tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 6 Januari 2010

NIK AZIZ KECEWAKAN RAKYAT DAN SULTAN KELANTAN

Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra walaupun dititahkan dua kali seperti yang dinyatakan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra amat dikesali dan mengecewakan rakyat negeri ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sewajarnya mentaati perintah tersebut dan perlu sentiasa berada di sisi sultan yang sedang dirawat.

"Saya sebagai rakyat negeri ini berasa amat kesal kerana Menteri Besar tidak menghadap Sultan Kelantan walaupun dititahkan berbuat demikian seperti dilaporkan media.

"Seorang Menteri Besar patut sentiasa menghadap tuanku dan mendoakan panjang umur tuanku disebabkan beliau adalah ketua kerajaan

"Bagi saya jika beliau hanya menghantar wakil untuk menghadap tuanku adalah tidak manis disebabkan sultan adalah payung negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail yang mendakwa Nik Abdul Aziz tidak menghadap baginda walaupun dititahkan berbuat demikian sebanyak dua kali melalui panggilan telefon pada penghujung Disember lalu.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, panel perubatan yang dilantik kerajaan negeri mengesahkan tahap kesihatan Sultan Kelantan yang dirawat di Singapura kini stabil dan boleh dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Panel yang dianggotai enam pakar itu mengesyorkan agar Tuanku Ismail Petra dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu menjelaskan mengenai desas-desus bayaran rawatan baginda di Hospital Mount Elizabeth yang dikatakan tertunggak sehingga mencecah lebih RM1 juta.

"Kalau betul hendak bawa balik tuanku disebabkan kos rawatan, ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan dan memalukan sebab tidak kira berapa kos sekali pun kerajaan negeri perlu tanggung.

"Kos ini dikira murah kerana rawatan dibuat di Singapura, cuba bayangkan jika rawatan ini dilakukan di England atau Amerika Syarikat, kosnya pasti terlalu tinggi," katanya.

Katanya, jika itu yang menjadi isu, ia pasti ada kaitan dengan kedudukan kewangan negeri yang mungkin semakin tenat.

"Ini pasti ada kaitan dengan ekonomi negeri, kerajaan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana tidak dapat mengutip cukai disebabkan kekurangan pelaburan.

"Kerajaan negeri mesti jelaskan secepat mungkin bagi mengelak persepsi buruk seperti ini terus berlegar di kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, beliau juga mempersoalkan percanggahan pendapat dua pemimpin Pas berhubung isu kalimah Allah.

Katanya, percanggahan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Haron Din merupakan kecelaruan besar parti itu dalam usaha menjaga kepentingan politiknya.

"Abdul Hadi kata Allah boleh digunakan oleh para penganut agama samawi, sementara Haron Din secara terang mengatakan umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari membawa kepada kekufuran.

"Jadi ini jelas bercelaru. Inilah kecelaruan sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam," ujarnya.

9 ulasan:

  1. Tak pelik ker kenapa Tengku Temenggong yang kuar kenyataan / duk bising tetapi tidak Pemangku Raja @ Tengku Mahkota Kelantan ?

    Jika saudara tatau apa yg berlaku dalam Istana Kelantan, tak payah komen lah pasal tu.

    Jauh sekali nak libatkan Nik Aziz pula ..

    BalasPadam
  2. Tuan dijemput menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com, dengan kadar segera untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan diberitahu melalui email. terima kasih

    BalasPadam
  3. Salam ziarah,

    Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

    BalasPadam
  4. NIK AZIZ BUKANNYA KECEWAKAN RAKYAT KELANTAN... ORANG UMNO MACAM AWAK YANG KECEWA DENGAN NIK AZIZ... PADAN MUKA AWAK ... DUDUK LAH DALAM UMNO TU SAMPAI MAMPUS..

    BalasPadam
  5. pas memang parti yang memperjuangkan islam, umno perjuangkan apa? perjuangkan isa,? tengoklah pemimpin pas, isteri mereka semua menutup aurat dengan sempurna, pemimpin umno pula, tengok bini najib sudah lah.. macam tu nak perjuangkan islam?

    BalasPadam
  6. TAHNIAH NIK AZIZ, AWAK MENTADBIR KELANTAN DENGAN BAIK, LEBIH DARI UMNO/BN, AKU RAKYAT KELANTAN DI PERANTAUAN, TAK BERPARTI DAN BERKECUALI... TETAP SOKONG PAS SELAGI NIK AZIZ JADI MB KELANTAN.

    BalasPadam
  7. UMNO lagi keliru.... pemimpin-pemipin kaki arak.

    BalasPadam
  8. WOI BLOGGER MANGKUK... AKU KOMEN KENAPA TAK KELUAR

    BalasPadam
  9. pakai serban pakai tudung tak semestinya org baik...bahkan kadangkala ia sebagai topeng utk menyorokkan kelemahan diri sendiri...
    tu yg dibangga2kan oleh pas..
    bekerjalah utk rakyat...bukan bekerja utk diri sendiri dan org sendiri...poooorahhh

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH