tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 7 November 2012

KENYATAAN NURUL IZAH MEMBUAT SEMUA TERKEJUT BERUKKKKK



Bukan Sahaja Pemimpin Baik Dari Kerajaan Mahupun Dari Pembangkang Malah Rakyat Biasa Yang Tidak faham Undang2 Pun Jadi Terkejut Beruk Dengan Kenyataan Nurul Izzah.Malah Sultan Selangor Juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebesan beragama sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.
Rasa terkejut dan kesal Baginda disampaikan melalui Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan dua muka surat kepada pihak media petang Selasa.
Menurutnya, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.
"Dan, baginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.
Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.
Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.
Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
"Walauapa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang enggan mengulas mengenai kenyataan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama selain Islam.
Menurutnya, PAS tidak mendapat gambaran sebenar mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh Naib Presiden PKR itu dan sumber yang dikeluarkan oleh pihak media mengenai isu terbabit.

"Kita tidak dapat gambaran yang sebenar dan laporan media tidak lengkap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Mengulas lanjut adakah PAS akan mengambil tindakan daripada kenyataan Izzah itu, Abdul Hadi berkata buat masa ini PAS hanya akan memberi keutamaan pada kempen pilihanraya berbanding berbincang dan menghukum Naib Presiden PKR itu.

"Kita banyak hal lain untuk hadapi pilihan raya, untuk tumpu kerja pilihan raya.

"Mesti 100 peratus perkara itu jelas. Kalau 99 peratus, kita tidak boleh hukum orang," katanya.

Izzah pada Sabtu lalu, ketika menjadi panel sebuah forum anjuran pergerakan Kristian berkata, orang Islam perlu diberi kebebasan memilih agama seperti mana orang bukan Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama.  Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadiri yang datang.

Kenyataan Izzah itu seolah-olah memperlihatkan pertikaiannya terhadap perundangan di Malaysia yang mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin semalam berkata, Izzah berkemungkinan akan dipanggil jika sekiranya ucapannya itu bertentangan dan melanggari Majlis Fatwa.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan Nurul Izzah menarik balik kenyataan beliau dan bertaubat memohon keampunan Allah atas kejahilan beliau.
"Nasihat saya pada Nurul Izzah, kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa.
Rosnah berkata kenyataan Nurrul Izzah itu mempunyai implikasi yang sangat besar terutama kepada generasi muda kerana ia membuka ruang kepada gerakan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.
"Puteri Umno ingin melihat pimpinan tertinggi PAS, terutama Dewan Muslimah PAS tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.
"Apakah Dewan Muslimah PAS akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?

Rabu, 10 Oktober 2012

NASA SUDAH SEMAKIN DEKAT DENGAN UMNO


Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno untuk memperjuangkan Perjuangan Islam.Contoh Terbaru Beliau Memberikan Ceramahnya Di Seminar Dakwah Nasional, Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.
Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.
Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.
Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.
Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).
Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.
Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.
Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.                                                                               
Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.
Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini.
Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS.
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya.
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.
Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
Nasharudin mempersoalkan  dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?
Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"
Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.
Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah.
Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud .
Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini
Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara Kristian.
Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini.

"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam

Jumaat, 17 Ogos 2012

KITA DENGAR APA KATA KHALID SAMAD TENTANG NASA


NASA DI COP GILA PANGKAT OLEH PAS

Kalau bab orang lain,PAS pasti ke depan mahu korek dan dedah segalanya.Namun dalam isu sendiri yang sudah berlarutan sekian lama mahu dipengap dan dibincang sesecara dalaman.
Siapa yang tidak tahu tentang kontroversi antara DAP dengan PAS tentang isu hudud.Ia bukan sahaja sudah menjadi rahsia terbuka malah satu dunia sudah tahu.
Bagaimanapun bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menuntut pendirian tegas partinya terhadap DAP,kalangan pemimpin PAS sendiri menghalakan senapang kearahnya minta diam.
Demokrasi ala-PAS memang melucukan.
Karpal Singh yang mengaum kata langkah mayat beliau jika PAS nak laksana huduh dan negara Islam tentu tersenyum keriangan mendengar ini semua.
Ekoran dari ini semua maka Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pun muncul menerusi sidang akhbar Khamis membuat dakwaan seolah Nashrudin mudah dibeli.
Sepertri juga masa isu Datuk Dr Hasan Ali dulu,beliau kini senang-senang menuduh bekas Timbalan Presiden PAS itu buat bising pasal sikap DAP khususnya Karpal Singh kerana gilakan jawatan dan pangkat yang mungkin diraih menerusi UMNO.
Itu sahaja nampak modalnya.
Dakwa Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu sikap Nasharudin kebelakangan ini kerana beliau kecewa gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dimenang oleh Mat Sabu.
Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali , dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN  mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.
"Itulah yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya.
Dakwanya lagi Nasharudin  sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sekarang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya," katanya.
Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan mahu Nasharudin berbincang secara dalaman dengan parti jika beliau ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara.
Seperti juga Khalid ,beliau juga tidak mahu Nasharudin bersikap seperti Dr Hasan Ali.
Beliau bimbang isu ini diambil kesempatan oleh musuh parti.
Kata Nasrudin  tiada sesiapa gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam PAS

Rabu, 15 Ogos 2012

PAS NAK TEMBAK NASA


Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya.
Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat hendak ke Putrajaya sudah kelabu mata dan pekak telinga.Makanya semua tunjuk taring naik angin terhadapnya.
Soalnya salahkah Ahli Parlimen Bachok itu mencadangkan PAS keluar dari pakatan pembangkang jika DAP terus mengkritik hukum Hudud?
Inilah kenyataan yang dibuatnya menerusi berita TV3 Selasa malam ekoran kontroversi PAS-DAP mengenai isu Hudud.
Dilihat dari semua sudut...itulah jalan terbaik PAS patut ambil.
Namum PAS cukup sedar jika ia berbuat demikian mimpi politiknya hendak ke Putrajaya akan terus berkubur.
Ini kerana tanpa sokongan pengundi Cina dari DAP maka PAS tidak akan  kemana.
Atas sebab itu soal pendirian tolak sebelah dan siapa saja yang cakap hentam 'rakan kongsinya' itu sekalipun lojik mana sekalipun akan digasak habis-habisan untuk ambil hati dan belai DAP.
Setiausaha Pemuda PAS Kelantan Mohd Nuri Mat Yacob terus mengeluarkan kenyataan mendesak Nasharudin lepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga nak tunjuk garang.
Beliau menyindir Nasharuddin supaya menyuarakan pandangan itu kepada Majlis Syura PAS.

nasa
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tumpang semangkuk menghalakan senapang kearah Nasharudin .
Ini gara-gara Selasa gambar bekas Timbalan Presiden PAS itu bersama Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi Selasa.
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya pada wartawan di Kota Bharu Rabu.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti

Isnin, 13 Ogos 2012

SIAPA YANG HILANG ARAH....UMNO ATAU PEMBANGKANG

Rakyat biasa yang tidak tahu banyak tentang isu dalaman politik mungkin melihatnya satu perkembangan yang lain macam.Atas sebab itu pembangkang jenuh pukul gendang tentang 'penghijrahan' Tamrin Ghafar,Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,Datuk Seri Wilfred Bumburing,Datuk Seri Lajim Ukin dan terbaru Senator Maijol Mahap.
Namun kalangan yang aktif dalam arus perdana politik tanahair tidak pernah menilai mereka sebagai 'jerung politik' yang boleh mengegarkan suasana.
Tamrin sendiri mungkin terus hidup bagai nyawa-nyawa ikan bergayut nama besar Allahyarham Tun Ghafar Baba.Sebalik cuba tanya mana-mana orang UMNO adakah mereka merasa sesuatu kehilangan beliau masuk PAS.
Beliau memang bekas Ahli Parlimen dan bekas Pengerusi MARA.
Namun sudah sekian lama nama Tamrin tenggelam di angin lalu.
Memang satu jenaka dengar Tamrin dakwa beliau masok pembangkang kerana UMNO sudah hilang arah kerana ikut ceritanya beliau yang sebenarnya sudah tidak tentu arah.
Beliau yang terkial-kial mencari dahan untuk berpaut.Mungkin hajat dihati nak jadi bos sepanjang masa dan tidak mahu merendah diri aktif seperti ahli biasa yang lain.
Semasa dalam UMNO sendiri tidak ada sesuatu sumbangan besar yang boleh dikaitkan dengan nama Tamrin.
Dalam pada itu ada 'banyak cerita' tentang Tamrin kalau hendak dijadikan isu.
Kadir pula...apa cerita tentang Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang ditubuhkan Mei lalu?
Sejak parti itu ditubuhkan jelas habuk pun tarak.Yang nampak ke hulu ke hilir hanya batang tubuh Kadir sendiri naik turun pentas ceramah pakatan pembangkang.
Kisah bekas Menteri yang pernah mengetuai UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu ini boleh dikira satu kapal dengan Tamrin.
Bagaimana pula tentang Maijol yang Ahad umum sokong pembangkang.
Sebelum ini tidak ramai yang tahu siapa Senator dari Sabah ini.Namanya macam tidak 'masuk buku' dalam arina politik tanahair.Kalau namanya tidak begitu dikenali maka ada banyak sebab. Salah satu darinya mungkin beliau kurang aktif semasa sidang Dewan Negara.
Seperti kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin tindak tanduk mereka ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".
Lebih tepat dalam UMNO sudah tenggelam maka inilah jalan pintas untuk lompat terus keatas dan tiba-tiba glamour nama jadi sebutan dan diusung berceramah di sana sini.
Atas sebab itu beliau sendiri menilai gebang pembangkang yang pembangkang dakwa tindakan dua tiga pemimpin di Sabah sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanyalah hanya gimik  untuk mengaburi mata rakyat.
Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.
Mengenai Tamrin ,Khairy berkata anak Tun Ghafar itu sudah lama tidak aktif dalam politik UMNO.
"Saya fikir media yang pro pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak.
“Seperti  Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.
"Tetapi Anwar apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Ahad.
Dalam konteks ini Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".
Lojik di sini ialah pemilihan calon pilihanraya dibuat atas nama parti, bertanding atas nama pati, rakyat memilih atas nama parti, tetapi akibat kecewa lompat dan bawa kerusi parti.
Kes lompat parti kebelakangan ini bukan sahaja melibatkan wakil rakyat BN tetapi juga pakatan pembangkang.
Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.
"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.
"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.
Beliau berkata, seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau  berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.
Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.
"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti,"

DOSA MENGUMPAT...KHAS BUAT DIRI SENDIRI DAN YANG SELALU MENGUMPAT

Ahad, 5 Ogos 2012

ISU HUDUD


Dulu,kini dan selamanya Karpal Singh memang garang.Namun segarang-garang Pengerusi DAP Kebangsaan itu beliau nampak agak terketar suara bila mengakui bab ini.
Apa lagi kalau bukan kontroversi  partinya dengan PAS mengenai isu Hudud dan Negara Islam. Katanya DAP-PAS kini masih kekal dalam situasi  'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
Dalam bahasa mudah ini bermakna PAS dan DAP tetap dengan pendirian masing-masing  yakni PAS  mahu meneruskan agenda Negara Islam manakala DAP menentangnya.
Menjawab soalan dalam sidang akhbarnya Sabtu,tokoh veteran  DAP itu terpaksa mengakui ' bersetuju untuk tidak bersetuju ' saja tidak cukup.
"Ia harus lebih dari itu,"katanya.
Sekalipun tidak menyebutnya ia jelas bermakna isu itu harus diselesaikan secara muktamad antara kedua parti.
Kenapa Singa DAP itu agak terketar suara bila menyebut  ' bersetuju untuk tidak bersetuju' .Rasanya tidak salah untuk membuat andaian mungkin kerana beliau tahu pasti sampai kiamat pun DAP-PAS  tidak mungkin ada titik temu dalam isu itu.
Soalnya kalau tidak boleh selesai apa jadi ?
Karpal bimbang ia akan gugat hajat pakatan pembangkang hendak mengintai Putrajaya.
Kenyataan Karpal ini adalah pusingan terbaru ulang tayang drama DAP-PAS bergasak dari masa ke semasa mengenai isu Hudud dan Negara Islam.
Kali ini beliau menangkis hentaman Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Nasrudin Hasan Tantawi yang kata macam-macam padanya kerana tetap dengan pendirian menentang hajat PAS nak teruskan perlaksanaan Negara Islam jika dapat menguasai Putrajaya.
Nasrudin sebelum ini dikatakan malu besar bila dikecam hebat termasuk dalam blog,facebook dan twitter kerana membuat kenyataan dalam debat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya anjuran akhbar Sinar Harian baru-baru  ini bahawa DAP sudah lembut hati terhadap isu Hudud.
Entah bagaimana beliau dapat ilham membuat kesimpulan it.Ini kerana baik DAP mahupun PKR tidak tunjuk tanda ia berkompromi.
Bosan memang bosan nak dengar kisah  pertelingkahan DAP-PAS mengenai isu ini.
Bodoh sangat kalau tidak dapat  menilai ia tidak lebih satu sandiwara politik DAP-PAS untuk meraih undi dari penyokong masing-masing sahaja.
DAP menjerit menentang hajat PAS nak tubuh Negara Islam kerana mahu mengukuhkan pegangannya keatas undi bukan Melayu.
Manakala PAS main isu Negara Islam kerana nak tarik pengundi Melayu.
Kedua-duanya nampak macam mahu 'untung besar' dengan menjaja pendirian masing-masing.
Apapun  ada yang sudah anggap PAS  jadi 'pak lawak' dalam isu yang serius ini.
Satu dunia tahu bahawa PAS sudah ubah slogannya kepada Negara Berkebajikan.
Jadi kenapa ia masih hendak terus bergayut pada agenda hendak menubuhkan Negara Islam?
Jawabnya mudah.PAS diketahui sudah cukup bimbang ia akan hilang identiti sebagai pejuang Islam  tanpa bercakap pasal hukum Hudud dan Negara Islam.
Semua orang tahu slogan Negara Berkebajikan cuma langkah kompromi agar senada dengan PKR dan DAP  dalam memburu undi untuk pilihanraya.Ini agar orang bukan Melayu tidak merasa gentar .
Maka jangan hairan kalau mendengar PAS kebelakangan ini lebih gatal mulut nak bercakap pasal hukum Hudud dan Negara Islam berbanding Negara Kebajikan.
Soalnya sekarang apakah PAS dapat mengapai hajatnya itu jika katakan pakatan pembangkang tawan Putrajaya.
Ingat lagi kata-kata Karpal Singh pasal langkah mayatnya.
Beliau tidak pernah ganjak dari pendirian itu.
Dan terbaru Sabtu Karpal kata  DAP tidak sekali-kali akan membenarkan soal Negara Islam di masuk dalam manifesto bersama pakatan pembangkang untuk PRU13.
"DAP tidak akan benarkan"tegasnya.
Untuk menguatkan lagi ,beliau juga mengingatkan PAS bahawa DAP tidak akan benarkan ia berlaku.
Tidak cukup setakat ini.Tentu orang-orang PAS berdesing telinga mendengar.

Karpal selamba kata PAS ketinggalan zaman kerana berpegang kepada pendirian itu.
Kalau sudah begitu apa jadi antara DAP-PAS kalau Putrajaya jatuh ke tangan mereka.
Lojik akal kata ada dua kemungkinan.
Satu...dalam suasana mabuk baru dapat kuasa keduanya pura-pura tidak ada hal... pejam mata pekakkan telinga kekalkan  kehidupan  ' bersetuju untuk terus tidak bersetuju' .
Dua...perang besar u see.

SU PKR DI PANGGIL BUAT KENYATAAN KERANA BUAT KENYATAAN PALSU

Polis telah mengesahkan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution kini sedang disiasat kerana membuat dakwaan palsu ke atas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Dakwaan palsu itu mengatakan yang Wan Ahmad adalah seorang ahli Umno.
Dan kertas siasatan ke atas Saifuddin telah dibuka selepas Wan Ahmad sendiri membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Berikutan itu, Saifuddin telah dipanggil ke Balai Polis Daerah Putrajaya pada Ahad untuk diambil keterangannya, kata OCPD Putrajaya, Asisten Komisioner AbdulRazak Majid.
Saifuddin, yang merupakan ahli parlimen Machang, disiasat di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.
Sementara Wan Ahmad ketika dihubungi oleh wartawan The Star berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saifuddin yang kemudiannya terbukti adalah palsu telah meletakkan dirinya dan juga SPR dalam situasi yang mengaibkan.
Kenyataannya itu, kata Wan Ahmad adalah sama seperti cuba menimbulkan kesangsian bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga SPR.
Oleh yang demikian, kata Wan Ahmad, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat kes itu dari perspektif fitnah jenayah.
Saifuddin membuat dakwaan itu Mei lalu dengan berkata Wan Ahmad adalah merupakan ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, dalam Bahagian Pasir Mas, Kelantan dan oleh yang demikian beliau tidak layak memegang jawatan dalam SPR kerana tidak bersikap berkecuali.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Wan Ahmad yang sebenarnya muncul dan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan yang Saifuddin telah tersilap orang.

Dia adalah seorang peniaga gerai berusia 63 tahun yang secara kebetulan berkongsi nama yang sama dengan timbalan pengerusi SPR itu.

Jumaat, 3 Ogos 2012

NIK AZIZ BENARKAN PEMIMPIN PAS KAWIN RAMAI


Kerana ramai Artis2 Dikalangan Janda Masuk Pas maka Keluarlah Kenyataan Ini Dari Pemimpin Tertinggi Pas.Membenarkan Pemimpin Mereka (PAS) Untuk memiliki Isteri Lebih Dari se Orang.Maka Akan Berebu2tlah Pemimpin2 Ini Untuk Memeliki Janda2 Yang Dah Lama Dahagakan Kasih Seorang Suami.Bagi TGNA Pas tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kita tidak boleh sekat mereka (wakil-wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya," kata Menteri Besar Kelantan itu.
Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan twitter yang mendakwa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah mengahwini selebriti Abby Abadi yang baru-baru ini menyertai Pas


TAPI YANG TAK SEDAPNYA BILA MEREKA INI HANYA LAH MAHUKAN NAFSU SAHAJA.CUBA KITA LIHAT SUDAH BERAPA RAMAI PEMIMPIN PAS YANG MENINGGALKAN ISTERI2 INI IBARAT HABIS MADU SEPAH DI BUANG.....RENUNG2KAN LAH.....

APA BEZANYA DATUK T ..TUKANG DEDAH SEX ANWAR DENGAN KES RAFIZI..

Akhir-akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.
Senang cakap berani buat..tak berani tanggung.Makanya bila kerajaan bertindak 'lambat siang' riuh tuduh zalim dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.
Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain kepada umum.
Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar skandal NFC.

Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal 'whistleblowers' kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh didakwa.
Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada Rafizi.
Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan akaun bank itu.
Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di sini.
Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan "telah gigit apa yang tidak mampu dikunyahnya," atau dalam kata lain terlebih aksi.
Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa membabitkan bos Rafizi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.
Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya, ada tarikh dan ada individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.

Keutuhan pendedahan itu diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks itu 99.9 tulen.
Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?
Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan) di Hotel Carcosa di ibu negara.

Mendedahkan skandal Anwar itu tidak salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.

Mereka bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.
Tidak ada siapa pun dikalangan penyokong kerajaan yang menjulang mereka sebagai hero atau desak mereka tidak boleh didakwa kerana merupakan whistleblower tentang perangai jijik seorang pemimpin politik.
Sebab semua faham, dalam hendak membongkarnya ketiga-tiga mereka telah 'melanggar garisan' dan di Malaysia atau mana-mana negara berdault yang langgar garisan kena hukum.
Tidak perlulah hendak jadikan Rafizi sebagai hero dan gunakan wang rakyat Selangor untuk tanggong khidmat guaman membelanya.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pembangkang tidak seharusnya membiarkan orang bersalah menjadi hero dalam masyarakat.
Menurutnya, orang bersalah akan tetap bersalah dan menerima hukuman yang sepatutnya dan bukan diletakkan sebagai penyelamat.
"Kalau Rafizi atau sesiapa pun bersalah memang patut terima hukuman dan tak boleh lepaskan diri. Jangan jadikan dia sebagai hero pula, itu tak wajar," kata beliau.
Mudah cerita, jangan ingat bila kita jadi pembangkang kita dapat tiket untuk buat apa sahaja ikut suka hati dan apabila kerajaan bertindak maka itu bermakna kerajaan menindas pembangkang.
Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang.
Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.
Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun deposit tetap dibawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu.
Pada 17 Mac 2007, tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka.
PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.
Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun.
Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah - ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.
Pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan.
Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland, Singapura dan Luxembourg serta bank-bank 'offshore' dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain.
Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan (BAFIA) pada tahun 1989.
Dibawah BAFIA, terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.
Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan.
Sebab itu bagi Abdul Rahman Dahlan, Rafizi sepatutnya meneliti undang-undang di negara ini sebelum terlalu ghairah membuat mana-mana pendedahan bersabit maklumat dan hak individu di setiap perbankan.
"Dalam cubaan kita untuk menguruskan negara, kita tidak boleh melanggar undang-undang walaupun tujuan kita itu baik tetapi melanggar undang-undang adalah satu perkara yang tidak betul.
"BAFIA dibuat supaya kita mempunyai sistem di mana tidak ada orang boleh menyebarkan maklumat perbankan seorang individu yang lain, jadi di situ sudah berlaku satu kesalahan," katanya.
Menurut Rahman penahanan pihak berkuasa terhadap Rafizi semalam turut boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang tersilap catur dalam meneliti sebarang kekebalan undang-undang di negara ini.
"Kalau pihak polis menggunakan kekerasan dan didapati betul, dan pihak mahkamah mendapati ia salah, mereka juga patut mengikut peraturan.
"Perkaranya ialah cara mendapatkan maklumat itu, jika didapati daripada cara yang tidak betul, maka ia tidak boleh digunapakai dalam sistem kehakiman, beginilah juga kes Rafizi.
Walaupun mungkin, dia hendak beri tahu orang ramai atas isu NFC tetapi menggunakan platform parti untuk membawa satu maklumat mengenai perbankan orang lain dan itu salah, jadi kita perlu hormati undang-undang," katanya lagi.
Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.
Beliau didakwa mengikut BAFIA, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.
Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

ADA ULAMA BUKAN SETAKAT HINA UMNO

Khamis, 2 Ogos 2012

JANJI DITEPATI LAWAN SEBANGSA SENEGARA SEJIWA

Kalau mengikut senario semasa besar kemungkinan ini kali pertama dalam sejarah rakyat Malaysia akan terpisah dua dalam menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Ini gara-gara langkah politik pakatan pembangkang yang pada Rabu mengumumkan temanya sendiri "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" bagi sambutan hari bersejarah itu untuk lawan tema " Janji Ditepati " yang ditetapkan kerajaan.
Mereka mahu kerajaan menerima cadangan menukar tema berkenaan.
Sebaliknya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membayangkan kerajaan tidak akan berganjak.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu wartawan pada majlis pengumuman tema berkenaan bahawa pimpinan pakatan pembangkang akan bincang mengenai kemungkinan negeri-negeri yang mereka kuasai mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif itu jika kerajaan pusat tidak mahu menukar tema Janji Ditepati.
Bercakap dalam dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Kuala Lumpur Rabu, Rais menasihatkan pembangkang  tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.
Beliau mengingatkan pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.
"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.
"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema 'Senegara, Sehati, Sejiwa' bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka itu.
Pengumuman tema oleh pakatan pembangkang itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan mereka,Datuk A Samad Said dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.
Beliau mendakwa tema itu lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.
Katanya ia dipilih dari 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
Sementara itu kalangan pemerhati yang menilai ini satu perkembangan yang amat menducitakan mengecam sikap pembangkang yang terus dengan sikap 'bangkang cuma untuk bangkang' mereka.
Gelagat mereka ini dianggap semata-mata kerana tujuan politik dalam suasana menjelang pilihanraya umum ke 13 sekarang.
Bagi mereka apa saja kerajaan buat ada tidak kena sekalipun diketahui ada kebaikannya.
Pengakuan tentang kebaikan itu tentulah akan mengurangkan markah politik mereka.
Maka segalanya main pukul borong kena lawan,kena bantah,kena tuduh,kena perlekeh dan segala macam yang sewaktu dengannya.
Al-kisah dari ini semua jangan hairan dengar Lynas bahaya,Felda nak bangkrap,cadangan projek terminal minyak dan gas (Rapid) di Pengerang jejas alam sekitar dan segala rancangan kerajaan buruk belaka.
Kini pakatan pembangkang halakan senapang tema Hari Merdeka 31 Ogos 'Janji Ditepati'.
Dulu hal-hal seperti ini tidak pernah berbangkit namun sekarang ini tiba-tiba jatuh sensitif sangat.
Tema Janji Ditepati didakwa tidak sesuai untuk Malaysia kerana ia sama dengan slogan BN.
Ramai yang merasakan pembangkang merasa 'cukup tersentuh' dengan tema 'Janji Ditepati' kerana mereka sendiri sedar betapa banyak janji-janji semasa pilihanraya umum 2008 tidak ditunai.
Ibarat orang muka tidak malu...sudahlah janji tidak ditepati dan kini untuk memancing undi mereka masih sanggup lagi menabur segala macam janji ' bulan dan bintang'.
Soalnya sekarang apakah cadangan pakatan pembangkang mengenai tema Hari Merdeka itu perlu dilayan.
Ada juga yang bertanya pernah ke selama ini pakatan pembangkang tunduk pada mana-mana cadangan atau tuntutan BN dan pihak luar.
Rasanya Mustapha pun tahu dan Samad Said pun tahu pembangkang tidak pernah ambil peduli langsung.
Contoh yang paling jelas sekalipun disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen video seks libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan GRO China,pembangkang buat tidak peduli sahaja dan tidak ambil sebarang langkah untuk cari kebenaran.
Mereka bukan saja tidak layan desakan diadakan siasatan terbuka keatas dakwaan skandal yang serius itu sebaliknya memperlekehkan dengan alasan bodoh mendakwa video tidak boleh jadi bahan bukti.
Dalam pada itu apa jua dakwaan melibatkan kerajaan mahu dikorek sampai ke lubang cacing.
Makanya pembangkang tidak perlulah nak berdrama lebih-lebih jika cadangan mereka ini ditolak kerajaan.
Lagipun ramai yang melihat cadangan tukar tema itu tidak lebih dari satu lagi gerakan perang saraf politik mereka dalam keadaan terdesak sekarang

Rabu, 1 Ogos 2012

LAGI KES RAFIZT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menyediakan dana khas untuk membantu membiayai kos guaman berhubung pendakwaan terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mahkamah pada pagi Rabu.
“Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli,” katanya menerusi tulisan di Twitter.
Mohd Rafizi ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Mohd Rafizi berhubung kes berkenaan.
Mohd Rafizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Baifa.
Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin

ISU TUDUNG ABBY...SIAPA KELENTONG

Seronok ye Abby Abadi...pijak kaki sekejap dalam Parti Islam SeMalaysia sudah boleh jadi 'lambang kesucian Islam'.
Bagi yang taksub dengan pembawaan parti itu keadaannya menyebabkan apa saja yang melibatkan artis yang baru ' berhijrah' itu tiba-tiba begitu Islamik sekali.
Ini melihat pada ramainya yang berentap sakan dalam laman facebook syarikat tudung,Al-Humaira' Contemporary (AHC) berhubung isu kontraknya sebagai duta produk dengan syarikat berkenaan.
Keadaan sama di pelbagai laman blog,twitter dan facebook.
Isu telah menjadi begitu panas sejak Abby canang menerusi twitternya mendakwa kontrak ditamatkan hingga Al-Humaira terpaksa keluarkan dua kenyataan setakat ini untuk menjelaskan.
Rasanya persepi yang cuba dimainkan ialah bekas isteri Norman Hakim itu kena tindas dan dianiya kerana masuk PAS....dan ini kerja busuk UMNO.
Namun kalau membaca dari ayat-ayat pada kenyataan Al-Humaira tanda tanya timbul apakah apakah tindak tanduk Abby itu Islamik dalam kontek satu perjanjian kontrak.
Lebih menarik kata Al-Humaira kontrak antaranya dengan Abby belum ditamatkan secara rasmi.
Baginya Abby yang buat andaian sendiri kontrak itu ditamatkan.
"Artis tersebut yang membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC," katanya.
Syarikat itu nyata sedih dengan salah anggapan yang timbul dari isu kontrak dengan Abby.
"Apa yg boleh kami katakan buat masa sekarang, kami amat sedih dengan apa yg berlaku dan terkilan kerana dituduh pelbagai pihak dgn kata2 kesat, cacian dan ugutan yang langsung tak menggambarkan keindahan Islam yg mereka perjuangkan" kata syarikat itu dalam kenyataan awalnya bila isu itu berbangkit.
"Amat tidak adil untuk kami kerana mereka langsung tidak tahu pokok pangkal dan sebab musabab kenapa kami mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak artis tersebut..." katanya lagi.
Soalnya apakah yang kaki bising itu sendiri selidik latar belakang cerita sebenar isu kontrak antara Abby dan Al -Humaira ini.
Kalau Abby sendiri sudah main hentam keromo ..apa lagi orang yang tidak tahu menahu kisah benar.
Hakikat di depan mata ialah perjanjian kontrak sebagai duta produk ini adalah satu perjanjian perniagaan antara artis dengan syarikat dan tidak melibatkan kerajaan atau mana-mana pihak lain.
Ramai artis dilantik menjadi duta produk.Abby bukan satu-satunya.
Dalam mana-mana kontrak atau perjanjian...kedua-dua pihak mesti hormati apa yang telah dipersetujui.
Dari kenyataan Al Humaira nampaknya Abby yang tidak berpegang kepada janji.
Kalau nak bercakap bab Islam ....apakah Islam membenarkan umatnya mungkir janji?
Atau kerana semata-mata dah masuk PAS, Abby sudah ada 'kekebalan' boleh langgar janji.
Janji tetap janji.
Inilah yang kadang-kadang susahnya nak bercakap dengan puak-puak yang merasa diri mereka lebih Islam dari segala makhluk lain dalam dunia ini.
Bagi mereka apa saja orang lain buat semua tidak Islamik....dan mereka sekalipun temberang mungkir janji NO PROBLEM.
BERIKUT DISIARKAN DUA KENYATAAN PENUH hingga Al-Humaira' Contemporary (AHC)

KENYATAAN PERTAMA:

Mungkin sesetengah daripada anda dah tahu isu yang melibatkan Al-Humaira' Contemporary (AHC) dan juga seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC. Sampaikan dah mendapat liputan media yang agak luas...
Apa yang boleh kami katakan buat masa sekarang, kami amat sedih dgn apa yang berlaku dan terkilan kerana dituduh pelbagai pihak dgn kata2 kesat, cacian dan ugutan yang langsung tak menggambarkan keindahan Islam yang mereka perjuangkan. Amat tidak adil untuk kami kerana mereka langsung tidak tahu pokok pangkal dan sebab musabab kenapa kami mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak artis tersebut...
Tindakan untuk menamatkan kontrak beliau tiada kaitan dengan penolakan kami kepada ajaran Islam ataupun menolak konsep rezeki Allah seperti yang diperkatan oleh pengikut beliau. Cuma objektif sebenar kontrak yang telah kami tandatangani sebenarnya tidak mencapai matlamat seperti yang  kami harapkan dan  pihak kami sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila2 masa as we deem fit according to situation / circumstances. Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect keputusan ini.
Harap maklum. Jika anda ada sebarang komen, komenlah dgn akhlak dan kata2 yg baik. Terima kasih. :-)

KENYATAAN KEDUA:

Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yang mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yang melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yang telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yang berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai seperti yang kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yang paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.
AHC memerlukan seorang duta yang berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kepada mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dengan undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kepada task / tugasan yang sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, untuk bisnes kami, kami mahukan imej yang neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yang kami cuba nak sampaikan...
Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dalam bidang lakonan, pengacaraan dan lain-lain. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yang telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini...
Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis untuk pembatalan kontrak daripada pihak kami secara sah mengikut terma yang termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan untuk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yang membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu untuk commit dengan tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dengan beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat untuk berjumpa dan berbincang untuk menamatkan perkara ini dengan baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kepada kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu memag pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dengan beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yang sah secara baik mengikut terma yang termaktub di dalam kontrak yang telah kami tandatangani.

Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan daripada pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yang lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.

Mungkin Abby boleh bagi penjelasan terperinci dalam hal ini dan tidak payah nak main sentimen politik menerusi twitter dan pentas ceramah.
Isunya mudah...apakah benar saudari tidak berpegang kepada janji dalam ikatan kontrak atau sebaliknya?
Kalau Abby merasa dia benar...silakan

TERKINI..RAFIZI DI TANGKAP

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jumaat, 13 Julai 2012

MAKIN RAMAI KELUAR PAS

Seramai 30 penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai UMNO kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.
Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.
Ramli berkata keputusan menyertai UMNO adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan Pas yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.
Beliau berkata, adalah lebih bermakna untuk memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak daripada membantu Pas yang akrab dan sentiasa diperkudakan oleh DAP sejak kebelakangan ini.
"Dulu Pas menghukum UMNO kerana membuat pakatan dengan parti politik bukan Islam tetapi nampaknya mereka juga lebih intim dengan parti politik yang jelas tidak akan sepakat untuk membangunkan kepentingan Melayu dan agama Islam," katanya

Isnin, 9 Julai 2012

MENGAMUK DI PUTRAJAYA

Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali

Jumaat, 6 Julai 2012

PEMBANGKANG MENGAJAR RAKYAT MALAYSIA PERKARA PERKARA BUSUK.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama.
Beliau berkata, tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".
"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, Jumaat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidakdijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.
Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya seseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.
Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.
"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untukrakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.
Najib berkata, apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.
"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampumelaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan danperpaduan yang dikecapi.
"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik

Selasa, 26 Jun 2012

Nik Ajis berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu dia selewengkan dengan sikap "Riak" dan "Ujub" ..Nafsu Amarah di Jiwanya..

Renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al An'aam ayat 121 yang bermaksud:

" .... dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu membisikan kepada pengikutnya, supaya kamu membantah (menghasut) kamu, dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.

Setelah Ee kaji secara mendalam di dalam Islam PAS tidak di pentingkan penyatuan Ummah sesama Islam sebaliknya memusuhi sesama Islam itu satu jihad pada mereka. Ini lah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh PAS didalam  merobohkan perpaduan yang disarankan oleh Agama demi kekuatan Ummah.Pada Ee jika demi kian apakah yang ingin diperjuangkan oleh PAS  sekiranya  perkara wajib keatas umat islam ditolak?..Jadi tidak salah jika Ee katakan bahawa PAS hanya menjadi pengikut saja dan buat apa saja yang telah diarahkan oleh Anwar (PKR) mahupun DAP.Pada pendapat Ee HIMPUN Selamatkan Aqidah Umat Islam adalah satu perhimpuna  retetan daripada tindakan Hassan Ali menyergah masuk kedalam DUMC  untuk melakukan  kejutan upacara memurtadkan umat Islam yang didalangi oleh DAP.Akibat tindakan tersebut HIMPUN sejuta Umat diadakan  untuk menyedarkan kepada umat Islam yang lain tentang bahaya yang dihadapi. Akan tetapi PAS menolak secara terangan dengan menyatakan bahawa ianya adalah bermotifkan politik.Bermula dari isu tersebut akhirnya Hasan Ali kena tendang keluar oleh PAS..Apa makna semua ini?..

Apa yang Ee nampak bila demo Bersih 2.0 yang dibuat oleh Ustazah S.Ambiga peguam murtad Lina Joy dan demo bebaskan Anwar PAS secara terangan mengerahkan seluruh umat Islam dibawah taklukan nya  menyertai demo yang berkepentingan politik dan untuk menyelamatkan Anwar yang dikatakan teraniaya.Pembebasan Anwar dengan alasan  "Suka sama Suka" meliwat telah mendapat sokongan penuh daripada PAS sehingga Nik Aziz sanggup berpuasa.Apakah Nik Ajis begitu bangang tidak faham maksud "Suka sama Suka" yang diambil kesimpulan oleh hakim2 yang mengendalikan kes tersebut?.. Bukan kah ianya bermaksud bahawa Liwat telah berlaku dan bermakna Anwar sememangnya melakukan Liwat?..Pada Ee telah jelas bahawa Nik Ajis juga telah  menyokong isu liwat ini demi survival politiknya.

Apa yang Ee nampak budaya samseng, maki hamun, menghina berlebihan menjadi asam garam baru mereka sejak berjabat tangan dengan PKR dan DAP.Nik Ajis dan akbar Harakah sendiri mengajar penyokong PAS mencerca sesiapa saja yang tidak menyokong mereka semahunya.Pada pendapat Ee mereka mula gemar cara baru iaitu menyebar fitnah dalam masa yang sama menuduh UMNO pula yang suka menfitnah.UMNO dijadikan sasaran dan dilanyak  sebagaimana mereka benci kepada DAP satu masa dahulu. Beginikah budaya yang diajar oleh PAS kepada penyokongnya.Budaya pecah memecah belahkan Perpaduan Ummah yang sangat dituntut dalam Islam.

Ee masih ingat lagi sewaktu berlakunya PRK Manek Urai di Kelantan di mana Nik Ajis mengeluarkan satu fatwa dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"..Inilah Islamnya PAS yang lebih Islam dari yang lain.Ee berpendapat bahawa Nik Ajis cuba menghasud penyokongnya agar memerangi UMNO saudara seIslam dengan melakukan apa yang dianggapnya satu jihat dan patut dilakukan seperti kegemilangan Islam sewaktu Perang Salib dulunya."Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya.Apa yang dapat Ee katakan berkemungkinan pada masa akan datang, Nik Ajis akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad" dan sebagainya.. Begitulah bencinya Nik Ajis kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Ee ingin bertanya jika benar bahawa Nik Ajis adalah dari kalangan ulama', adakah wajar baginya untuk 'sanggup mendapat pertolongan SYAITAN demi memusnahkan golongan Islam yang lainnya?..Apabila pertanyaan tentang ini dipersoalkan kepada Nik Ajis dengan muka selamba beruknya menjawab Nabi Sulaiman pun guna pertolongan SYAITAN.
Apakah beliau Nik Ajis merasakan dirinya lebih hebat dari Nabi?..Sedarlah bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata..Bertaubatlah!.. kembalilah! kejalan yang satu..Jangan pesongkan aqidah yang selama ini kita jagai kerana keduniaan dengan mengikuti Nafsu Amarah kembalikanlah kepada nafsu Mardiah..semuga kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.

Renungkanlah Firman Allah dalam An Nisa' ayat 38 yang bermaksud :--

"Barangsiapa yang mengambil SYAITAN itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya"


Ee sedar bahawa Nik Ajis berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu dia selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Ee sebenarnya berpendapat bahawa Nik Ajis tidak sedar bahawa dia kini telah berkawan dengan Syaitan dan mula terikut dengan segala bisikannya.
Tidakkah Nik Ajis sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam?.. Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US?.. Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka?..Apa yang Ee ketahui dalam Buku Jingga kitab ikutan PAS langsung tidak menyebut tentan hudud mahupun penubuhan Negara Islam seperti yang diwar-warkan.

Renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : -- 

" Janganlah kamu mengikut langkah-langkah SYAITAN, kerana sesungguhnya SYAITAN itu musuh yang nyata (terang-terang) bagimu.

Dengan rasa rendah diri Ee katakan bahawa UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS!.. Fahamilah wahai Nik Ajis dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!..Kita semua satu Kiblat..Fikir-fikirkan lah ...Ikut Islam anda selamat,Jika ikut PAS anda sesat !!!..

ANWAR DAH GILA

Membaca cabaran debat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan saya jadi geram dan sekaligus kelakar. Geram dengan kerenah Anwar yang tidak habis-habis nak tunjuk kepada orang satu-satunya kemahiran beliau iaitu bercakap.
Dan kelakar apabila mengenangkan sampai ke tahap meroyan rupanya Anwar nak berdebat dengan Najib, tidak sudah-sudah dan asyik ulang perkara itu saja.
Saya ada dua teori, kenapa Anwar meroyan hendak berdebat dengan Najib.
Pertama sebab dia hendak keluar TV dan tunjuk kepada orang ramai kepetahannya berbicara.
Kedua sebab Anwar hendak jadikan penampilan dia dengan PM sepentas itu sebagai 'pembersih diri' dari segala tuduhan selama ini, dalam kata lain, recognition.
Saya cuma nak bagitahu Datuk Najib, kalau Anwar nak sangat keluar TV dan tunjuk kepetahannya, saya cadangkan tawaran dibuat oleh mana-mana stesen television tempatan untuk menyiarkan upacara sumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam oleh Anwar bahawa bukan beliau di dalam video seks yang dihebohkan itu.
Saya hendak cadangkan bagi dia masa sejam untuk berceramah apa saja selepas bersumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam itu.
Kalau Anwar tidak mahu sumpah itu dulu maka Datuk Najib pun jangan layan desakan Anwar dan kuncu-kuncunya berdebat, buat kering, macam mana Anwar buat kering desakan bersumpah...
Sumpah laknat video seks itu penting, dan perlu disegerakan, sebab satu dunia boleh akses video yang ada dalam internet tersebut, dan ramai hendak tahu mamat yang tunggang langgang balun amoi itu Anwar atau tidak.
Walaupun ada kajian pakar imej antarabangsa membuktikan 99.99 peratus gambar tersebut adalah beliau, namun Anwar buat muka tebal tak mengaku sampai sekarang.
Anwar kaki ceramah, siang malam ceramah, sampai hari ini tidak berani bersumpah bukan dia dalam video tersebut. Bersumpah ini adalah perkara paling senang jika kita tidak bersalah.
Bersumpah kalau kita dipihak yang benar jauh lebih mudah dari hendak berdebat. Sebab itu saya fikir Anwar patut bersumpah menggunakan nama Allah dan mengikut lunas-lunas Islam bahawa bukan beliau dalam video seks tersebut sebelum layak hendak cabar PM berdebat.
Bukan apa, takut nanti malu PM, dikatakan sebagai satu-satunya PM di dunia yang berdebat dengan 'aktor' video lucah.
Dan video lucah bukan satu-satunya beban moral Anwar, selain itu ada dua tuduhan liwat di mahkamah dalam tempoh 10 tahun, menang kalah soal lain, sebab kalau ikut rekod mana-mana pemimpin dalam dan luar negara pun, yang ada kes skandal seks, letak jawatan dulu, sebab ia bukan kes main-main apatah lagi bila kita adalah pemimpin.
Tapi Anwar istimewa sikit, dia tetap jadi ketua pembangkang walaupun ada video seks, ini kerana pembangkang tiada tokoh lain yang pandai bercakap macam Anwar.
Keupayaan utama Anwar adalah bercakap untuk menyakinkan penyokong-penyokongnya memang diakui lawan dan kawan. Ambil saja contoh macam mana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak kata bukti video tidak boleh jadi saksi kes zina sebab 'video besi'.
Punya taksub kepada Anwar sampaikan tidak terima pembuktian video sebab Anwar ada video seks. Habis kalau kes lain macam mana? boleh pakai video ke?
Anwar dilaporkan media minta Najib anggap debat dengan dia sebagai hadiah kepada rakyat. Hello, hadiah apa kalau bercakap saja.
Bila saya renungkan, saya rasa ini ada kaitan dengan teori saya yang kedua, iaitu Anwar hendak gunakan pentas debat itu untuk membersihkan dirinya dari segala tuduhan baik video seks, liwat, pengkhianat dan segala macam lagi.
Kesudian PM terima cabaran berdebat adalah bermakna PM recognise Anwar, itulah yang dia hendak, recognition.
Sebab kalau setakat hendak berdebat sejam setengah tidak akan ada masalah selesai. Berdebat ini lawan bercakap, apa masalah selesai apabila kita lawan bercakap?
Ingat lagi debat Khairy Jamaluddin dengan Datuk S Ambiga baru-baru ini, apa jadi bila Khairy berjaya jawab dan patahkan segala hujah Ambiga?
Apakah pembangkang mengakui hujah-hujah Khairy mengenai SPR dan kembali berunding dengan rasional dengan suruhanjaya tersebut? Tidak ada apapun yang berlaku kan...
Begitu juga debat PTPTN Khairy dengan pemimpin PKR Rafizi Ramli, apa jadi lepas debat itu, PTPTN diturunkan, PTPTN dihapuskan? tidak ada apapun, banyak lagi perkara berfaedah boleh buat dari berdebat tanpa menyelesaikan sebarang masalah.
Akhirnya, saya cadangkan, dengan Anwar ini, tok sah bagi muka, orang macam ini jangan dilayan macam kita layan kawan-kawan lain. Orang macam Anwar inilah yang  peribahasa Melayu dulu-dulu gambarkan sebagai 'bagi betis, hendak paha

Isnin, 25 Jun 2012

LAGI AHLI PAS KELUAR PARTI......

Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin Pas yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 ahli Pas di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai UMNO setelah lebih 15 tahun menyertai Pas.
Salah seorang daripada mereka, Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.
"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon Pas dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela semalam

MAKIN RAMAI AHLI PAS MASUK UMNO

Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini bertindak menyertai UMNO.
Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi.
Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang..
Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini.
Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela.
"Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini.
"Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya.
Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH