Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang
lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa
pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang
berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada
pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua
Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari
bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala
pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk
rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Ingatkan kebal sangat agaknya. Nak mampus.
BalasPadamapa ke gila...
BalasPadam