Boleh dikatakan kesemua pemimpin tertinggi di kalangan parti Pakatan Rakyat sudah tidak lagi mempercayai Anwar dan mereka kesemuanya sudah menjangkakan yang Anwar akan sangkut dalam perbicaraan kes liwatnya nanti.Kerana itulah di kalangan pemimpin Pakatan sendiri sudah mula mengatur stategi untuk menghadapi kemungkinan ini dan ini tidak terkecuali pada Nik Aziz.Kerana itulah Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA