Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak
pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang
tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan
agama.
Beliau berkata, tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan
kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu
dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".
"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas,
tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak
tepati pun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan
pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan
sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di
sini, Jumaat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula
bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara"
yang tidakdijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk
rakyat, turut diberikan.
Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran
Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya seseorang itu sudah
meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.
Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai
merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang juga kini meracuni
pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.
"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan
bantuan untukrakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga
bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau
jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke
tangga rumah," katanya.
Najib berkata, apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah
sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.
"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan
mampumelaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan
dengan satu igauan buruk," katanya.
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan danperpaduan yang dikecapi.
"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat
itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah
terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya
ketidakstabilan politik