Memang dah melampau cara Nik Aziz dalam hal perhimpunan haram yang baru lalu.
TIDAK keterlaluan jika dikatakan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan Pas berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 sungguh memalukan kerana tahap keilmuan mereka bukan digunakan membawa kesejahteraan umat tetapi hanya satu tujuan iaitu politik.
Lihat sahaja kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mereka secara terang-terangan mengaitkan perhimpunan haram Bersih itu sebagai satu tuntutan Islam atas nama ibadah dan perjuangan.
Malah dalam satu kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau yang dianggap ulama paling hebat dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum zalim terhadap mereka yang menghalang perhimpunan itu dan perlu bersedia menerima pembalasan ketika berhadapan dengan Allah kelak.
Bukan itu sahaja Nik Abdul Aziz menganggap para peserta perhimpunan haram itu ‘berjemaah dalam melakukan ibadat’ walaupun beliau sememangnya sedar bahawa himpunan seperti itu akan membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.
Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Harun juga tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan mereka sebagai wira negara.
Begitulah pengiktirafan diberikan oleh ulama-ulama Pas dan pemimpinnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu.
Persoalannya paling besar, adakah Islam membenarkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan?
Adakah Rasulullah (SAW) memerintahkan umatnya melakukan perbuatan yang boleh memberi kemudaratan kepada agama?
Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam isu ini mustahil Nik Abdul Aziz atau Harun Taib tidak tahu hukum menjaga keamanan negara dalam Islam.
Adakah mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah agar Islam dilihat membenarkan perhimpunan haram itu diadakan?
Niat mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui dan jika itulah nawaitu mereka, terimalah balasan setimpal daripada Allah SWT.
Yang pasti, mereka tidak boleh berbohong dengan Allah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat.
Satu lagi persoalan adakah Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang zalim hingga menyebabkan rakyatnya tertindas dan hidup menderita?
Bagi mereka yang rasional dan berfikiran waras jawapannya sungguh mudah, sudah tentu tidak.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 112 : Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya menggunakan agama hanya berlandaskan nafsu dan bukannya berasaskan hati yang tulus walaupun golongan itu terdiri daripada mereka digelar ulama.
Mereka hanya mahu satu iaitu kuasa. Kuasa untuk memerintah Malaysia. Kuasa untuk menawan Putrajaya.
Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sebelum ini terang-terangan menentang Islam demi mengejar kuasa tidak kira parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mereka sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pendokong gerakan pluralisme di negara ini iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Siapa tidak kenal Karpal Singh, siapa tidak kenal Datuk S. Ambiga serta beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal Islam di dalam gabungan Bersih.
Bukankah golongan ini kuat menentang Islam dan menyokong murtad? Bukankah murtad merupakan satu kesalahan paling besar di dalam Islam?
Begitu juga kecaman melampau mereka terhadap polis sehingga pasukan itu dilihat sebagai musuh yang perlu dihapuskan.
Tidak terfikirkah ulama-ulama Pas ini, kira-kira 90 peratus pegawai dan anggota polis adalah di kalangan orang Islam.
Mereka bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan ibadat haji dan mereka menjalankan segala perintah yang diturunkan oleh Allah.
Sehubungan itu adakah wajar orang Islam menentang orang Islam lain hanya disebabkan terlalu setia dengan rakan mereka yang kafir dan seandainya berlaku kematian wajarkah si mati dikategorikan meninggal dalam keadaan baik?
Polis hanya menjalankan tugas bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara sekali gus menjamin kehidupan rakyat daripada diganggu oleh anasir-anasir jahat.
Mungkin ramai yang tidak tahu termasuk ulama-ulama Pas ini, sejak diumumkan perhimpunan haram itu oleh Ambiga, semua anggota polis di Kuala Lumpur dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing tanpa kira hari dan waktu.
Malah ada satu kisah seorang pegawai polis dan keraninya terpaksa membawa seorang anak anggota mereka yang sedang bertugas ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.
Ini hanya satu contoh bagaimana para anggota polis terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga walaupun anak mereka sakit disebabkan keangkuhan Bersih untuk meneruskan perhimpunan.
Itu belum dikira nasib para usahawan, peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang mengalami kerugian sehingga dianggarkan mencecah RM100 juta pada hari perhimpunan diadakan.
Bukan itu sahaja mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan turut terkena kesannya apabila ramai tetamu tidak dapat hadir.
Sebenarnya, perbuatan mereka yang menganjurkan perhimpunan itu lebih zalim lagi.
Selain menimbulkan huru hara dan kekacauan sikap buruk mereka telah menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.
Mengulas isu tersebut Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ali Sarbini menegaskan Islam menegah sekeras-kerasnya umatnya menyertai sebarang aktiviti yang boleh mengundang kemudaratan.
“Kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang ini iaitu nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah yang tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu wajib ke atas kita menjaga keamanan walau siapa pun kita,” katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berkata, setiap perbuatan yang dikira sebagai ibadah hanya bergantung kepada niat yang ikhlas tanpa menyusahkan orang lain.
“Saya harap Pas mengeluarkan pandangan dari hati berlandaskan ilmu agama dan meletakkan kebenaran di atas kepentingan politik.
“Saya amat kecewa kerana saya fikir biarlah pandangan kita tidak terbawa-bawa dengan agenda politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat,” katanya.
Salam saudara2 ku (Saya Cina Muslim),
BalasPadamSaya bukan ahli politik maupun suka politik.
Tapi tak tahan tengok politik campur-adukkan Islam yg suci & dikhianati si bangsat Anwar Ibrahim/DAPig.
Sorry to say, kita kena faham Sejarah, tanpa Umno jaga hak2 Melayu, habis lah hak2 Melayu/Bumiputra semua dirampas komunis-DAPig.
Belajarlah SYUKUR, kita boleh gerak sini-sina, kereta mewah, anak2 kita dapat ke sekolah, boleh tambah bini x2,x3,x4(joking saja…)
Kita dapat breath-in “fresh air”.
Sedih bila saya ke Jakarta, kanak2 mengemis ditepi jalanraya.
Saya really2 bersyukur pada Allah bagi saya peluang keEmasan di lahirkan ditanah yg saya pijak skrg MALAYSIA.
Ibubapa saya memang pelarian dari Cina masa perang-saudara & kita ini memang tetap “consider pelarian” di Malaysia, tapi amat syukur pada kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan
kita sebagai “Citizen of Malaysia/Rakyat Malaysia”.
Cuma DAPig & segolongan cina dibawah pengaruh DAPig lah yg tak bersyukur & ingin membuat kacau-bilau & nak merampas hak Melayu.
PAS akan kuat balik tanpa bergabung dgn kafir DAPig.
Awas : Cina DAPig memang komunis, anti-Islam/anti-Melayu sedang memperkudakan Melayu melalui pengkhianat/syaitan Melayu bernama Anwar Ibrahim utk memecah belahkan bangsa Melayu (niat JAHAT DAPig & si pengkhianat ialah nak tengok Melayu lawan/bunuh sesama Melayu).
Banyak Melayu(PKR/PAS) sanjung tinggi cina DAPig, I just can’t belief it!
Saudara2 Melayu, Wake up please!!!
Trust me sebab darah saya cina yg sukakan keamanan seperti ibubapa saya yg suka bergau dgn bangsa Melayu; dapat rasa kejahatan darah DAPig yg niat jahat tersembunyi!
Ceraikan secepat mungkin kerana segolongan ahli2 PAS sedang dlm deep dilema macam ahli2 Umno time Pak Lah.
Mereka lah yg akan collapsed kan parti sendiri (undi atas pagar).
Berjuang balik dilandasan Islam yg betul dgn FATWA2 yg TEPAT, akan dapat sokongan yg padat, insyaAllah.
PAS kena buangkan ‘Fatwa slogan undi PAS -masuk Syurga’.
Ini amat merunsingkan saya & saudara2 baru lah!
Ini akan mengelirukan saudara baru : boleh buat maksiat sepuas2nya, nanti 5 tahun sampai pilihanraya, cepat2lah undi PAS, confirmed/guranteed masuk syurga.
Fast path to syurga!!
Maafkan saya ini jika menginggung perasaan saudara2 PAS.
Sebab dlm Al-Quran tak ada sebut undi dlm politik boleh keSyurga.
Saya pakai otak(brain) fikir : negara2 Arab, Jakarta, Bosnia dll yg ada penduduk Islam, mereka kuat beribadah, tapi pilihanraya dinegara tak dapat pangkah PAS, habis mereka semua terus ke Neraka, macam mana ini!!!
Elok mereka semua migrate ke Malaysia yg ada parti PAS utk guaranteed ke syurga.
Itu sebab, parti politik JANGAN sesekali campur aduk Islam dlm politik, hilang kesucian Islam kita ini.
Jika PAS tak sudi atau belum time lagi nak bergabung dgn UMNO, keluar dari pakatan
Kafir, STANDALONE balik PAS dulu; selamat didunia & akhirat.
PAS akan kukuh balik.
Doa2 Ketua Tok Guru Pondok dapat memperbetulkan kekeliruan fatwa2 yg ada di pasaran(market).
Orang Melayu Islam di Malaysia paling kuat sekali sebab:
1. Dlm business saya dgn saudara pak Arab Iranian(JV di Malaysia). Terkejut saya, si Iranian makan DA”Pig”, minum arak,, kaki perempuan.
Islam di Indonesia pun tak sehebat kita Malaysia.
2. Saya ke luar negara dgn pekerja2 Melayu, kita elak makan makanan yg kita was2. Survive dgn kentang goreng & maggie mee.
Betapa hebatnya Melayu Islam Malaysia.
Dari pergaulan diri saya dgn saudara Melayu, saya dapat elakkan perbuatan yg haram, insyaAllah.
Jagalah kesucian Islam kita supaya kita sentiasa dihormati negara2 Islam lain.
Saudara ku, jangan bagi peluang kpd si pengkhianat Anwar Ibrahim/DAPig/Ambiga/Yahudi
Ambil peluang keeamasan ini utk menghancurkan kekuatan Melayu, please, please, please……
Melayu akan KUAT kembali jika bersatu, Untouchable by si kafir!
Maafkan saya sekali lagi.
Sekian,
Chow Abdullah
UMNO bodoh.. STUPID GOVERNMENT!!
BalasPadam