Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno untuk memperjuangkan Perjuangan Islam.Contoh Terbaru Beliau Memberikan Ceramahnya Di Seminar Dakwah Nasional, Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut 
panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya 
ibupejabat UMNO.
Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila 
bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen 
Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada 
hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.
Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh 
agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan 
bertumpu kepadanya.
Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah 
Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah 
diedarkan kepada para peserta sebelum itu.
Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana 
tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi '
 kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera 
Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).
Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi
 markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam 
negara ini bersatu.
Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha 
untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti 
terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 
'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.
Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan
 semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di 
kacamata PAS 
ini.                                                                               
 
Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am 
PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan 
jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika 
masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.
Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam 
kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang 
diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini.
Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS.
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya 
sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko 
tindakan partinya.
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat 
kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk 
kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan 
Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.
Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
Nasharudin mempersoalkan  dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah 
dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan 
Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah 
belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 
tahun lagi?
Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat 
sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu 
diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan 
bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama 
dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih 
sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali 
Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam 
yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah 
pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang 
bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"
Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan 
Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang 
terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah 
Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat 
dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat
 dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan 
politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita 
sendiri,"katanya. 
Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu 
menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak
 tubuh negara Islam sebagai satu dakwah.
Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud .
Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Bekas
 Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan 
Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri 
Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang 
tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini
Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta 
bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya
 negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara 
Kristian.
Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata 
beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS 
kerana bersuara begini.
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.
Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA