBARU DAN TERKINI ISU VIDEO SEX ANWAR


Ini khabar terbaru yang diterima.Satu sumber memberitahu besar kemungkinan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan di dakwa di mahkamah hari ini ( Selasa) selepas disiasat polis sejak bulan Mac lalu berhubung skandal pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tapi tak pasti samada Eskay seorang atau bertiga dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim,"katanya.

Menurut sumber itu sudah pasti ada banyak perkara menarik yang akan dibongkarkan di mahkamah apabila Datuk T di dakwa.

"Banyak persoalan yang belum orang ramai tahu, seperti macam mana video itu ditemui, bagaimana Eskay boleh yakin sangat individu itu Anwar sampai berani sumpah laknat, di mana ia ditemui, apa hubungan Eskay dengan Anwar, dan macam-macam lagi, semua itu akan terdedah di mahkamah,"katanya.

Sebelum ini, Eskay dikatakan mendedahkan rakaman video seks selama 22 minit kepada sebahagian wartawan kanan media terpilih pada 21 Mac lalu, berikutan itu, Anwar membuat laporan polis menafikan perkara tersebut dan meminta individu yang menayangkan video tersebut diambil tindakan.

Eskay sebelum ini mengatakan beliau bersedia untuk ke mahkamah bagi mendedahkan kebenaran kes tersebut.

Sebelum ini, polis mengesahkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara dipercayai dari Amerka Syarikat dan Korea Selatan.

“Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar,” katanya.

Mengulas mengenai indentiti pelakon vidoe tersebut, kata Khalid, tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berdasarkan undang-undang, geng Datuk T boleh di dakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, iaitu jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seksyen yang dimaksudkan itu iaitu Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) berbunyi:

``Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau da dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.''

Sementara itu, selain kes mahkamah, Agendadaily dengar cerita satu pendedahan melibatkan Eskay juga dipercayai akan dilakukan hari ini ( Selasa). Sehingga kini belum pasti ianya melibatkan apa

Isnin, 23 Mei 2011

CERITA VIDEO SEX ANWAR


Perjuangan PAS sebagai sebuah “hizbullah” adalah berlandaskan hukum-hukum Allah swt. Sayugia, PAS menentang segala bentuk fitnah dan zina.

Pendedahan video seks Anwar Ibrahim boleh ditakrifkan sebagai fitnah zina. Jika video itu palsu, sebuah fitnah telah direkacipta untuk menganiayai Anwar Ibrahim. Jika video itu benar, Anwar Ibrahim telah melakukan zina. Hitam atau putih, tiada ruang untuk kelabu.

Isu video seks ini meletakkan PAS di persimpangan jalan. Isu ini sudah semestinya menguji keikhlasan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan syariat Islam. Setakat ini pendirian pucuk pimpinan PAS masih kabur dan samar mengenai isu ini. Pada waktu sama tiada juga tindakan pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan kesahihan video tersebut.

PAS sepatutnya atas inisiatif sendiri merujuk kepada pakar-pakar video untuk menentukan kesahihan video tersebut yang kini telah tersebar meluas. Begitu juga teknologi canggih seperti pengecaman-muka perlu digunakan untuk mengenalpasti pelaku dalam video itu.

Segala usaha-usaha ini bebas dari apa-apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Ianya semata-mata untuk membantu pemimpin-pemimpin PAS membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sambil memohon kepada Allah swt untuk memberi petunjuk, segala kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memberi penentuan. Berserah kepada Allah swt tetapi unta masih perlu ditambat juga.

Sebaliknya, apa yang dilihat umum ialah pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Mursyidul Am yakin Anwar tidak melakukan zina. Nik Aziz membuat kenyataan tanpa menonton video tersebut. Setiausaha Agung menyeru supaya menunggu keputusan siasatan polis. Mustapha Ali pula membuat kenyataan setelah dikatakan menonton video tersebut.

Pasukan polis yang menjadi rujukan Mustapha Ali adalah pasukan polis yang dilabel oleh PAS sebagai tidak adil dan tidak bebas.

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS bersikap seolah-olah isu ini tidak wujud. Calon Timbalan Presiden, Mat Sabu pada satu sidang media telah menyatakan tidak akan melayan soalan-soalan mengenai video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Halim Rahman pula menyatakan bahawa muktamar PAS 2011 tidak akan membincang isu video seks. Ada pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjadi burung unta yang lebih selesa menimbus kepala dalam pasir.

Sama ada mendapat restu atau tidak dari pucuk pimpinan PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat biasa tetap akan membincang isu video seks. Implikasi isu ini amat getir bukan hanya kepada keutuhan PAS sebagai sebuah “hizbullah” tetapi rakyat Malaysia turut, khususnya orang melayu, akan berpecah belah.

Yang membuat akar umbi PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat amat gusar, lebih dari kandungan video tersebut, ialah tindak-tanduk Anwar setelah pendedahan dibuat. Banyak persoalan yang timbul:


- Mengapa Anwar tidak mengumumkan identiti alibi-alibi beliau?


- Mengapa penjelasan Anwar tentang ketidakhadirannya dalam ruang “Twitter” pada masa video dirakam amat mengelirukan?


- Mengapa tidak ditunjukkan kepada umum jam Omega, jam yang dikatakan oleh Anwar dan Wan Azizah masih disimpan oleh Wan Azizah?


- Mengapa tidak membuat sumpah laknat?


- Mengapa tidak membuat ujian “polygraph”?


- Mengapa tidak merujuk kepada pakar-pakar yang profesional dan bebas tentang kesahihan video tersebut?


- Mengapa Anwar tidak menyaman malu individu-individu yang membuat pendedahan?


- Mengapa Anwar gagal untuk mengesahkan persahabatan beliau dengan Eskay Abdullah?


Tindak-tanduk Anwar tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak menangani sebarang krisis.

Jika sah video tersebut palsu, PAS wajib mengembelingkan segala tenaga untuk menghukum pihak pemfitnah. Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir. Tidak cukup bumi untuk pemfitnah melarikan diri. PAS secara “default” akan menjadi pemimpin kepada sebuah gerakan massa yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Jika sah video tersebut benar, PAS wajib menyisihkan seorang penzina. PAS akan dianggap sebagai satu parti politik yang berprinsip kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik demi menegakkan hukum Allah swt. Sekaligus membuat parti-parti politik yang mengamalkan resam “matlamat menghalalkan cara” kelihatan kerdil bagai melukut di tepi gantang.

Isu video seks Anwar Ibrahim bukanlah satu musibah tetapi satu rahmat kepada PAS. Inilah peluang keemasan untuk PAS membuktikan ia benar-benar sebuah “hizbullah’. PAS sebenarnya kini berada dalam keadaan “menang-menang”.

KETUA HAKIM NEGARA DALAM KEADAAN KRITIKAL

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi Isnin.

Difahamkan beliau mengalami tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Menurut sumber terdekat dengan beliau, Zaki mengalami serangan jantung sebanyak dua kali pagi tadi.

Beliau dikatakan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba di rumah dan kali kedua ketika berada di Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

"Saya mendapat panggilan telefon daripada pengawal peribadi beliau (Tun Zaki) yang mengesahkan beliau kini berada dalam kritikal.

"Isteri beliau turut berada di sisinya kini," kata sumber itu kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan.

Zaki, 64, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008 dan beliau merupakan pengerusi pertama bagi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak penubuhannya pada 16 Februari 2009.

Beliau dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College, Johor Baharu.

Pada 1969, beliau telah melanjutkan pengajian di Lincoln's Inn, London dan dianugerahkan Barrister-at-Law.

Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara (1966-1974), Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Nik Sazlina Mohd Zain dan mempunyai 4 anak iaitu Dzofrain Azmi, Razif Azmi, Azri Azmi dan Azfar Azmi.

NIK AZIZ RUPANYA BERTOPENGKAN IMEJ WARAK


Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.

"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.

"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP

Ahad, 22 Mei 2011

VIDEO SEX ANWAR..BANYAK LAGI YANG BELUM DI DEDAHKAN....TUNGGUUUU


Hanya tunggu masa yang sesuai sahaja segala kebusukan Anwar akan di bongkar agar rakyat tahu siapa sebenarnya Anwar.Kalau ditafsir dari kenyataan terbaru Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Sabtu mengenai isu video seks pasti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh tidor nyenyak sehingga segalanya belum terbongkar habis secara terperinci.

Buat sementara waktu tiada siapa boleh menyekat Ketua Umum PKR itu dengan ‘lawak’ dan lakonanya seolah beliau tidak ada kaitan langsung dengan lelaki dalam video itu yang beraksi sakan dengan seorang China Doll.

Sebagai Menteri Dalam Negeri,Hishamuddin andaian yang dapat dibuat ialah tentunya beliau tahu banyak maklumat hasil siasatan rapi polis keatas kes itu.

Ini lebih-lebih lagi beliau telah menyaman Anwar kerana mengaitkannya dengan video itu.

Bukan itu sahaja malah Anwar mendakwa polis cawangan khas turut terlibat.

Lojiknya kedua-dua Hishamuddin dan PDRM perlu membersihkan nama masing-masing dari dakwaan serius seumpama itu yang boleh menjejaskan kredibiliti ,mereka..

Menteri Dalam Negeri itu nampak tidak goyang langsung ketika menjawab soalan wartawan mengenai isu berkenaan selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban Sabtu.

Katanya mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks itu.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.

Apapun ini semua juga belum lagi ambil kira pendedahan yang lebih terperinci bakal dibuat oleh trio Datuk T,khususnya Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang wajahnya turut kelihatan dalam video itu.

Anwar hanya boleh bermain dengan kata-kata tetapi hakikatnya video aksi itu ada.Jangan lupa banyak cerita disebaliknya yang pasti menyusul bila timbul keperluan undang-undang kelak.

Siapa tahu Anwar sendiri mungkin tahu semua kemungkinan itu.Oleh itu tidak menghairan beliau jenuh ‘pusing keliling’ satu negara kebelakangan ini untuk cuba memintas persepsi yang hangat menjalar tentang video itu.

Hakikatnya apa sekalipun usaha perang sarafnya...akhirnya nanti fakta tetap fakta

ALFATEHAH BUAT MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT



Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian tanah runtuh ini Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.

Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.

"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.

"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media.

Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang dilaporkan hilang ditemui.

"Kerja-kerja ini tidak akan terhenti sehinggalah selesai semua bilangan mangsa ditemui sama ada mereka hidup ataupun meninggal dunia," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, seramai 21 mangsa berjaya dikeluarkan dengan 12 daripadanya meninggal dunia.

Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari empat lagi mangsa termasuk seorang dewasa.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, maklumat lengkap mengenai tragedi berkenaan akan diperolehi daripada pihak berwajib bagi mengetahui mengenai punca kejadian.

Sabtu, 21 Mei 2011

ANWAR TAKAN BERANI .....


Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah hanyalah satu helah.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan tersebut sengaja diuar-uarkan oleh Anwar kepada rakyat bagi menutup perasaan takutnya untuk bertindak dengan serta-merta ke atas Shazryl Eskay.

"Sejak bila Anwar pandai merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum menyaman seseorang. Kenapa dalam kes Eskay ini beliau begitu berhati-hati sedangkan tuduhan yang dilemparkan terlalu berat.

"Kenapa rujukan yang sama tidak dibuat semasa beliau menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Dr. Chandra Muzaffar dahulu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anwar ketika ditanya oleh orang ramai semasa dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, kelmarin.

Ketua Pembangkang itu ketika ditanya mengenai cabaran pelbagai pihak supaya beliau mengambil tindakan undang-undang memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu, Anuar berkata, Ketua Pembangkang tersebut perlu menyaman Shazryl Eskay dengan segera jika benar beliau tidak terbabit dalam isu video seks seperti yang didedah trio 'Datuk T' baru-baru ini.

"Anwar tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk menutup perasaan takut terhadap Eskay. Tuduhan ini sudah berlarutan sejak bulan lalu, kenapa baru sekarang kononnya rujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah,

Jumaat, 20 Mei 2011

KUALA LUMPUR BERGEGAR LAGI


Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.

Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.

Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.

SELAGI TAK DI KETAHUI SIAPA PELAKON VIDEO SEX SELAGI ITULAH TAK AKAN SELESAI


Isu rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terlibat walaupun ia telah disahkan tulen.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini, pihak berkuasa tidak membuat kenyataan siapakah watak di dalam video meskipun pengesahan ketulenan dilakukan sebanyak dua kali termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tegas beliau, pendirian Pas dalam isu tersebut jelas iaitu parti itu tidak akan terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf.

‘‘Isu itu tidak selesai. Mana nak selesai kerana satu badan yang berkuasa pun tidak boleh kata siapa pelakon watak dalam video itu. Video ini kemudian telah disebarkan sebab itu Pas berpendapat ini tidak bertanggungjawab. Polis pula telah sahkan dua kali tulen.

‘‘Apabila Bukit Aman membuat penyiasatan ia disahkan tulen. Namun, kita perlu pula pakar daripada AS dan mereka siasat. Kemudian ia disahkan tulen. Ini bermakna ada pakar pun tulen tidak ada pakar pun tulen, tetapi tidak pula dedahkan siapa yang sebenarnya. Perlu ada satu badan berkuasa uruskan perkara ini,’’ katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Sebelum ini, beberapa pihak mahukan pelaku video seks berkenaan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sama ada dalam bentuk hukuman mahkamah sivil atau syariah.

Salahuddin berkata, pendirian Pas tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu, tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

‘‘Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi,’’ katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pendirian Pas adalah atas pertimbangan agama kerana ia berkaitan dengan satu tuduhan yang memerlukan keterangan empat orang saksi.

Khamis, 19 Mei 2011

BERITA TERBARU VIDEO SEX ANWAR


Anwar akan meletak jawatan sebagai ketua umum PKR berkuat kuasa serta merta dan akan membubarkan PKR seandainya PKR akan di haramkan oleh mahkamah.Apakah Anwar sanggup lakukan semua ini sedangkan Anwar ternyata memang gila dengan kuasa.Beranikah Anwar untuk meletakan jawatan sebagaimana rakanya Dominique Strauss-Kahn yang meletakkan jawatannya sebagai pengarah urusan Tabung Monetari Antarabangsa (IMF), berkuat kuasa serta merta. Ia susulan dakwaan kesalahan seksual yang sedang dihadapinya, ketika ini.
Peletakan jawatan itu diumumkan menerusi surat yang diedarkan Lembaga pengarah IMF, hari ini.Bagi saya Anwar tidak akan melepaskan jawatanya kerana kuasa adalah segalanya bagi Anwar dan selagi tidak mendapatnya Anwar akan lakukan apa sahaja sebagaimana dengan janjinya 16 September.

Dalam pada itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak...
Beliau memberitahu pemberita demikian di Istana Abu Bakar di sini hari ini semasa ditemui selepas mengetuai 155 penerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad ShahKhalid berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.

"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini, saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan. Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu.

PKR DI HARAMKAN KERANA ANWAR BUAT KERJA HARAM


PKR Akan menerima padah gara gara Anwar dan ini membuktikan Anwar seorang pemimpin yang gagal dalam memimpin partinya sendiri.Kalau Parti sendiri nak diharamkan bagaimana mungkin Anwar dapat memimpin negara.Kalau dilihat memang sah Anwar memang suka buat kerja haram....MELIWAT,MEMBALUN PELACUR DAN BANYAK LAGI YANG HARAM YANG DI SUKAI OLEH ANWAR.Jadi tidak hairanlah jika PKR akan di haramkan kerana inilah yang rakyat mahukan kerana rakyat berpendapat PKR sudah tidak releven dengan politik negara ini.PKR lebih pada untuk menghancurkan perpaduan yang selesa di nikmati rakyat negara ini selama ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.

“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.

PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

Rabu, 18 Mei 2011

ANWAR TERSELAMAT LAGI DARI.......


Anwar boleh menarik nafas lega bila pihak polis tidak mendedahkan siapa sebenarnya pelakon video sex itu sekarang.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terbabit di dalam politik. Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis sudah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.
"Polis menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu

CERITA TERKINI VIDEO SEX ANWAR


Lama juga tak dengar khabar cerita Anwar.Apa jadi dengan video sex yang senyap je dalam minggu ni.Orang ramai tertunggu akan klip yang terbaru yang lebih ghairah lagi.Apakah minggu depan akan ada lagi klip yang terbaru dan yang sensasi lagi.Apa apa kita tunggu sahaja dan sekiranya ada perkembangan terbaru akan disiarkan di blog ini.Jadi sentiasalah kunjungi blog ini untuk berita terbaru kes video Anwar.Dalam perkembangan terbaru Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak tulen.
"Video itu sudah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan.

Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.

Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video itu tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

"Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa UMNO di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah.
"Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar," katanya.

Mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur Jumaat ini bagi membantah laporan akhbar itu yang didakwa tidak memihak kepada parti pembangkang, beliau berkata pihak berkenaan tidak memahami kebebasan akhbar.

"Ini (demonstrasi) kerja orang pengecut. Utusan Malaysia mempunyai tanggung jawab untuk melaporkan pandangan mereka mengenai apa (jua) isu yang berada dalam pemikiran masyarakat pada hari ini. Manakala akhbar lain juga ada pendekatan masing-masing," katanya

SEGALA KEBUSUKAN ANWAR AKAN DIJAWAB DI MAHKAMAH


BEKAS orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohamad Nor sangat gembira jika sekiranya beliau dipilih sebagai saksi pihak pembelaan dalam kes liwat kedua Penasihat PKR itu.Menurut Ezam, beliau akan memberikan kerjasama penuh dan bersedia ke mahkamah bila-bila masa sebagai saksi pihak pembelaan.

“Ini peluang yang saya tunggu-tunggu. Saya tidak akan melepaskan kesempatan terbaik ini untuk mendedahkan kebenaran dan menangkis fitnah Anwar terhadap saya selama ini,”katanya ketika dihubungi Agendadaily Isnin malam. Ezam terkenal dengan kelantangannya membela Anwar dalam kes liwat pertama pada 1998/99, termasuk sebagai pengasas bersama PKR dan memimpin sayap pemuda parti tersebut.

Pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di penjara Kajang kerana kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada 2002 hingga 2004.

Beliau bagaimanapun keluar dari PKR pada Jun 2007 selepas hilang kepercayaan kepada perjuangan Anwar dan bergiat aktif dengan NGO.

Ezam menyertai semula UMNO pada Mei 2008.

Sebelum itu, pagi Isnin, Anwar diarahkan membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah membuat keputusan wujud prime facie terhadap kes tersebut.

Berikutan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memberitahu media, bahawa Ezam antara beberapa individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pasukan pembelaan Anwar.

Selain Ezam, turut disenaraikan untuk dirakam keterangan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selain Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan Datuk Mumtaz Jaafar.

Menurut Ezam, sekiranya dipanggil sebagai saksi pembelaan, beliau akan menggunakan sepenuhnya ruang tersebut untuk membuktikan di mahkamah bagaimana Anwar menutup pekungnya dengan menfitnah orang lain.

“Saya akan beritahu mahkamah, bagaimana munafiknya manusia bernama Anwar Ibrahim ini,” kata beliau.

Ezam sebelum ini pernah memberitahu media bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak boleh lagi menyokong Anwar, ketika ditanya mengapa, kata Ezam beliau hanya akan mendedahkan di mahkamah sahaja.

Sementara itu, menurut Karpal proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.

Terdahulu, Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi (kemasukan) zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu

Anwar, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.

Selasa, 17 Mei 2011

ANWAR KELUAR NEGARA LAGI.....NAK CARI APA????


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan ’bercuti’ ke luar negara esok tanpa membawa bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menimbulkan seribu satu persoalan.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, sepatutnya dalam keadaan tertekan, Anwar perlu mengutamakan Wan Azizah berbanding Shamsul Iskandar Mohd. Akin mahu pun Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Sambil mempersoal kenapa Anwar perlu memilih negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah antara dua pemimpin AMK itu sedangkan ia boleh dibuat dalam negara, Mohd. Nazmi berkata, ia bukti bahawa Wan Azizah hanya diperlakukan sebagai patung.

“Saya simpati dan kasihan dengan Wan Azizah. Apa yang dia tidak korbankan demi Anwar tetapi dalam keadaan tertekan akibat pendedahan video seks dan keputusan hakim (bela diri), Anwar sanggup meninggalkan Wan Azizah untuk bercuti di luar negara.

“Kenapa tidak selesaikan masalah kecil dalam AMK ini di dalam negara? Kenapa tidak menjadikan percutian di luar negara itu sebagai tempat untuk beliau melepaskan tekanan bersama Wan Azizah?” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang dijangka ‘bercuti’ ke luar negara esok yang dikatakan bagi menyelesaikan permusuhan antara Chegu Bard dengan Shamsul Iskandar akibat pergeseran semasa pemilihan parti tahun lalu.

Permusuhan antara dua pemimpin AMK ini bukan lagi rahsia apabila kedua-dua pihak saling berbalas ‘serangan’ di laman sosial Twitter dan Facebook.

Isnin, 16 Mei 2011

HAKIM SIFATKAN SAIFUL BENAR DAN BERWIBAWA,ANWAR PULA????


Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar. Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar. Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah inggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara. Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya - menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri. Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin. Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008. Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

SAIFUL LEGA TAPI ANWAR BELUM LAGI DI SABITKAN KESALAHAN


Saiful Bukhari mangsa liwat dalam perbicaraan Liwat yang mana tertuduhnya Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan melalui laman Tweeter nya bahawa

"Syukur dgn keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah & sabar.

Untuk makluman, OKT (Anwar Ibrahim) belum dijatuhkan hukuman, cuma tidak dibebaskan dan diperintah bela diri. Pembelaan perlu kemukakan saksi/alibi alibi selepas ini."

Menurut Hakim Saiful Bukhari seorang saksi yang berwibawa dan di tambah lagi dengan keterangan positif dari Doktor serta Bukti yang di pamerkan sepanjang perbicaraan ini memberikan pihak pembelaan gagal mewujudkan Prima Facie dalam Kes Liwat ini

Dalam pada itu Mahkamah memutuskan Tarikh Bela Diri pada 6hb Jun sehingga 30 Jun 2011.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan

Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008

KANTOIIII...ANWAR DI PERENTAH BELA DIRI


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan mangsa Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa".

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh dan menunduk sayu manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan ini satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Laporan Lanjut Menyusul

LANGSUNG KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR


Setakat jam 8 pagi sekitar 200 orang berkumpul di Mahkamah Tinggi KL tunggu pengumuman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka jam 9 pagi.Biasanya sunyi saja.

8.40pg - Dalam kamar mahkamah penuh termasuk wartawan luar negara.Di pekarangan penyokong-penyokong Anwar buat hal luang reformasi dan nyanyi lagi keadilan.

Anwar tiba 8.45 pagi.Antara kelihatan Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Azmin Ali Tian Chua,Datuk Chua Jui Meng,Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain.Pagi tadi ada yang buat solat hajat di Masjid Wilayah dekat situ.

9.55 pagi -macam sarkas-penyokong-penyokong Anwar berbaris buat laluan masuk ke bangunan mahkamah dan sorak orangramai yang terpaksa ikut laluan itu.

10.20pagi-dari kenyataan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam mahkamah takat ni menjelang sampai rumusan kes nampaknya Anwar boleh KANTOI.

10.35 pagi-antara point menarik hakim kata keterangan pakar-pakar yang mendapati penetrasi berlaku adalah konsisten.Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang credible.-BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

JANGAN BAGI ANWAR BEBAS


Jangan beri muka pada Anwar dan setiap kesalahanya kerajaan tidak perlu takut untuk mendakwanya.Rakyat juga mahukan si pelaku video sex yang dikatakan Anwar tidak dilepaskan begitu sahaja tanpa diambil sebarang tindakan.Kerana itulah Pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah sekiranya video itu didakwa sahih daripada semua aspek.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dalam situasi ini satu bukti yang kukuh diperlukan bagi membolehkan pendakwa syarie mengemukakan kesalahan tersebut untuk pertuduhan di mahkamah.

Katanya, sekiranya tertuduh didapati beragama Islam dan melakukan kesalahan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka dia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jenayah Syariah kerana melakukan kesalahan bersifat takzir (bukan hukuman hudud) dan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara serta denda RM5,000.

“Saya bersetuju jika tindakan undang-undang diambil tetapi ia mestilah benar. Namun, pada masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut kerana bimbang akan menjadi subjudis ekoran ia masih dalam siasatan polis.

“Justeru itu, kita minta supaya siasatan yang terperinci dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan. Siasatan juga perlu dilakukan ke atas pihak yang mendedahkan video itu kerana pihak terbabit juga boleh dikenakan tindakan jenayah jika disabit kesalahan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam laporan muka depan Mingguan Malaysia hariini mahu pihak berkuasa terutama pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Anwar selepas video tersebut disahkan tulen.

Mengulas lanjut, ditanya adakah hukuman sebatan turut dikenakan, Zainul Rijal berkata, hukuman paling tinggi di bawah undang-undang syariah yang diamalkan di negara ini adalah hukuman rotan sebanyak enam kali, bagaimanapun hukuman itu dikenakan ke atas mereka yang meminum arak.

“Mungkin ada yang keliru dengan hukuman rotan di negara ini terutama apabila melibatkan undang-undang syariah. Zina bagi orang Islam memang ia satu kesalahan hudud mengikut hukum syarak dan hukumannya adalah rotan.

“Tetapi, zina di dalam undang-undang syariah, ia tidak melaksanakan hukum hudud. Sehubungan itu dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan mereka yang melakukan zina hanya menerima hukuman rendah iaitu penjara dan denda,” jelas beliau.

Zainul Rijal berkata, untuk mengetahui hukuman ke atas pesalah zina dengan lebih nyata ia memerlukan penjelasan mendalam kerana jika video itu melibatkan orang Islam tindakan yang dikenakan berbeza dengan bukan beragama Islam.

“Jika orang bukan Islam melakukan zina secara sukarela, ia bukan satu kesalahan tetapi jika ia dilakukan secara paksaan, maknanya ia berkaitan kes rogol. Oleh itu, kita minta supaya dalam siasatan, semua perkara ini perlu diambil kira

Ahad, 15 Mei 2011

NIK AZIZ AKUI DAH TAK MAMPU LAGI


Nik Aziz akui yang dirinya tak termampu untuk menjejaki cara Anwar.Sebelum menang pilihanraya semuanya dijanji pada rakyat.Bila kuasa ada di tangan akhirnya tak mampu untuk membela rakyat terutama rakyat yang miskin.Sudah sedia maklum Kelantan adalah negeri yang boleh dikatakan negeri paling miskin.Kalau Pas masih diberi mandat dalam PRU 13 nanti,Tak mustahil yang rakyat Kelantan akan terus ketinggalan baik dari ekonomi dan prasarana untuk rakyat.

Kerana itulah Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaannya tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaan yang cukup tinggi.

Mursyidul Am PAS itu berkata kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik.

Bagaimanapun, keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek rumah awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kok Lanas, dekat sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz berkata Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Baharu.

"Kita percaya masih banyak lagi rumah awam kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini, walaupun dalam kerajaan tidak berkemampuan menyediakan kemudahan itu kerana masalah peruntukan

RAMAI PEMIMPIN PAS MINAT IKUTI VIDEO SEX ANWAR


Nampak gaya bukan sahaja rakyat yang minat untuk mengetahui siapa sebenarnya pelakon video sex yang di katakan mirip Anwar malah ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri ada yang tidak sabar untuk mengetahui siapa sebenarnay pelakon dalam video berkenaan.Walaupun Pemimpin tertinggi PAS seperti Nik Aziz seakan tidak percaya penglibatan Anwar dalam lakonan video sex itu tapi ramai dikalangan pemimpin Pas begitu berminat untuk ketahui kisah selanjutnya tentang video berkenaan.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pengesahan polis mengenai ketulenan video berkenaan buat kali kedua adalah pelik serta boleh menyebabkan kredibiliti pasukan tersebut dipersoalkan.Tidak kira sama ada disahkan pihak tempatan ataupun pakar AS, kita semakin tidak mempercayainya kerana polis seperti tidak berani mendedahkan pelaku dalam video tersebut. Jadi saya tiada komen lanjut," katanya.Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Jun ini ketika dihubungi berkata: "Kalau isu video seks, saya tidak mahu memberikan kenyataan, minta maaf.

Sabtu, 14 Mei 2011

VIDEO SEX ANWAR:NIK AZIZ CAKAP IKUT SEDAP MULUT SAHAJA


Kenapa Nok Aziz begitu bersungguh sungguh pertahankan Anwar sedangkan semasa Anwar dalam kerajaan Nik Aziz asyik menghentam Anwar.Inilah realiti politik.Nik Aziz sanggup pertahankan sifat keji Anwar semata mata hanya untuk kepentingan politik Pas.Nik Aziz seharusnya bercakap benar walaupun pahit untuk di telannya.Kerana itulah TPM meminta Nik Aziz Nik Mat perlu ‘berkata benar walaupun pahit’ berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan ‘seseorang yang ternama’.Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan ‘tak masuk syurga tuduh Anwar’ terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata: "(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum,” katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

"Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara.

Semasa menyampaikan kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di Kota Bharu Jumaat,Nik aziz berkata,“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan , hendaklah memohon maaf,”katanya.

HIDUP MATI ANWAR ISNIN NANTI


Isnin nanti seluruh rakyat akan tahu samada Anwar akan di lepaskan atau di tuduh meliwat Saiful.

Nasib Anwar terletak di tangan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dijangka akan mengumumkan keputusan penting itu sekitar jam 9 pagi.

Apakah keputusannya akan memihak kepada hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili pihak pendakwaan ataupun barisan peguam Anwar, Karpal Singh, Ram Karpal serta S N Nair?

Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka akan bermulalah lagi perbicaraan sebenar yang memakan masa entah berapa lama.Jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Jika Anwar dibebaskan, tak perlu ceritalah kesannya kepada politik di negara ini.

Sementara menunggu D-Day Isnin ini, kita toleh ke belakang bagaimana cerita ini bermula.

Sejah tercipta pada 28 Jun 2008 apabila Saiful membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.

Tindakan Saiful yang mengejutkan seantero dunia itu membuat Anwar panik dan keesokannya lari mencari perlindungan di Kedutaan Turki. Difahamkan semasa Anwar berada di kedutaan itu dia sempat membuat panggilan ke Amerika Syarikat, meminta pertolongan kawan-kawannya di sana.

Anwar hanya keluar dari kedutaan itu keesokannya dan pada sidang akhbar dia mendakwa wujud konspirasi pihak tertentu menjatuhkannya menggunakan isu liwat.

Dia terus memfailkan saman ke atas Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa bahawa Saiful membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.Pada 1 Julai Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Keesokannya (2 Julai) Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar mencabar Anwar dan Mohd Saiful bersumpah mubahalah untuk membersihkan diri masing-masing.

Pada 31 Julai Menteri Dalam Negeri ketika itu, Syed Hamid Albar mengumumkan siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Pada 6 Ogos Anwar menerima sapina supaya hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 7 Ogos untuk menghadapi tuduhan liwat berkenaan.

Keesokannya Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Saiful. Anwar mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu dan dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Anwar juga tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa sebagai jaminan beliau tidak meninggalkan negara ini.Pada 15 Ogos, Saiful bikin gembar apabila dia dia melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Sejak itu macam-macam ding dong berlaku dan Anwar menggunakan kesempatan menjadikan kes itu modal dalam ceramah-ceramahnya termasuk dalam beberapa pilihanraya kecil, walhal perbuatannya itu jelas menghina mahkamah.

Perbicaraan dalam perbicaraan kes liwat ini hanya bermula pada 3 Februari 2010 dan sejak tarikh itu ia sudah lima kali ditunda.

Antara punca penundaan itu ialah pertikaian mengenai senarai saksi dan bahan bukti yang membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Karpal mengalami sakit dua kali kerana denggi dan cirit-birit dan kemudian kerana kematian adiknya, serta cubaan peguambela memohon hakim digugurkan daripada kes.

Secara total perbicaraan lengkap berlangsung selama 57 hari. Walaupun 71 nama dikemukakan sebagai saksi, hanya 27 dipanggil memberi keterangan.

ANWAR JUBUR NANTILAH KAU.....


Tunggu masa yang sesuai je segala keburukan akan di buktikan.....Buat seketika ini belum lagi ada keperluan dan Anwar sebenarnya bernasib baik kerana pihak polis masih belum mahu untuk mendedahkan identiti sebenar pelakon video sex yang dikatakan mirip wajah Anwar.Polis mengesahkan bahawa rakaman video seks, dengan pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tulen dan sahih.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara.

"Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks tersebut, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam memuat naik video berkenaan.

"Sebenarnya bukan mudah hendak mengesan orang yang memuat naik video tersebut di 'Youtube' sebab dia buat di luar negara, memang memakan masa untuk siasat dimana dia muat naik," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tentang keluarganya yang menerima ugutan serta pemandu Anwar yang mendakwa keretanya telah dirosakkan, beliau berkata polis akan menyiasat segala laporan yang diterima dengan adil.

"Apa jua ancaman dan laporan akan dijalankan siasatan dengan seadil-adilnya tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik mereka," katanya.

Berhubung perkembangan terbaru kes pegawai kanan Kastam yang ditemui mati di Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane, 6 April lepas, Khalid berkata kertas siasatan kes itu telah lengkap sepenuhnya dan akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan

Khamis, 12 Mei 2011

VIDEO SEX ANWAR LEBIH JELAS MUKA ANWAR


Pada sesiapa yang masih samar samar samada ianya Anwar atau bukan dijemput lihat sendiri.Sila masuk untuk tengok dengan mata sendiri.Warna lagi......

Untuk lihat dengan jelas klik sahaja disini

WAN AZIZAH AKUI DIRINYA TERSEKSA KERANA ANWAR


Demi suami yang tak serik serik Wan Azizah menggesa semua pihak untuk berhenti dari berterusan memfitnah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berterus terang merasa terseksa dan tidak sanggup lagi berhadapan dengan tohmahan dan cercaan yang dilemparkan.

"Memang cukup menyedihkan. Kalau hendak serang, janganlah serang saya atau anak-anak. Lawanlah melalui isu, bukan menyerang secara peribadi."

"Walau apapun berlaku, kita sebagai wanita dan isteri tetap kena bela suami. Ia satu pahala yang sangat besar ganjarannya. Bila kita difitnah, kita dapat pahala" ujar Datin Seri Wan Azizah.

Beliau juga kesal dengan kenyataan sesetengah pihak yang memintanya untuk bercerai daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datin Seri Wan Azizah menyelar perbuatan tersebut sebagai mahu merobohkan masjid yang telah dibian sejak sekian lama.

"Saya cukup sedih dan sebak dengan kenyataan sedemikian. Anwar suami saya. Saya lebih kenal dia siapa kerana kami telah hidup bersama berpuluh tahun lamanya. Saya tahu itu bukan Anwar," katanya.

ULAMA SARAN ANWAR BERSUMPAH


Sebelum apa apa terjadi pada Anwar adalah lebih baik Anwar ikut sahaja apa yang ULAMA sarankan dan ini adalah masa yang sesuai untuk Anwar membersihkan dirinya dengan melakukan sumpah untuk menangkis apa yang telah di tuduh oleh Datuk Eskay.Kerana itulah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat bagi menjawab balik sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah .

“Sebenarnya, sekiranya sebelah pihak telah bersumpah laknat, maka perlu sebelah pihak lagi membalas dengan melakukan sumpah laknat juga. Kalau dia tidak menafikan dengan menjawab melalui sumpah laknat maka sama seperti ia mengiayakan apa yang telah terjadi.

“Sehinga kini rakyat masih menunggu sekiranya Anwar Ibrahim bersedia untuk bersumpah laknat. Sekiranya Anwar bersedia, maka itu adalah jalan penyelesaian terbaik. Sekiranya masih lagi berada diperingkat tidak sanggup, maka ianya akan terus menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Anwar perlu sedar, sekiranya isu ini berpanjangan ianya boleh menyebabkan perpecahan yang berterusan. Perpaduan tidak akan dapat dicapai sekiranya Anwar enggan melakukan sumpah laknat dan isu ini terus diperbesar-besarkan oleh media.

“Sekiranya Anwar ingin membersihkan namanya sekaligus mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam, dia perlu melakukan sumpah laknat,” katanya ketika ditemui di program forum ’65 tahun UMNO’ di PWTC di sini, hari ini.

Sebelum ini, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Sumpah laknat berkenaan adalah untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya. Ianya adalah berikutan penafian Anwar Ibrahim bahawa dia bukanlah individu di dalam rakaman video seks tersebut.

Angkat sumpah yang berlangsung kira-kira lima minit itu menyaksikan Eskay mengangkat sumpah dengan memegang senaskhah Al-Quran di hadapan wartawan, jurugambar dan jurukamera.

Kandungan sumpah laknat tersebut seperti berikut;

“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Melafazkan kalimah shahadah sebanyak tiga kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku.

PANDDY KUTTY ANWAR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin giat berusaha membersihkan diri dan reputasinya apabila menafikan gelaran pandi kutty yang disebutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepanjang beliau mengenali Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anwar memang sering menyalahkan semua pihak dan baginya hanya dia sahaja yang berada di kedudukan yang betul.

“Sejak tahun 1970 saya kenali Anwar termasuk ketika menjadi rakan tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun, beliau sering mengatakan dia difitnah dan apa yang terjadi ke atasnya adalah konspirasi politik.

“Adakah Anwar lupa bahawa dia sering berucap dan memberi ceramah dengan melemparkan tuduhan terhadap ramai pihak? Bagi saya, ini adalah balasan Allah kepada perbuatannya selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty yang bermaksud ‘anak babi’ dalam ceramahnya Sabtu lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak tetapi menujukan kepada UMNO.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sikap Anwar yang sering menafikan kenyataannya atas tujuan ingin bersihkan nama dan kedudukannya dalam dunia politik adalah sia-sia.

“Anwar perlu ingat pada bidalan Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Saya lihat Anwar sebenarnya sedang menghadapi penyakit ‘sindrom penafian yang kronik’.

“Penafian Anwar itu sebenarnya menghina dirinya sendiri dan seluruh pengamal media khususnya wartawan di negara ini

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH