
Ia berlaku sejurus Datuk seri Anwar Ibrahim tiba atas kenderaan pacuan empat roda tidak jauh di simpang Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak.Kedengaran ada yang menjerit 'MASUK'.
Anwar sebelum itu berarak dari Masjid Negara melalui Pasar Seni dan Puduraya untuk ke Dataran Merdeka.
Jeritan seru orang masuk itu menyebabkan rempuhan terus berlaku seperti yang dilihat pada gambar-gambar ini.

Ini mendorong polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan semburan air water cannon.
Polis terpaksa bertindak bila mereka cuba melanggar kawasan Dataran Merdeka yang diisytihar oleh mahkamah sebagai kawasan larangan dari awal pagi Sabtu sampai 1 Mei ini.
Bukan itu sahaja budak-budak Bersih bertindak kurang ajar membaling objek kearah polis dan mencerca mereka.
Dalam pada itu polis telah mengeluarkan kenyataan menerusi twitter mengingatkan orangramai berwaspada.Ini berikutan kejadian peserta Bersih merampas sepucuk pistol dari seorang anggota polis dekat pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Polis bimbang sesuatu kemungkinan boleh berlaku ekoran periistiwa itu.
Sementara itu dalam tindak tanduk buruk lain,peserta Bersih telah terbalikan sebuah kenderaan polis,juga dekat Sogo.

KEMASKINI 3.30 PETANG- Seperti diduga motif tersirat Bersih 3.0...Kekecohan berlaku sekitar jam 3 petang tadi bila ada sebilangan peserta cuba rempuh sekatan polis untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka.Polis tidak ada pilihan kecuali bertindak menghalang mereka.Ini termasuk melepaskan tembakan gas pemedih mata dan semburan air water cannon FRU.
Kejadian berlaku di depan bangunan DBKL tidak jauh dari simpang Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak.
Sewaktu itu ada yang bertindak kurang ajar membaling berbagai objek kearah anggota polis dan mengejek mereka.
Tindakan polis menyebabkan peserta bertempiaran lari.
Pada jam 3.30 petang keadaan di kawasan itu kembali tenang bila polis berjaya mengawal keadaan setelah mengusir mereka hingga ke Globe Silk Store di Jalan Tunku Abdul Rahman dan sebahagian lagi hingga ke Puduraya.

KEMASKINI JAM 2.15 PETANG - Peraturan perhimpunan aman terus dilanggar ikut suka hati mereka saja - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 1.40 tengahari mengetuai perarakan dari Masjid Negara melalui Pasir Seni ke depan Puduraya melalui Jalan Tun Perak untuk ke Dataran Merdeka.
Keadaan setakat ini masih terkawal.
Tadi semasa berucap depan peserta Bersih 3.0 di Masjid Negara antara lain bunyi macam menghasut agar langgar Dataran Merdeka.
Beliau kedengaran berkata ' kita bebaskan dataran'.
Sementara itu nada sama dibawa oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semasa berucap pada peserta di depan Dataran Merdeka tidak jauh dari bangunan DBKL.
Beliau menjerit buat-buat tanya orangramai nak masuk tak dataran.Katanya Dataran Merdeka hak rakyat bukan DBKL.
Seperti biasa setakat ini peserta yang berhimpunan sana sini terus memekak dengan macam-macam gelagat.
Malah tadi menjelang Zohor,mereka yang berhimpun memekak tidak pedulikan azan yang berkumandang di Masjid Jamek dan Masjid Negara.

KEMASKINI 12.50 TENGAHARI- Setakat ini paling ramai pun penyokong pembangkang yang menyertai himpunan Bersih 3.0 dianggarkan sekitar 30,000 orang.Mereka terpecah di berbagai lokasi sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Ini nyata masih jauh sangat dari sasaran penganjur yang sebelum ini gembar gembur nak kumpul seramai 500,000 orang.
Paling ramai berkumpul ialah di sepanjang Jalan Tun Perak-simpang Jalan TUnku Abdul Rahman-depan ibupejabat DBKL- Jalan Kinabalu mengadap ke Dataran Merdeka.
Sekitar jam 12 tengahari tadi baru kelihatan empat kenderaan FRU dengan sbeuah water cannon melintasi jalan depan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.
Jam 12.45 Datuk Seri Anwar Ibrahim baru muncul kawasan di Masjid Negara dan kemudiannya memberi ucapan kepada kira-kira 5,000 orang yang berkumpul di situ.
Himpunan secara rasmi akan bermula jam 2 petang hingga 4 petang.
KEMASKINI - 11.30 PAGI - Sekitar 4,000 orang sudah mula buat aksi ' duduk bantah' di atas jalan depan bangunan DBKL mengadap ke Dataran Merdeka.Penyokong pembangkang yang datang dari berbagai hala setakat ini menuju ke situ untuk berkumpul.
Kumpulan anti Lynas yang berkumpul di KLCC sejak tadi pula sudah bergerak menuju ke situ.
Sekalipun tindakan berarak ini menyalahi peraturan perhimpunan aman namun mereka tidak mempedulikannya.
Belum ada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.

Juga setakat berita ini ditulis belum kelihatan sebarang anggota FRU yang berkawal seperti kebiasaannya.
Anggota polis biasa dan polis trafik sahaja yang kelihatan berkawal.
Polis telah mengenakan kawalan ketat di sekitar Dataran Merdeka.
Kalangan peserta himpunan tampil dengan pelbagai gelagat.

Bersih nak 'tunjuk power' sejak malam tadi
KEMASKINI 10.30 PAGI - Sehingga berita ini ditulis jam 10.30 pagi Sabtu penyokong pembangkang yang nak sertai himpunan Bersih sudah berkumpul di beberapa lokasi sekitar pusat bandaraya.Antara paling ramai setakat ini ialah di Jalan Tun Perak - Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka,depan Jalan Petaling,KLCC dan Masjid Negara.
Dalam taktik yang dipercayai untuk 'kasi panas' dan 'tunjuk power' kalangan peserta khususnya yang datang dari luar Kuala Lumpur sudah ' buat show' di simpang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak mengadap Dataran Merdeka malam tadi.
Kemuncaknya sekitar 2,000 berkumpul sekitar kawasan itu.Ia berlarutan hingga jam 2 pagi.

Ada diantara mereka sudah tunjuk sikap kurang ajar dengan mencerca anggota polis yang berkawal di situ.
Rasminya himpunan Bersih 3.0 sepatutnya bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.
