tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 21 Mac 2012

VIDEO SEX ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR
Jangan lupa… hari ini 21 Mac genap setahun negara dikejutkan apabila skandal video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelacur dari China buat kali pertama ditayangkan kepada 13 orang wartawan di Hotel Carcosa Sri Negara,Kuala Lumpur.

Anwar dengan 'muka kering', pada petang yang sama, menunjukkan perutnya kepada wartawan dalam sidang media khas di pejabat PKR bagi menafikan lelaki di dalam video tersebut merupakan dirinya.

Video itu yang kemudian dihantar ke makmal forensik di Amerika Syarikat. Dalam kajian yang dilakukan oleh dua profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire dari aspek facial recognition analysis dapati video tersebut 99.99 peratus tulen.

Ketika pendedahan demi pendedahan dibuat, rupa-rupanya, bukan saja Anwar terakam CCTV semasa ‘beraksi’ dengan China Doll itu, turut menarik perhatian rakyat Malaysia ketika itu adalah seutas jam tangan jenama Omega milik Anwar yang dikatakan tertinggal di apartmen selepas ' berentap" dengan China Doll itu.

Jam tersebut jadi bualan ramai dan dikatakan antara perkataan paling popular yang digunakan ketika berkempen dalam pilihanraya negeri Sarawak yang kebetulan diadakan tidak lama selepas pendedahan video tersebut.

Sampai ada ketikanya populariti Jam Omega lebih tinggi dari video seks itu sendiri.

Siri pendedahan skandal video seks tersebut dikatakan memaksa Anwar masuk jauh ke pendalaman Sarawak, yang kononnya untuk berkempen, tetapi menurut seorang bekas leftenannya, “Anwar malu untuk bertentang mata dengan keluarga dan penyokong setianya berikutan pendedahan video tersebut,”

Apa yang pelik adalah tidak seperti sebelum ini, pembangkang tidak pula mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut bagi membersihkan imej bos mereka.

Idea Suruhanjaya Diraja yang dicadangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Yang ada setakat ini cuma penafian demi penafian yang kosong saja. Anwar gagal membuktikan di mana beliau berada ketika video tersebut dirakam pada malam 21 Febuari 2011.

Beliau mula-mula mengatakan di rumah bersama keluarga, kononnya twitter jadi ‘alibi’ namun kemudian dibuktikan sebaliknya.

Imej beliau bersama Datuk Shazryl Eskay bin Abdullah, individu yang bertanggungjawab mendedahkan video tersebut terakam CCTV semasa memasuki lif ke sebuah pangsapuri di mana kejadian tersebut dikatakan berlaku tidak terjawab sehingga kini.

Ada pemerhati berpendapat kes ini jauh lebih kuat dari kes liwat Saiful.Video aksi ada...CCTV naik turun lif di lokasi ada,jam Omega ada...dan macam-macam bukti lain termasuk Eskay.

Eskay, bersama Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim yang mengelarkan diri mereka ‘Datuk T’ aka Datuk Trio bahkan melakukan sumpah laknat di masjid Amru Al As Sentul bagi mempertahankan dakwaan mereka bahawa individu dalam video tersebut adalah Anwar.

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga sahabat itu kemudian sanggup di dakwa di mahkamah kerana menayangkan video lucah kepada umum.

Mereka mengaku bersalah dan didenda.

Pelik bin ajaib, Anwar hingga hari ini tidak berani saman Eskay.

Kalau fitnah bukankah jawabnya mesti saman.

Namun Anwar terus boleh buat muka toya setelah mendapat pembelaan politik termasuk dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dalam Muktamar PAS mengatakan, parti tersebut menolak pembuktikan video kerana ‘video besi’.

Apakah kes video seks ini sudah berakhir? Haji Hadi tidak perlu gusar...tidak ramai yang boleh telan kenyataan mengarut cuba memperbodohkan minda yang rasional kata video itu besi.

Lagipun ramai yang masih ingat, Anwar pernah dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung dakwaan bagi keterangan palsu berkenaan video seks ini.

Kes tersebut masih belum didakwa di mahkamah dan ramai yang tertunggu-tunggu adakah pendakwaan atau Anwar akan terlepas begitu saja.

Atas apa alasan sekalipun seluruh rakyat Malaysia tetap menanti apa 'jawapan rasmi' keatas dakwaan skandal ini menerusi satu siasatan terbuka.Ia tidak boleh setakat penafian kosong atau main 'buat bodoh' saja.

Selain video seks China Doll, ikut ceritanya ada lagi video seks didakwa babitkan Anwar. Kali ini di Bangkok pula, yang dirakam lebih awal lagi, iaitu Januari 2011.

Beberapa sedutan klip video tersebut sudah beredar di internet. Namun sehingga kini, tayangan penuh video itu masih dinanti-nantikan.

Ada yang bisik-bisik kepada Agendadaily, video kedua itu “lebih panasssss...” 20/3/2012

Kronologi kejadian berdasarkan fakta kes pendakwaan ‘Datuk Trio’.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Datuk Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Datuk Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Datuk Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Datuk Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Datuk Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Datuk Shazryl dan Datuk Shuib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Datuk Shazryl dan Datuk Shuib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Datuk Shazryl dan Datuk Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Datuk Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Datuk Shazryl telah meminta Datuk Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Datuk Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Datuk Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Datuk Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Datuk Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Datuk Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut video Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Datuk Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Datuk Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Datuk Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Datuk Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Datuk Seri Anwar bersama Datuk Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Datuk Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Datuk Seri Anwar

1 ulasan:

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH