Kenapa dengan tiba tiba TGNA mengubah pendirian sedangkan sebelum ini TG tidak mempertikaikan penggunaan kalimah ALLAH oleh ugama lain.Ini sudah tentu kerana TG merasakan orang Melayu Islam telah menentang dengan sekeras kerasnya penggunaan Kalimah ALLAH oleh ugama lain.Jadi TG merasakan akan kehilangan sokongan dari orang Islam dan Orang Melayu dan kerana itulah TG merubah pendirian asal TG yang sebelum ini menyokong tiada masaalah kaum lain ingin menggunakan Kalimah ALLAH.
Apakah ini pendirian politik TG hanya kerana takut hilang pengaruh dari orang Islam .Nampak sangat yang TG tidak berpendirian tegas dalam soal ini sedangkan umat Islam dinegara ini resah yang mana ini akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam negara ini.
Sebenarnya tuntutan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah mendapat sokongan dari pemimpin politik melayu beragama Islam yang hanya mementingkan kuasa dengan menggadai maruah agama Islam itu sendiri.Inilah hala tuju perjuangan segelintir perjuangan politik pemimpin yang gilakan kuasa.sanggup menggadai agama sendiri hanya kerana ingin mendapatkan sokongan.
Lihat sahaja pada pemimpin Pas yang lain terutama Dr. Dzulkifley Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Pas Shah Alam pula, berada setapak di hadapan apabila menjadi ahli Parlimen Malaysia beragama Islam pertama yang mengunjungi gereja Roman Katolik St. Paul The Hermit di Ijok dan Roman Catholic Church of Divine Mercy di Shah Alam sebagai tanda sokongan mereka.
Apakah pemimpin Pas ini sedar jarum halus yang dimainkan oleh mereka(Puak yang mahu kalimah ALLAH) ini akan merosakan aqidah anak anak islam yang dengkel dengan pegangan agama Islam.Inilah tujuan mereka untuk menggunakan kalimah ALLAH ini.Adakah kelompok pemimpin Islam(Pemimpin Pas dan Aljuburi) yang menyokong tuntutan ini telah menganalisis sepenuhnya corak aplikasi kalimah Allah oleh kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang bergerak di kawasan berpenduduk majoriti Islam terutama terhadap anak anak kita yang lemah pegangan agama.Fikir fikirkan lah......
Jangan kerana inginkan sokongan untuk berkuasa kita sanggup gadaikan maruah agama sendiri...Pemimpin apakah mereka ini????
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Semuga Allah swt memberi pendoman kepada TGNA ke jalan yang benar. Semuga niat TGNA lebih membangun bersama Islam bukan inginkan kuasa politik dan ingin jadi MB sampai bila-bila. Cukup lah bagi orang lain peluang nak rasa MB.
BalasPadam