Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.
Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.
"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.
Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu
Eloklah bila mereka dah insaf...
BalasPadamUMNO dan PAS perlu bersatu. Percayalah, orang islam akan menjadi kuat dan mampu menggoncang dunia sekiranya UMNO dan PAS bersatu. Ini adalah hakikat..Cuma ramai yg masih tidak tahu. Kebangkitan kekuatan Islam akan muncul semula dari kawasan asia tenggara.
Inilah yg paling ditakuti oleh yahudi...sebab itu, mereka menghantar agen agen untuk memastikan UMNo dan PAS tidak akan bersatu dan mereka mahu UMNO dan PAS bercakaran sesama mereka dan seterusnya melemahkan orang Islam.
Siapa agen ini?? Saya rasa semua orang dah tahu. Tengoklah sendiri macam mana liat dan kerasnya Nik Aziz dulu, tapi sekarang dah jadi selembik-lembiknya. Ini akibat dari penangan oleh agen yahudi dalam PKR dan DAP.
Sekarang Nik Aziz jadi tukang basuh taik yg ditaburkan oleh DAP. Apa yg DAP buat biarpun salah dari segi islam, akan dipertahankan oleh Nik Aziz. Hairan!!! macam tu sekali Nik Aziz sekarang ni. Perpaduan sesama islam pun ditolak..
Teringat aku Ustaz yg mengajar aku dulu. Dia mengatakan, taufik dan hidayat adalah ditangan allah. kalau allah tarik hidayat dari seseorang, maka sesatlah dia dan hati mereka akan menjadi keras kepada kebaikan (tak kira orang biasa atau ulamak)..Semoga allah sentiasa mengekalkan hidayat kepada aku dan semua orang islam...amin
kah kah kah!
BalasPadamtak habis habis lagi kah orangh PAS, asyik masuk UMNO. Patutnya PAS dah mampus lama dah, ahlinya masuk UMNO. Tapi yang peleknya UMNO yang nak mampus, tinggal nyawa-nyawa ikan.
Guna tektik baru, kalau nak kembalikan sokongan kepada UMNO. Tektik ni untuk orang asli, baru menjadi!.