tengok bola disini

Rakan seperjuangan
SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA
INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

Isnin, 31 Januari 2011
PAS HANYA ADA SATU JALAN KALAU NAK MENANG PILIHANRAYA
Jadi untuk menyelamatkan perjuangan Pas di masa akan datang ,Pas hanya perlu satu jalan dengan menyingkirkan Nik Aziz kerana semakin lama Pas menyimpan Nik Aziz selama itulah rakyat menolak Pas.
Apa sudah jadi dengan di Tenang.Bilamana Pas bukan semakin mendapat sokongan tapi semakin hilang sokongan dari penyokong sendiri,Selagi Nik Aziz ada selagi itu lah Pas akan di tolak.
Sabtu, 29 Januari 2011
SUAMI MALA PENGECUT
Kenapa nak lari dan seharusnya mala perlu jelaskan perkara ini dalam setiap kempen Pas.Normala menjelaskan yang suaminya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja.Kalau apa yang di nyatakan Normala itu betul,kenapa suaminya mengambil cuti yang lama dan membantu beliau untuk berkempen sedangkan Normala harus tahu yang mendidik anak bangsa adalah sesuatu yang perlu diberikan keutamaan.Mana yang penting?kehulu hilir atau mendidik anak bangsa.Belum lagi jadi pemimpin rakyat Normala dan suami sudah menipu rakyat di Tenang.Inikah Orang yang nak kita angkay sebagai pemimpin???
Alasan Normala,bahawa punca suaminya mengambil cuti sakit kerana mengalami kemurungan selepas ditukarkan ke Johor Bahru adalah tidak benar dan boleh dipertikaikan.Ini kerana Suami Mala telah pun mengambil cuti sejak 6 Januari lagi iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 22 Januari lalu.Alasan ini tidak boleh diterima sama sekali. Cuti nya sememangnya sudah dirancang sebelum hari penamaan calon lagi kerana dia mula bercuti sakit pada 6 dan 7 Januari lalu sebelum menyambung cuti di klinik lain pada 10-23 dan 24-28 Januari. Jika Normala kata suaminya bercuti kerana penyakit murung, kenapa pula selepas hari penamaan calon dan bukan sebelum itu.
Jika Suami Mala benar-benar sakit, Normala perlu menemani dan menjaga suaminya daripada terus menjadi calon pada PRK DUN Tenang kerana sebagai isteri, beliau perlu mengutamakan suaminya melebihi kepentingan rakyat seperti yang disuruh dalam Islam.Jika tidak, Normala boleh dikira derhaka dan ini adalah satu lagi perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Pada seluruh rakyat Tenang,besok adalah hari yang sangat sesuai untuk kita tolak sebarang muslihat calon Pas dari menjadi pemimpin kita.Tiada gunanya kita angat seorang pemimpin yang belum lagi menjadi pemimpin sudah menipu rakyat di Tenang.Kita pikir pikir kan lah apa akan jadi pada kita semua sekiranya seorang kaki belit menjadi pemimpin kita???
Jumaat, 28 Januari 2011
PAS TERSUNGKUR GARA GARA SUAMI MALA
Oleh kerana itu adalah amat wajar sekali Kementerian Pelajaran menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.
Jika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.Sebelum ini, jabatan pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Jadi amat wajar sekali agar calon Pas di Tenang di tolak agar jangan rakyat di Tenang nanti menyesal tak sudah memilih pemimpin yang terang terang menipu.
Rabu, 12 Januari 2011
Isnin, 10 Januari 2011
BAKAR INTERLOK IBARAT HINA AGONG
Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan mencetuskan ketegangan kaum.

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.
NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi.
MANA PAKATAN NAK KOREK DUIT UNTUK LAKSANAKAN PELAN 100 HARI???
Jual janji memang senang, apa lagi bila yang ditabur itu hasil usaha pihak lain, perjuangan puluhan tahun kerajaan Barisan Nasional yang kini hendak diagih-agihkan tanpa ambil kira kesannya pada generasi akan datang.
Seronoknya janji baru ditabur ketika banyak lagi janji dalam manifesto mereka menjelang pilihanraya umum Mac 2008 belum tertunai sampai hari ini.
Mungkin mereka rasa orangramai kini senang kena temberang.
Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sifatkan pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.
Ini kerana selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.
"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya Isnin.
Bulan lalu, semasa konvensyennya di Kepala Batas,Pulau Pinang pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.
"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.
"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.
Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.
Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.
"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.
Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.
Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.
Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.
"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya
Jumaat, 7 Januari 2011
PENGAKUAN SAKSI KES ROGOL MENTERI:SIAPA YANG TABUR FITNAH????KETAHUILAH YANG FITNAH ITU BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH
RANCANGAN SIAPA KALAU BUKAN PAS YANG SENTIASA MENABUR FITNAH....KETAHUILAH YANG FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH...PIKIR PIKIR KAN LAH.....
Khamis, 6 Januari 2011
SULTAN MURKA KENYATAAN DI PUTAR BELIT
Selain itu Sultan Sharafuddin menitahkan agar pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak terus diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda pernah menyatakan kepada Exco Selangor pada Majlis Santapan Sembah kasih sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-65 pada 5 Disember lalu bahawa baginda tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.Hasrat beta adalah untuk melihat negeri Selangor yang beta kasihi ini sentiasa dalam aman dan rakyatnya tidak kira apa bangsa dan agama hidup dalam harmoni dan sentiasa tolong menolong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain," titah baginda.
Justeru beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan," titah baginda.Dalam pada itu baginda turut menitahkan supaya seluruh pegawai kerajaan Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar urusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar.Beta juga menitahkan supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah mengikut undang-undang dan peraturan semasa," titah baginda.
Dalam Pada itu Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sekali lagi menegaskan bahawa semua kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak istana berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mendapat titah dan perkenan baginda.Beliau berkata, semua kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya telah disemak sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Semua kenyataan yang dikeluarkan adalah selepas menjunjung titah Sultan Selangor dan baginda sendiri menyemak setiap kenyataan yang dibuat.
Jadi kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa saya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada Baginda adalah tidak tepat," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.
Sementara itu, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) tidak mempunyai hak untuk membuat lantikan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Beliau berkata menerusi Fasal 1 dan 2 Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mestilah dilantik oleh sebuah suruhanjaya perkhidmatan yang relevan.Ini bermaksud dalam negeri Selangor, suruhanjaya yang berkaitan dalam pelantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan waran perjawatan.Memang Selangor ada SPN, tapi SPN bukanlah suruhanjaya perkhidmatan yang relevan yang dimaksudkan dalam Perkara 52 tersebut," katanya pada sidang media yang sama.
Selain itu katanya peruntukan undang-undang tidak menyatakan bahawa pelantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar sebelum sebarang lantikan dibuat.Maknanya bila pihak SPA melantik satu nama, maka pihak kerajaan negeri terpaksa akur kerana itu berdasarkan peruntukan undang-undang,
Rabu, 5 Januari 2011
MB SELANGOR SUDAH MELAMPAU....SULTAN TEGUR KHALID
Pelantikan SUK ikut prosedur
KENYATAAN akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2 (a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 D.Y.M.M Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M Raja Muda Selangor berada di luar negara.
Selain daripada itu, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada suatu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B Dato’ Menteri Besar.
Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55 (1) (1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati’’ adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA’’ oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang berlaku sebenarnya, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Mengenai cadangan Y.A.B Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BANI
Setiausaha Sulit Sultan Selangor
Selasa, 4 Januari 2011
PKR SELANGOR MAKIN BESAR KEPALA
Kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan kepada rakyat warna sebenar Pakatan Rakyat.
Jika selama ini terus menerus bersikap apa yang memihak kepada mereka saja yang betul, kini mereka sanggup pinda undang-undang tubuh kerajaan negeri asalkan matlamat tercapai.
Ramai kalanggan pemerhati politik menilai sesungguhnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggali lubang lebih besar dalam isu pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.
Penentangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang melantik Mohd Khusrin sekaligus menggambarkan pembangkang sudah ‘ besar kepala’ hingga memperlekeh SPA dan penjawat awam begitu sekali.
Sebenarnya tindak tanduk mereka terhadap pegawai kerajaan bukan benda baru.Sebelum ini beberapa orang Pegawai Daerah di Selangor turut diperlekeh kerajaan pimpinan Khalid.Hal ini berlaku semasa pegawai-pegawai terbabit diminta beri keterangan kepada Selcat berhubung isu peruntukkan ADUN Barisan Nasional (BN).
Pegawai Daerah Klang ketika itu, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat atau Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor melayanan mereka seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.
Tindakan itu katanya, tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.
Jelas ada dendam kesumat pemimpin pembangkang terhadap pegawai-pegawai awam terutama yang dianggap tidak memihak kepada mereka.
Mohd Khusrin adalah contoh terbaru mangsa pakatan rakyat yang jelas anti pegawai atau penjawat awam.
Pembangkang hanya manis dibibir kononnya mahukan pentadbiran yang telus sebaik mereka mengambil alih pentadbiran beberapa negeri daripada BN.
Sebaliknya, mereka hanya membesarkan dendam dan ego masing-masing.
Lihatnya, bagaimana Mohd Khusrin diperlakukan Khalid dengan tidak membenarkan temujanji untuk SUK baru itu berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.
Dalam sidang medianya petang Isnin, Mohd Khusrin berkata, majlis itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.
"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya di Shah Alam.
Mohd Khusrin hanya penjawat awam yang akur kepada perintah atasan apabila dilantik ke jawatan tersebut.
Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah Jais oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.
Katanya, sebagai penjawat awam, beliau tahu peraturan dan tahu apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya.
Tidak hairanlah apa yang berlaku padanya satu cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor.
Mohd Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan menteri besar dan exco-exco lain.
Sebaliknya, beliau telah menjadi mangsa serangan peribadi oleh pelbagai pihak sejak bermulanya isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor pada November 2009.
"Banyak isu negatif dilemparkan terhadap saya yang menggambarkan seolah-olah saya pegawai yang bermasalah, tidak patuh kepada arahan serta mempunyai agenda politik tertentu.
"Perlu ditegaskan bahawa apa yang saya buat sepanjang saya bertugas di Jais dan Mais adalah mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada,” ujarnya.
Bagusnya, Mohd Khusrin kekal dengan pendiriannya sebagai penjawat awam bahawa beliau masih SUK yang dilantik Ketua Setiausaha Negara selagi SPA tidak menarik balik lantikan tersebut.
Malah beliau akan mengangkat sumpah taat setia tugas di depan Sultan Selangor Khamis ini walaupun tidak dapat mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depan Menteri Besar.
Kini, kerajaan pakatan rakyat perlu menulis surat kepada SPA jika mahu Mohd Khusrin diketepikan dan digantikan calon yang mereka suka serta boleh mengikut tunjuk .
Namun, Khalid jelas melampaui kuasanya sebagai Menteri Besar dengan menghalang SUK baru itu menjalankan tugas serta mahu sidang tergempar DUN Selangor.
Sidang itu pula harus mendapat perkenaan Sultan Selangor terlebih dahulu dan perlu majoriti dua pertiga jika mahu meminda dan meluluskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor bagi memberikan semula kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar.
Dengan 35 kerusi DUN (PKR,DAP dan PAS), pakatan rakyat kekurangan satu kerusi bagi membolehkan mereka memperolehi dua pertiga kerana 20 kerusi lagi diwakili BN dan satu kerusi Bebas.
Lebih menarik, Penasihat undang-undang UMNO-BN Datuk Hafarizam Harun mendakwa Khalid telah melampaui batasan kuasanya ekoran tindakan beliau menghalang SUK yang baru daripada menjalankan tugas beliau.
Katanya, tindakan menghalang pelantikan Mohd Khusrin sebagai ketua pegawai kerajaan negeri akan mengganggu perjalanan perkhidmatan awam Selangor.
Beliau juga mendakwa langkah Menteri Besar itu mencetuskan satu situasi yang bahaya, yang boleh dicabar di mahkamah..
“Menteri Besar tidak boleh mengendalikan perkhidmatan awam negeri. Secara perundangan, Menteri Besar tidak boleh campur tangan dalam proses pentadbiran negeri harian.
“Menteri Besar tidak boleh memberi arahan kepada perkhidmatan awam kecuali beliau (Menteri Besar) bertindak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu,” kata beliau.
“Ini kerana ketua perkhidmatan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.
Kata Hafarizam, jika Khalid memberikan arahan secara langsung kepada jabatan-jabatan awam negeri dan agensinya, beliau akan bertindak melampaui kuasa yang ada pada beliau.
Sehubungan itu kata beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai “ulra vires” jika Khalid berbuat demikian.
“Bermakna ia boleh dicabar di mahkamah,” katanya.
Hafarizam berkata, perlembagaan negeri Selangor menunjukkan pelantikan Khusrin adalah sah dan Menteri Besar tiada asas untuk mencabar keputusan itu.
“Dari segi sejarah, Selangor merupakan negeri Melayu bersekutu. Perkhidmatan awamnya bukan (perkhidmatan) tertutup bermakna sesiapa sahaja dari persekutuan boleh dipinjamkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.
“Jadi, pelantikan perlu melalui SPA,,” kata beliau.
Jelaslah, pakatan rakyat Selangor mengali lubang besar dalam isu pelantikan Mohd Khusrin ini.
Cuma jangan mereka sahaja yang tertimbus kelak
LAGI KELUAR DARI PKR
Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, Jeffrey menegaskan, walaupun beliau berhasrat untuk mengumumkan pengunduran berkenaan pada Khamis ini namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan pelbagai khabar angin oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan dirinya.
“Pada mulanya saya hanya ingin membuat pengumuman pengunduran daripada PKR selepas semua orang seronok menyambut perayaan Tahun Baru. Bagaimanapun, tindakan penyebar khabar angin tersebut telah melangkaui batasan.
“Kumpulan tersebut langsung tidak memberi peluang kepada saya dan keluarga menikmati sepenuhnya sambutan Tahun Baru bersama rakan dengan sebaik-baiknya. Ia satu yang mengecewakan dan dilakukan tanpa adab,” katanya.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, bagaimanapun perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, sejak menceburi kerjaya politik, beliau telah menyertai banyak parti dan setiap masa, parti yang disertainya itu berhadapan masalah dan menyimpang daripada perancangan dirinya.
“Saya menyedari bahawa politik di Malaysia pada akhirnya, tidak akan memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo. Sebagai ahli politik, kamu harus memilih parti yang boleh mengembangkan agenda kamu yakini.
“Ia satu perkara yang sukar untuk saya memilih mana-mana parti kerana agenda Borneo seakan-akan tidak benar-benar menjadi keutamaan. Apa sahaja yang orang ramai akan perkatakan, saya amat yakin untuk meninggalkan PKR adalah perkara yang perlu saya lakukan,” katanya.
Tambahnya, beliau perlu fokus terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini iaitu menerusi Barisan Bersatu Borneo (UBF).
Pada 16 Disember lalu, Jeffrey mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali UBF yang merupakan satu platform untuk membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Jeffrey berkata, sebagai pemimpin kumpulan pendesak tersebut, beliau akan memastikan bahawa agenda Borneo dapat dilaksanakan dan menjadikan Sabah serta Sarawak sebagai setaraf dengan Kerajaan Pusat.
Katanya, biarpun beliau sudah tidak lagi aktif berpolitik suatu hari nanti, UBF akan kekal sebagai kumpulan pendesak daripada golongan bukan parti politik untuk membentuk model politik baru.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Timbalan Perdana Menteri

NEGARAWAN TERULUNG

CHATROLL KAMALFARSYA
Jumlah Paparan Halaman
BLOG SARAWAK
-
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex - * Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex * Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan dollar per hari) terdiri d...2 tahun yang lalu
-
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram - MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari gerga...6 tahun yang lalu
-
Dulu Sama Menyokong. Sekarang ? - Dulu ramai dari kalangan blogger proKerajaan yang menyokong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan berikutan ada ura-ura kerajaan pada masa ...9 tahun yang lalu
-
About Discount Keyless Replacement ID 13 Transponder Key Compatible with GM Vehicles B97-PT - Price Versus Quality: Looking beyond the price of Discount Keyless Replacement ID 13 Transponder Key Compatible with GM Vehicles B97-PT Before we talk abou...9 tahun yang lalu
-
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR. - FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pa...10 tahun yang lalu
-
-
Latest Trends in Fashion and Jewelry - The fashion industry is filled up with glitter and glamor. And one has to be fully updated to sync with this glamorous industry. You should be aware of a...11 tahun yang lalu
-
Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor - Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma. Panel tiga hakim diketuai Datuk ...11 tahun yang lalu
-
PRK K BESUT: [vIDEO] Manifesto CALON PAS CHE LONG - Pasti tergelak apabila menonton manifesto PAS di PRK Kuala Besut ini. Jangan salahkan calon kerana PAS Terengganu memilih calon SPM Gred 3 untuk mewakili...11 tahun yang lalu
-
300 ORANG DIGUNAKAN OLEH NGO UNTUK BERDEMO HALANG EMPANGAN!!! - [image: lead1] KUCHING: Kira-kira 300 orang yang menentang pembinaan empangan di Sarawak mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Pusat Konvensyen Bor...11 tahun yang lalu
-
Alert...Anwar seru rakyat untuk buat demo - Email ni aku dapat tadi,sila baca dan buktikan kesahihan nya PRESS STATEMENT FOR RELEASE6 MAY 2013The recently concluded 13th General Election was marred w...11 tahun yang lalu
-
Conflicting Message! - Taib's Statement in Sarawak Tribune on 10 March 2012 "* CM: New Party is bad idea". * and Borneo Post *" The more the merrier", seem to be contradict to e...12 tahun yang lalu
-
Decision to kick out Sng a right one, says PRS chief - Meeting time: Masing (right) and Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg arriving at the State Legislative Assembly build...13 tahun yang lalu
-
-
Zulhaidah Suboh Makin Terdesak - Kesian Zulhaidah Suboh! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Tinggalkan Bekenu kerana Lambir tapi tak tercapai hasrat nak jadi Yang Berhorm...13 tahun yang lalu
-
-
Alasan "pengundi hantu" dah tak laku lagi, pembangkang carilah alasan lain..!!! - Pihak pembangkang sering menyalak mengenai "pengundi hantu" atau "phantom voters" pada setiap pilihanraya, kecuali jika mereka menang di DUN atau Parlime...13 tahun yang lalu
-
Sah!! Anwar dimalukan oleh Tuai Rumah di Kapit - * Pada malam 14/4/2011 Tr Edison Bugap sedang berucap dan membuat pengakuan yang beliau menyolal Anwar Ibrahim pasal kes Liwat dan kes Jam Omega* Pada ...13 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
BLOG PEMBANGKANG
-
Wanita maut ditikam suami di leher - Sinar HarianSeorang wanita maut ditikam suaminya di bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Perpaduan Datu Ugi, pagi Selas...9 jam yang lalu
-
Video: Carson City sheriff's detectives seek identity of larceny suspect - The Carson City Sheriff’s Office Investigations Division seeks information to identify a suspect in a larceny investigation. On March 1, 2025, an unknow...10 jam yang lalu
-
Menteri Besar Pahang: Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan - *PEKAN:* Abang Belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, boleh mencuba nasib utuk berniaga di Pahang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan...20 jam yang lalu
-
LAWATAN PRESIDEN CINA KOMINIS... - *SELAMAT DATANG PRESIDEN CINA XI JINPING* *TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI CHAN* *FOONG HIN TIDAK PERLU KAITKAN LAWATAN PRESIDEN CINA DENGAN ...5 hari yang lalu
-
Lawak bodoh Hamzah Zainuddin - *ULASAN LEWAT * TIBA TIBA sahaja timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainuddin buat lawak bodoh dalam *podcast* Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin...Seminggu yang lalu
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...5 bulan yang lalu
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...Setahun yang lalu
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...5 tahun yang lalu
-
LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...5 tahun yang lalu
-
Bapak ayam - Merekalah bapak ayam Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun Meraba ganas liang, lubang, l...5 tahun yang lalu
-
Desain Terbaru Meja Tamu Minimalis Exotic Lagoon Berkualitas - This Wallpaper was ranked 8 by Bing.com for KEYWORD Meja Tamu, You will find this result at Bing.com.Wallpaper Deep Information FOR Desain Terbaru Meja Tam...5 tahun yang lalu
-
-
UMNO-PAS BERSAMA MENUJU KE ZAMAN UZUR. - *OLEH : JAMALUDIN MD.ISA* *Penulis Bebas* *jamalmd09@yahoo.com* *MENJADI sunatullah setiap yang hidup itu akan mati. Bagitu juga sesatu ...6 tahun yang lalu
-
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI - EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat ...6 tahun yang lalu
-
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis - SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu. Perkara i...6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
-
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI? - Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun. PAU ini juga diguna ...8 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 tahun yang lalu
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...9 tahun yang lalu
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP - Yang kuat lawan DAP lorni kan Pas... Bagi kat PAS sikit buat modal lawan DAP.9 tahun yang lalu
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...9 tahun yang lalu
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim - PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden untuk ses...10 tahun yang lalu
-
Kenapa Hj Hadi Harus Berundur? - Tentu ramai ahli PAS tak bersetuju dgn penulis bila tajuknya "BERUNDUR" namun itulah yang tepat bagi merungkai kemelut yang berlaku dalam PAS. Bukan seka...10 tahun yang lalu
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung - Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan P...10 tahun yang lalu
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap - *Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa, PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!* *JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...11 tahun yang lalu
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 tahun yang lalu
-
Entri Kosong Selepas Setahun... - Salam buat semua, Seingat aku dah lebih setahun aku menyepi daripada arena blog ni..Tetiba rasa rindu pulak kat blog ni.. Sebab tu tangan duk gatai gak m...12 tahun yang lalu
-
-
-
-
Pasca Bersih : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis - KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS...13 tahun yang lalu
-
Headerp solutions pvt ltd history - Headerp solutions pvt ltd started ten years before and they started this company has a small company and now has been developed into a great outsourcing c...14 tahun yang lalu
-
SOKONG CHEGUBARD TOLAK SEMUA JAWATAN LANTIKAN..TAPI APA MAKSUD SUA 'BERTINDAK BUKAN-BUKAN'? - Kenyataan Media13 Disember 2010RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDERMerujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN...14 tahun yang lalu
-
SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA - Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar dan usah...14 tahun yang lalu
-
POLITIK : JUMAAT 28 OGOS 2009 - ‘Wajarkah saya dipecat’ DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih terukjika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semu...15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Catatan Popular
-
Bukan Sahaja Pemimpin Baik Dari Kerajaan Mahupun Dari Pembangkang Malah Rakyat Biasa Yang Tidak faham Undang2 Pun Jadi Terkejut Beruk De...
-
Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya. Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat he...
-
Anwar menolak cabaran Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya bersama-sama menjalani ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohon...
-
http://www.azmykelanajaya.com/2016/06/bn-menang-di-sg-besar-dan-kuala-kangsar.html?m=0
-
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timba...
-
Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno...

SABDA HADIS
Huraian
1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
