Membaca cabaran debat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk
Seri Najib Tun Razak membuatkan saya jadi geram dan sekaligus kelakar.
Geram dengan kerenah Anwar yang tidak habis-habis nak tunjuk kepada
orang satu-satunya kemahiran beliau iaitu bercakap.
Dan kelakar apabila mengenangkan sampai ke tahap meroyan rupanya
Anwar nak berdebat dengan Najib, tidak sudah-sudah dan asyik ulang
perkara itu saja.
Saya ada dua teori, kenapa Anwar meroyan hendak berdebat dengan Najib.
Pertama sebab dia hendak keluar TV dan tunjuk kepada orang ramai kepetahannya berbicara.
Kedua sebab Anwar hendak jadikan penampilan dia dengan PM sepentas
itu sebagai 'pembersih diri' dari segala tuduhan selama ini, dalam kata
lain, recognition.
Saya cuma nak bagitahu Datuk Najib, kalau Anwar nak sangat keluar TV
dan tunjuk kepetahannya, saya cadangkan tawaran dibuat oleh mana-mana
stesen television tempatan untuk menyiarkan upacara sumpah laknat
mengikut lunas-lunas Islam oleh Anwar bahawa bukan beliau di dalam video
seks yang dihebohkan itu.
Saya hendak cadangkan bagi dia masa sejam untuk berceramah apa saja selepas bersumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam itu.
Kalau Anwar tidak mahu sumpah itu dulu maka Datuk Najib pun jangan
layan desakan Anwar dan kuncu-kuncunya berdebat, buat kering, macam mana
Anwar buat kering desakan bersumpah...
Sumpah laknat video seks itu penting, dan perlu disegerakan, sebab
satu dunia boleh akses video yang ada dalam internet tersebut, dan ramai
hendak tahu mamat yang tunggang langgang balun amoi itu Anwar atau
tidak.
Walaupun ada kajian pakar imej antarabangsa membuktikan 99.99 peratus
gambar tersebut adalah beliau, namun Anwar buat muka tebal tak mengaku
sampai sekarang.
Anwar kaki ceramah, siang malam ceramah, sampai hari ini tidak berani
bersumpah bukan dia dalam video tersebut. Bersumpah ini adalah perkara
paling senang jika kita tidak bersalah.
Bersumpah kalau kita dipihak yang benar jauh lebih mudah dari hendak
berdebat. Sebab itu saya fikir Anwar patut bersumpah menggunakan nama
Allah dan mengikut lunas-lunas Islam bahawa bukan beliau dalam video
seks tersebut sebelum layak hendak cabar PM berdebat.
Bukan apa, takut nanti malu PM, dikatakan sebagai satu-satunya PM di dunia yang berdebat dengan 'aktor' video lucah.
Dan video lucah bukan satu-satunya beban moral Anwar, selain itu ada
dua tuduhan liwat di mahkamah dalam tempoh 10 tahun, menang kalah soal
lain, sebab kalau ikut rekod mana-mana pemimpin dalam dan luar negara
pun, yang ada kes skandal seks, letak jawatan dulu, sebab ia bukan kes
main-main apatah lagi bila kita adalah pemimpin.
Tapi Anwar istimewa sikit, dia tetap jadi ketua pembangkang walaupun
ada video seks, ini kerana pembangkang tiada tokoh lain yang pandai
bercakap macam Anwar.
Keupayaan utama Anwar adalah bercakap untuk menyakinkan
penyokong-penyokongnya memang diakui lawan dan kawan. Ambil saja contoh
macam mana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak kata bukti
video tidak boleh jadi saksi kes zina sebab 'video besi'.
Punya taksub kepada Anwar sampaikan tidak terima pembuktian video
sebab Anwar ada video seks. Habis kalau kes lain macam mana? boleh pakai
video ke?
Anwar dilaporkan media minta Najib anggap debat dengan dia sebagai hadiah kepada rakyat. Hello, hadiah apa kalau bercakap saja.
Bila saya renungkan, saya rasa ini ada kaitan dengan teori saya yang
kedua, iaitu Anwar hendak gunakan pentas debat itu untuk membersihkan
dirinya dari segala tuduhan baik video seks, liwat, pengkhianat dan
segala macam lagi.
Kesudian PM terima cabaran berdebat adalah bermakna PM recognise Anwar, itulah yang dia hendak, recognition.
Sebab kalau setakat hendak berdebat sejam setengah tidak akan ada
masalah selesai. Berdebat ini lawan bercakap, apa masalah selesai
apabila kita lawan bercakap?
Ingat lagi debat Khairy Jamaluddin dengan Datuk S Ambiga baru-baru
ini, apa jadi bila Khairy berjaya jawab dan patahkan segala hujah
Ambiga?
Apakah pembangkang mengakui hujah-hujah Khairy mengenai SPR dan
kembali berunding dengan rasional dengan suruhanjaya tersebut? Tidak ada
apapun yang berlaku kan...
Begitu juga debat PTPTN Khairy dengan pemimpin PKR Rafizi Ramli, apa
jadi lepas debat itu, PTPTN diturunkan, PTPTN dihapuskan? tidak ada
apapun, banyak lagi perkara berfaedah boleh buat dari berdebat tanpa
menyelesaikan sebarang masalah.
Akhirnya, saya cadangkan, dengan Anwar ini, tok sah bagi muka, orang
macam ini jangan dilayan macam kita layan kawan-kawan lain. Orang macam
Anwar inilah yang peribahasa Melayu dulu-dulu gambarkan sebagai 'bagi
betis, hendak paha
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA