Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam tadi.
Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.
Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.
Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.
Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.
Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.
Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.
Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.
‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya.
Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.
Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.
Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.
Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.
Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.
Yang ko rang dok asyek nak kacau ceramah PR ni kenapa?????? Dulu POLIS dan FRU dok kacau. La ni pulak UMNOPORNO and the geng pulak. Ceramah lu orang pernahkah di kacau oleh ahli PAS, PKR dan DAP???????? Kalau dah kalah lawan hujah....tu le jadinya. Nak jadi JAGUH KAMPONG konon.Cukuplah......jangan buat kerja bodoh....Mai kita lawan berhujah diakhbar ke, blog ke, di kedai kopi ke......Jangan dok kacau perhimpunan orang.Ingat...jangan cuba jolok sarang tebuan.....Dalam sarang tu kan banyak atau beribu2 tebuan..sekali dia pusing belakang mampus kalian....ok. Ingat tu.
BalasPadamPRU Ke-13 - Mohon ramai Adun Dan MP BN 'Mati'
BalasPadam'Transformasi Besar Kepada Generasi Muda Adalah Pembohongan dan Pengkhianatan Jelas Lagi Nyata Pemimpin2 Tua Nyanyuk Barisan Nasional Terhadap Generasi Baru...'
Hanya generasi muda yang bodoh dan tolol-tolol sahaja akan bersama UMNO..
Hanya pemimpin2 Barisan Nasional yang bodoh dan tolol-tolol sahaja yang syok sendiri dan perasan kalau ada generasi muda yang berminat untuk berjuang kepada generasi baru... ( Aku pun tak Hingin )
p/s: Aku sememangnya ahli UMNO... Tapi dah tak berminat, bosan dan muak dengan 'talam dua muka pemimpin2 UMNO dan kuncu2nya'...
Wartawan2 BN Bodoh, P.ukimak,sial, butoh. b.abi. anjing..
( Anak2 ko pun P.ukimak, sial, anjing macam Ko )..
Pergi Mampus wartawan2 Porno BN..