tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 17 Februari 2011

HATI HATI DENGAN LAKONAN PEMBANGKANG

Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.

"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk

Rabu, 16 Februari 2011

ANWAR BAKAL DI MUBARAK-KAN

Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.

“PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata sumber tersebut.Banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta ‘suara’ mereka diangkat.Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.

PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya.Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.

Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”.Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.Sementara itu turut dimaklumkan berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau.

Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau.Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR.Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu.Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.

Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.

NIK AZIZ TAK IKHLAS MOHON MAAF??

SELEPAS setahun berlalu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli berikutan kenyataannya menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'Jakun.'

"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Menurut laporan, Nik Abdul Aziz membuat gambaran tersebut ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu.

Berikutan itu, masyarakat suku kaum Jakun mendakwa terhina dengan kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis serta meminta Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf, tetapi tiada sebarang respon sehinggalah semalam.

Begitulah sukarnya seorang bergelar Tok Guru seperti Nik Abdul Aziz untuk memohon maaf sehingga mengambil masa setahun berbuat demikian.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak tahu Jakun nama keturunan atau suku kaum Orang Asli sebenarnya menunjukkan tahap pengetahuan Menteri Besar itu mengenai rakyat berbilang etnik di bawah pimpinannya.

Bagaimana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan selama lebih 20 tahun, mengatakan tidak tahu Jakun adalah salah satu suku kaum Orang Asli.

Justeru, mengambil kira perkara tersebut, timbul persoalan apakah permohonan maaf itu benar-benar datang dari hati nurani Nik Abdul Aziz, atau ia dibuat sekadar bagi menjaga perasaan masyarakat suku kaum tersebut demi memastikan survival politik Pas di negeri ini, terutama di Hulu Kelantan.

Tambahan pula, kemaafan itu hanya timbul selepas kumpulan masyarakat Orang Asli mengadakan pertemuan dengan beliau di kediaman rasminya, sedangkan tuntutan permohonan maaf itu pernah dikemukakan oleh masyarakat suku kaum berkenaan setahun lalu.

Penolakan suku kaum masyarakat tersebut kepada Pas di Hulu Kelantan menyaksikan Pas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil lalu dengan majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dan Pas, sudah semestinya tidak mahu senario tersebut berterusan dan melarat ke kawasan lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kerana ia akan hanya menggugat hasrat parti itu dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang kekal berkuasa di Kelantan, serta mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Lantaran itu, Nik Abdul Aziz mahu tidak mahu perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan balik sokongan masyarakat Orang Asli tersebut yang sebenarnya boleh menjadi penentu dalam percaturan politik di wilayah tertentu.

Ini sudah pastinya disedari oleh Mursyidul Am Pas berkenaan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam politik tanah air, terutama di Kelantan-negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli yang meliputi pelbagai suku kaum, salah satunya Jakun, tetapi sayang tidak diketahui oleh Nik Abdul Aziz.

Bilakah pula agaknya Nik Abdul Aziz yang telah menginjak usia 80 tahun akan meminta maaf kepada musuh politiknya terutama UMNO yang seagama dengannya, mengambil kira kenyataan beliau 'Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain'.

GAYA HIDUP MEWAH WAN AZIZAH

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.


NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailBagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.

Selasa, 15 Februari 2011

PAS PERLU HENTIKAN GADAI MARUAH DAN PRINSIP ISLAM

Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal hanya kerana mengejar kuasa dan pangkat dunia.Kerana kemaruk sangat untuk mendapatkan kuasa Pas atau Mursyidul Am Pas sendiri sudah hilang pertimbangan dan kewarasan dengan sanggup mengikut telunjuk Dap hanya kerana mahu mendapat kuasa dunia.Nik Aziz sanggup memutar belitkan apa sahaja demi untuk mempertahankan Dap yang terang terangan menolak Islam.

Kerana itulah amat wajar sekali pemimpin dan ahli Pas perlu segera menghentikan perbuatan menggadaikan maruah serta prinsip Islam semata-mata mahu berkuasa atau untuk kepentingan sendiri.Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, parti itu tidak seharusnya terlibat apatah lagi membiarkan ia dipergunakan untuk menjayakan agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Merujuk tindakannya keluar PKR pada Disember 2006, Mohamad Ezam mendakwa dipelawa untuk menyertai Pas selain pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu.

Jelasnya, beliau bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana merasakan Pas tidak mampu memimpin negara ini lebih-lebih lagi dalam menegakkan prinsip serta perjuangan Islam.Saya keluar PKR pada Disember 2006, selepas itu saya tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sehinggalah saya buat keputusan sertai UMNO pada 28 Mei 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.Sebelum saya membuat keputusan itu, saya ada jumpa beberapa pemimpin Pas termasuk timbalan presidennya. Masa itu, ada pelawaan supaya saya bersama-sama dengan Pas ekoran keputusan PRU yang memperlihatkan kedudukan UMNO yang begitu teruk.Saya nyatakan kepada mereka (pemimpin Pas), saya sedia sertai Pas sekiranya parti itu boleh lepaskan kerjasama mereka dengan Anwar atas prinsip menegakkan Islam. Namun, mereka tidak boleh beri jaminan itu," katanya.

Beliau berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Kampung Johan Setia, di sini malam semalam.Tambah Mohamad Ezam, selain terus bersekongkol dengan Anwar, Pas juga tidak mampu memberikan jaminan bahawa parti itu akan mengetuai pakatan pembangkang selain memastikan pelantikan menteri besar daripada kalangan pemimpin Pas, bukannya PKR.Jadi, buat apa saya sertai Pas? Masuk politik, berjuang habis-habisan tetapi Pas tak mampu beri jaminan itu sedangkan Rasulullah SAW ajar kita berpegang kepada prinsip dan menegakkan panji-panji Islam.

Sekarang ini, Pas nak pertahankan oal larangan arak di Selangor pun tidak mampu dan boleh tunduk kepada Exco Ronnie Liu sehingga menggadaikan prinsip Islam.Maka sebab itu saya buat keputusan sertai UMNO. Saya akui bahawa UMNO ini bukan sempurna kerana kita bukannya maksum atau malaikat, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah mengkhianati prinsip agama, bangsa dan negaranya sendiri," jelasnya.Beliau turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan merelakan segala-galanya hanya kerana Anwar memberikan jawatan seperti Exco, ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya sedangkan kemungkaran terus berlaku di hadapan mata mereka seperti isu arak, rumah urut dan sebagainya.

PAS SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA WALAUPUN BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP PAS SENDIRI.DEMI PERSAHABATAN YANG HANYA MAHUKAN KUASA PAS SANGGUP BERSENGKONGKOL DENGAN MUSUH ISLAM.....JADI AMAT WAJAR SEKALI KITA MENOLAK PERJUANGAN PAS YANG MENGHALALKAN APA SAHAJA YANG MENGUNTUNGKAN PARTI ITU DAN SANGGUP MENUDUH SESAMA ISLAM DENGAN BERBAGAI TUDUHAN DAN SANGGUP MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SENDIRI HANYA KERANA MENGIKUT TELUNJUK DAP.

KITA TOLAK PAS DI MERLIMAU DAN KERDAU.......

Isnin, 14 Februari 2011

NIK AZIZ DAH SEDAR KELEMAHAN KERAJAAN SENDIR

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.

Nik Abdul Aziz juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

"Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, Isnin

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu

NIK AZIZ PENIPU KALAU KATA KELANTAN BERSIH DARI SEGALA MAKSIAT

Pendedahan media mengenai terdapatnya penjualan tiket loteri haram dan pelacuran yang masih bergerak bebas di bandar ini membuktikan Kelantan bukanlah negeri "bersih" segala-galanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pemimpin kerajaan negeri daripada PAS perlu mengakui mereka sebenarnya telah gagal membasmi gejala itu serta merasa malu dengan keadaan tersebut.

"Ini bukan perkara baru kerana ia berlaku secara tidak berselindung lagi dan jika mendakwa Kelantan adalah negeri berlandaskan Islam, perkara itu perlu ditangani segera.

"Pendedahan media ini membuktikan segalanya bahawa gejala judi dan maksiat masih gagal ditangani dan ia agak memalukan kerana berlaku di negeri yang kononnya ditadbir secara Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, Ahad.

Akhbar Utusan Malaysia dua hari lalu melaporkan terdapat premis yang menjual tiket loteri secara haram dan bebas dibeli termasuk umat Islam di bandar itu.

Sebuah laman blog pula turut mendedahkan sebuah kawasan di bandar itu turut dijadikan tempat melepaskan nafsu yang terdapat pelacur yang bukan sahaja wanita tetapi juga daripada kalangan pondan.

Mengulas perkara itu, Mustapa berkata keadaan itu boleh diibarat kerajaan negeri sebenarnya "cakap tidak serupa bikin" dan yakin bukti itu tidak akan diakui oleh pemimpinnya.

Ahad, 13 Februari 2011

ANWAR NAK HURU HARAKAN NEGARA INI?????

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.

Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.
Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.

Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.Difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya


KOMEN PM

"Saya tak tahu apa-apa" - itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan PERKASA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang hadapi perbicaraan kes liwat nak lari ke luar negara dan cetuskan huru hara dalam negara dari sana.Beliau menjawab soalan berkenaan semasa sidang akhbar awal petang Sabtu ketika waktu rehat semasa adakan pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian di PWTC ,Kuala Lumpur.

Katanya sebelum ini pun sudah ada banyak laporan polis dan ada yang tidak ada apa-apa tindakan dan ada yang diambil tindakan.

Najib serah pihak polis siasat laporan polis yang dibuat oleh PERKASA itu.Ditanya mengenai pergolakan di Mesir beliau yakin rakyat tidak terikut-ikut kerana keadaan di Mesir dan Malaysia berbeza.Menurutnya semasa pergolakan di Mesir BN mampu menang besar di pilihanraya kecil Tenang.

Najib turut berharap peralihan kuasa di Mesir berjalan licin dan kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.

"Saya berharap tidak lagi berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti keganasan dan ketegangan yang serius.

"Saya yakin rakyat Mesir menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya.

Beliau yakin rakyat Mesir akan dapat sebuah kerajaan baru yang dapat membawa perubahan kepada rakyat dan memenuhi kehendak mereka.

Menjawab soalan, Najib berkata apa yang berlaku di Mesir tidak boleh disamakan di negara ini.

Katanya, kerajaan di sini menekankan rakyat didahulukan dalam setiap dasar dan program.

“Memang kita tidak boleh selesaikan semua masalah dalam sekelip mata..rakyat pun faham tetapi asalkan kita memenuhi kehendak rakyat dan ambil tindakan yang rakyat dapat rasakan, itu memadai

BUSUKNYA HATI ANWAR

ANWAR Ibrahim memang pakar manipulasi. Semua tahu Ketua Pembangkang itu selalu menangguk di air keruh biar sekalipun menggadai maruah negara.

Terbaru, terdapat sebuah video rakaman yang mendedahkan bagaimana Anwar pada Festival Salihara Ketiga di Jakarta pada Oktober lalu memperlekehkan batik Malaysia.

Tajuk ucapan beliau ialah Kebebasan dan Musuh-Musuhnya. Majlis itu memang sudah agak lama berlalu tetapi pada Awang ia masih baru dan panas. Rakyat Malaysia belum tahu perkara menarik yang Anwar perkatakan.

Isu ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia ekoran sentimen liar beberapa pihak di negara berkenaan pada waktu itu, digunakan oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya.

Seperti biasa, beliau mahu dipuja oleh kerajaan dan masyarakat negara luar dengan muslihat mendapatkan sokongan asing bagi mengenakan tekanan ke atas Malaysia. Pertama bagi menyelamatkan diri daripada perbicaraan kes liwat dan kedua, membantu menjayakan misinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Berikut adalah antara kata-kata yang diungkapkan oleh pemimpin PKR itu dalam ucapannya. ‘‘Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelek. Sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. jadi akhirnya saya memilih batik Afrika.’’

Ucapan Anwar itu mendapat sorakan dan hilai ketawa para hadirin. Awang geleng kepala semasa menonton video itu tetapi tidak terkejut kerana tahu reputasi Anwar.

Beliau boleh melakukan apa sahaja. Cuma Awang sedih dengan tindakan beliau yang tergamak merendah-rendahkan kesenian batik Malaysia. Apakah maknanya kepada pereka, pengusaha batik dan puluhan ribu orang yang bekerja dalam industri tersebut termasuk di luar bandar?

Pada Awang, ia suatu penghinaan daripada seorang Ketua Pembangkang kepada semua yang terlibat dalam industri batik tanah air.

Bukan setakat itu, ia juga penghinaan kepada seluruh kakitangan awam yang memakai batik setiap hari Khamis serta rakyat Malaysia yang selalu mengenakan batik terutama pada majlis-majlis.

Sepatutnya Anwar berbangga batik Malaysia semakin popular di peringkat antarabangsa.

Industri batik kita juga mendapat nafas baru kebelakangan ini termasuk diperagakan pada banyak pertunjukan fesyen berprestij. Peluang pekerja dalam industri itu untuk rakyat tempatan turut meningkat. Jika Awang berada pada kedudukan Anwar pada majlis itu, Awang akan puji batik Indonesia tetapi pada masa yang sama menyatakan rasa bangga terhadap batik Malaysia. Bukan sukar untuk mana-mana warga yang patriotik menghargai produk rakyat dan negara sendiri melainkan kita memang mempunyai niat yang serong. Tidak perlu untuk beliau menyemarakkan lagi sentimen anti-Malaysia di luar negara. Apa lagi untuk menjadikan batik kita sebagai mangsa kerakusan politik beliau. Adalah mudah untuk memahami mengapa Anwar berbuat demikian. Lalu Awang teringat kata-kata Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan semasa Forum Seminar Setiakawan Malaysia-Indonesia pada 15 Januari lalu, faktor individu dan tokoh dalaman yang ‘membuka pintu’ kepada pihak luar turut mempengaruhi ketegangan hubungan kedua-dua negara. Sejarah telah membuktikan bagaimana tumbangnya banyak tamadun dan kerajaan angkara gejala seperti itu. Apa yang berlaku dalam isu batik ini, membuktikan lagi siapa sebenarnya Anwar.

Sabtu, 12 Februari 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG JADI JUTAWAN SELEPAS MENANG PILIHANRAYA

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.

"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.

Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya.

Rabu, 9 Februari 2011

LAGI KELUAR PKR....PKR MAKIN NAK HANCUR

Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini.

Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan parti pembangkang itu jangan menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila ahlinya keluar parti dan menyokong BN sebaliknya mereka sendiri perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.

Mereka dakwa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri.

"Oleh kerana itu, kami membuat keputusan menyertai Gerakan kerana konsepnya berbilang kaum dan pemimpinnya merendah diri, sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat selain percaya hanya Barisan Nasional yang mampu menunaikan janji," katanya.

Beliau berkata, semua mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kira-kira 500 ahli PKR Ipoh Barat yang mengumumkan keluar parti pada Mac tahun lalu dengan baki kira-kira 300 bekas ahli membuat keputusan tidak mahu lagi bergelumang dalam politik dan mempercayai ahli politik selepas kekecewaan dan kesengsaraan yang dilalui sepanjang berada dalam PKR.

Subramaniam berkata, beliau bagaimanapun akan cuba memujuk mereka untuk kembali berpolitik dengan menyertai mana-mana parti komponen BN

SELEPAS INTERLOK KINI GILIRAN MY BALIK PULAU PULA DI BAKAR

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - semuanya dari Pulau Pinang.

gabungan bela hak insan presidentPresiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.

Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam dan menarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

GUAN ENG YAKIN PAS KALAH DI MERLIMAU

DAP tidak yakin PAS yang diberi laluan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, mampu merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata peluang PAS untuk menang dilihat agak sukar terutama jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor. Ini (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang. DAP akan tetap menghulurkan bantuan kepada PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya di sini, semalam.
Guan Eng diminta mengulas peluang pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang dijadualkan 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada BN yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, 20 Januari lalu.

Kelmarin, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang memilih PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, sekali gus mengenepikan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mahu meletakkan Pengerusinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Difahamkan PAS menyenaraikan beberapa nama untuk dicalonkan antaranya Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka; Kamaruddin Sidek dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizat Abdullah Jasme.
Bagi BN pula, tujuh nama disebut-sebut yang terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan antaranya Zaini, 50, yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau. Beliau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah pertama.

Nama lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad, Penghulu DUN Bemban, Jezlee Pit dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Di kalangan ahli politik yang akan dicalonkan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Abdul Nasir Bazid.

Selasa, 8 Februari 2011

KERANA KECEWA DI TENANG,PAS AKAN BERTINDAK LUAR BIASA DI MERLIMAU

Sudah tentu Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa yang baru pada pengundi Merlimau untuk merampas Merlimau dari BN.Nik Aziz akan gunakan apa saja untuk menutup segala kelemahannya di Galas dan Tenang.

Kerana itulah Umno sedia berhadapan dengan PAS yang dijangka akan menggerakkan jenteranya habis-habisan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas beberapa siri kekalahan PAS menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil sebelum ini, parti itu pastinya akan bertindak 'luar biasa' untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

"Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Bagaimanapun kita tidak gentar dan sedia memberi saingan kepada PAS," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang bersetuju agar PAS mewakili pakatan pembangkang itu di Merlimau.

Keputusan itu sekaligus menenggelamkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menawarkan diri bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Umno optimis untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau yang menjadi kubu kuat parti itu.

Bagaimanapun Ahmad menegaskan, Umno tidak memandang rendah kekuatan jentera parti pembangkang terutamanya dalam setiap pilihan raya kecil.

"Setiap kali pilihan raya memang kita nak menang dan kita yakin gelombang yang berlaku di pilihan raya kecil DUN Tenang akan berlaku di Merlimau, insyaAllah kita akan berusaha kekalkan penguasaan di Merlimau.

"Tapi pada masa yang sama kita tak memandang rendah kekuatan yang ada pada mereka, kita akan berusaha untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Mengulas mengenai tahap penerimaan awal pengundi di DUN berkenaan, Ahmad berkata: "Keadaan di Merlimau dan Melaka dari segi ekonomi dan politik begitu baik.

"Kita yakin rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memperjuangkan nasib mereka... sebab itu saya katakan peluang kita amat baik namun kita tidak akan berasa terlalu yakin, kita perlu kerja keras."

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Isnin, 7 Februari 2011

NIK AZIZ PEMECAH UMAT ISLAM

Orang Melayu dan juga sebahagian orang Cina dan India sudah menolak Pas yang semakin hari semakin jauh terpesong dari matlamat perjuangan Pas.Apa sudah jadi dengan Pas dalam PRK yang lalu terutama di Galas dan Tenang.Sudah jelas rakyat sudah muak dengan sikap Pas terutama Nik Aziz yang merasakan dirinya lebih tahu dari yang maha kuasa malah Nik Aziz tidak pernah berasa bersalah mengeluarkan pelbagai 'fatwa' karut kerana bagi Nik Aziz tiada siapa yang berani menegurnya walau pun golongan ulama dalam Pas sendiri.

Nik Aziz sentiasa merubah fatwanya agar ianya selari dengan perjuangan Pas.Lihat saja bila Pas mencalonkan wanita sebagai calon di Tenang.Sedangkan Nik Aziz pernah mengeluarkan Fatwa yg melarang wanita dari menjadi calon
dengan alasan mereka akan terdedah kepada fitnah dan tidak boleh berhimpit-himpit semasa berkempen.Nik Aziz juga ibarat tahu kedudukan beliau di Akhirat dengan menganggap dirinya di pihak yang benar apabila pernah berkata menteri-menteri UMNO yang mengkritiknya terpaksa meminta maaf dengannya di akhirat kelak. Kenyataan Nik Aziz ini menunjukkan bahawa beliau yakin dia tidak bersalah dan akan masuk ke syurga. Dialah satu-satunya orang Islam di Malaysia yang tahu nasibnya di akhirat kelak.

Cuba kita perhatikan bila Menteri Kanan Singapura menyarankan agar umat islam di Singapura tidak terlalu kuat peganganya pada Ugama islam.Sebaliknya Nik Aziz menyokong saranan Kuan Yew. Nik Aziz Nik Mat. Beliau sepatutnya menasihatkan sahabat karibnya itu tidak membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Sebaliknya Nik Aziz menambah kelukaan hati umat Islam yang mengiakan kenyataan Lee Kuan Yew itu.

Ini bukan kali pertama Nik Aziz berbuat demikian. Dalam beberapa kes pemimpin DAP yang menghina Islam, Nik Aziz sering mempertahankannya. Nampaknya Nik Aziz lebih mengutamakan politik daripada agama.Sejak Pas bersekongkol dengan DAP banyak prinsip perjuangannya sudah berubah. Kalau dulu UMNO berkawan dengan MCA dituduh kafir tetapi Pas tidur sebantal dengan DAP tidak apa. Kita tidaklah mahu menuduh Pas kafir tetapi fikirkanlah bila Pas menuduh UMNO kafir.Nik Aziz cuba menuduh nasionalis Melayu seolah-olah tidak Islamik. Tetapi beliau tidak tahu golongan nasionalis ramai lebih alim dan kuat pegangan agamanya berbanding ulama Pas. Mereka cuma tidak menunjuk-menunjuk baik di segi pakaian mahu pun perbuatan.

Nik Aziz lupa perjuangan nasionalis Melayu itulah yang telah meletakkan syiar Islam di Malaysia pada kedudukan tertinggi dan terhormat di mata dunia. Pas hanya pandai bercakap saja. Hendak berjuang menegakkan negara Islam pun takut dengan DAP.Kadangkala kita menjadi malu dengan orang bukan Islam atas sikap pemimpin politik Melayu seperti Nik Aziz yang pendirian agamanya berubah-ubah semata-mata kerana kepentingan politik.Ramai pemimpin Melayu Islam yang tidak berperinsip dan mudah terpedaya dengan mainan politik bukan Islam hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan politik. Ini sangat berbahaya. Mereka sanggup melakukan apa saja, waima menggadai agama dan bangsa.

Jadi amat wajar Nik Aziz wajar di gelarkan sebagaipemecah umat Islam di negara ini.Sama ada suka atau tidak, antara punca utama kekalahan calon Pas adalah orang Melayu semakin meragui dasar Pas terhadap perjuangan Islam. Bagi kebanyakan umat Islam, Pas pada era pasca Pilihan Raya Umum ke-12 semakin bercelaru dan tidak konsisten memperjuangkan Islam. Bermula daripada isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sehinggalah kepada sikap Pas tunduk kepada DAP, menyebabkan ramai orang Islam, jauh hati kepada parti itu.

Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan. Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.

Hanya satu cara kita umat Islam untuk mengajar Nik Aziz dari mengeluarkan Fatwa yang bercelaru dengan menyingkirkan Nik Aziz dari era politik tanah air.Jadi PRK di Merlimau nanti kita sama sama hancurkan pemusnah perpaduan Islam di negara ini.Sama sama kita renung renungkan....

SATU LAGI PRK DI SELANGOR????

ADUN PKR kawasan Sri Muda,Selangor Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah ketika didakwa dibawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin kerana menghina Sultan Selangor dalam laman blognya pada 30 Disember lalu.

PKR telah menurunkan pasukan peguam seramai tujuh orang untuk membelanya.

Suhaimi boleh hilang kerusi wakil rakyat jika didapati bersalah.Ini kerana hukuman kesnya ialah denda tidak melebihi RM5,000, atau penjara sehingga tiga tahun.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Beliau membenarkan Suhaimi diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam yang mewakili Shuhaimi ialah Edmund Bon,Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Suhaimi menyiar tulisan dalam blognya bertajuk "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959" semasa kemuncak isu lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munaw

Isnin, 31 Januari 2011

PAS HANYA ADA SATU JALAN KALAU NAK MENANG PILIHANRAYA

Pas sudah jauh menyimpang dari matlamat asal Pas untuk menubuhkan negara Islam.Ini semua kerana Pas masih menyimpas Nik Aziz yang sudah di anggap liabiliti pada perjuangan Pas selama ini.Saya merasakan kekalahan Pas di Tenang adalah satu tanda protes pengikut Pas pada Nik Aziz yang semakin lama semakin celaru dengan berbagai Fatwa yang tidak dapat diterima sebahagian penyokong Pas.

Jadi untuk menyelamatkan perjuangan Pas di masa akan datang ,Pas hanya perlu satu jalan dengan menyingkirkan Nik Aziz kerana semakin lama Pas menyimpan Nik Aziz selama itulah rakyat menolak Pas.

Apa sudah jadi dengan di Tenang.Bilamana Pas bukan semakin mendapat sokongan tapi semakin hilang sokongan dari penyokong sendiri,Selagi Nik Aziz ada selagi itu lah Pas akan di tolak.

Sabtu, 29 Januari 2011

SUAMI MALA PENGECUT

Suami calon Pas Kawasan tenang telah menghilangkan diri dari mengikuti isterinya bekempen dan ini menunjukan beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat Tenang yang semakin berang dengan penipuan cuti sakit nya itu.Jika sebelum ini beliau sentiasa menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dari pagi hingga malam, tetapi kelibatnya tidak kelihatan hari ini dan dipercayai 'kehilangan' Maarof ada kaitan dengan pendedahan mengenai MC selama 21 hari yang diambilnya.

Kenapa nak lari dan seharusnya mala perlu jelaskan perkara ini dalam setiap kempen Pas.Normala menjelaskan yang suaminya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja.Kalau apa yang di nyatakan Normala itu betul,kenapa suaminya mengambil cuti yang lama dan membantu beliau untuk berkempen sedangkan Normala harus tahu yang mendidik anak bangsa adalah sesuatu yang perlu diberikan keutamaan.Mana yang penting?kehulu hilir atau mendidik anak bangsa.Belum lagi jadi pemimpin rakyat Normala dan suami sudah menipu rakyat di Tenang.Inikah Orang yang nak kita angkay sebagai pemimpin???

Alasan Normala,bahawa punca suaminya mengambil cuti sakit kerana mengalami kemurungan selepas ditukarkan ke Johor Bahru adalah tidak benar dan boleh dipertikaikan.Ini kerana Suami Mala telah pun mengambil cuti sejak 6 Januari lagi iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 22 Januari lalu.Alasan ini tidak boleh diterima sama sekali. Cuti nya sememangnya sudah dirancang sebelum hari penamaan calon lagi kerana dia mula bercuti sakit pada 6 dan 7 Januari lalu sebelum menyambung cuti di klinik lain pada 10-23 dan 24-28 Januari. Jika Normala kata suaminya bercuti kerana penyakit murung, kenapa pula selepas hari penamaan calon dan bukan sebelum itu.

Jika Suami Mala benar-benar sakit, Normala perlu menemani dan menjaga suaminya daripada terus menjadi calon pada PRK DUN Tenang kerana sebagai isteri, beliau perlu mengutamakan suaminya melebihi kepentingan rakyat seperti yang disuruh dalam Islam.Jika tidak, Normala boleh dikira derhaka dan ini adalah satu lagi perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pada seluruh rakyat Tenang,besok adalah hari yang sangat sesuai untuk kita tolak sebarang muslihat calon Pas dari menjadi pemimpin kita.Tiada gunanya kita angat seorang pemimpin yang belum lagi menjadi pemimpin sudah menipu rakyat di Tenang.Kita pikir pikir kan lah apa akan jadi pada kita semua sekiranya seorang kaki belit menjadi pemimpin kita???

Jumaat, 28 Januari 2011

PAS TERSUNGKUR GARA GARA SUAMI MALA

Pas akan meratapi kekalahan di Tenang angkara suami calon Pas yang terang terang menipu rakyat di Tenang.Kalau sudah sakit buat saja cara orang sakit dengan duduk di rumah diam2.Segala penipuan Pas sudah jelas sebelum tiba hari mengundi dan ini akan membuat rakyat di Tenang merasa di tipu oleh Pas.

Oleh kerana itu adalah amat wajar sekali Kementerian Pelajaran menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.
Jika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.Sebelum ini, jabatan pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Jadi amat wajar sekali agar calon Pas di Tenang di tolak agar jangan rakyat di Tenang nanti menyesal tak sudah memilih pemimpin yang terang terang menipu.

Isnin, 10 Januari 2011

BAKAR INTERLOK IBARAT HINA AGONG

Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan mencetuskan ketegangan kaum.

NONE"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.

NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi.

MANA PAKATAN NAK KOREK DUIT UNTUK LAKSANAKAN PELAN 100 HARI???

Jual janji memang senang, apa lagi bila yang ditabur itu hasil usaha pihak lain, perjuangan puluhan tahun kerajaan Barisan Nasional yang kini hendak diagih-agihkan tanpa ambil kira kesannya pada generasi akan datang.

Seronoknya janji baru ditabur ketika banyak lagi janji dalam manifesto mereka menjelang pilihanraya umum Mac 2008 belum tertunai sampai hari ini.

Mungkin mereka rasa orangramai kini senang kena temberang.

Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sifatkan pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Ini kerana selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya Isnin.

Bulan lalu, semasa konvensyennya di Kepala Batas,Pulau Pinang pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.

Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.

Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya

Jumaat, 7 Januari 2011

PENGAKUAN SAKSI KES ROGOL MENTERI:SIAPA YANG TABUR FITNAH????KETAHUILAH YANG FITNAH ITU BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH



RANCANGAN SIAPA KALAU BUKAN PAS YANG SENTIASA MENABUR FITNAH....KETAHUILAH YANG FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH...PIKIR PIKIR KAN LAH.....

Khamis, 6 Januari 2011

SUK SELANGOR:APA RAHSIA BESAR YANG MAHU DI SOROK OLEH PEMBANGKANG DAN MB SELANGOR

SULTAN MURKA KENYATAAN DI PUTAR BELIT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan tindakan beberapa pihak yang memanipulasikan titah baginda berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.Dalam nada tegas baginda bertitah, pelantikan Mohammed Khusrin adalah sah mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.Pada hari ini beta merasa amat terharu dan kesal kerana banya titah beta yang telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan ramai rakyat beta di negeri Selangor ini," titah baginda pada Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Selangor dan pelantikan pegawai kerajaan negeri di Istana Kayangan di sini, Khamis.

Selain itu Sultan Sharafuddin menitahkan agar pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak terus diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda pernah menyatakan kepada Exco Selangor pada Majlis Santapan Sembah kasih sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-65 pada 5 Disember lalu bahawa baginda tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.Hasrat beta adalah untuk melihat negeri Selangor yang beta kasihi ini sentiasa dalam aman dan rakyatnya tidak kira apa bangsa dan agama hidup dalam harmoni dan sentiasa tolong menolong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain," titah baginda.

Justeru beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan," titah baginda.Dalam pada itu baginda turut menitahkan supaya seluruh pegawai kerajaan Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar urusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar.Beta juga menitahkan supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah mengikut undang-undang dan peraturan semasa," titah baginda.

Dalam Pada itu Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sekali lagi menegaskan bahawa semua kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak istana berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mendapat titah dan perkenan baginda.Beliau berkata, semua kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya telah disemak sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Semua kenyataan yang dikeluarkan adalah selepas menjunjung titah Sultan Selangor dan baginda sendiri menyemak setiap kenyataan yang dibuat.

Jadi kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa saya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada Baginda adalah tidak tepat," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Sementara itu, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) tidak mempunyai hak untuk membuat lantikan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata menerusi Fasal 1 dan 2 Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mestilah dilantik oleh sebuah suruhanjaya perkhidmatan yang relevan.Ini bermaksud dalam negeri Selangor, suruhanjaya yang berkaitan dalam pelantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan waran perjawatan.Memang Selangor ada SPN, tapi SPN bukanlah suruhanjaya perkhidmatan yang relevan yang dimaksudkan dalam Perkara 52 tersebut," katanya pada sidang media yang sama.

Selain itu katanya peruntukan undang-undang tidak menyatakan bahawa pelantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar sebelum sebarang lantikan dibuat.Maknanya bila pihak SPA melantik satu nama, maka pihak kerajaan negeri terpaksa akur kerana itu berdasarkan peruntukan undang-undang,

Rabu, 5 Januari 2011

MB SELANGOR SUDAH MELAMPAU....SULTAN TEGUR KHALID

Pelantikan SUK ikut prosedur
KENYATAAN akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2 (a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 D.Y.M.M Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada suatu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B Dato’ Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55 (1) (1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati’’ adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA’’ oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang berlaku sebenarnya, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BANI

Setiausaha Sulit Sultan Selangor

Selasa, 4 Januari 2011

PKR SELANGOR MAKIN BESAR KEPALA

Kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan kepada rakyat warna sebenar Pakatan Rakyat.

Jika selama ini terus menerus bersikap apa yang memihak kepada mereka saja yang betul, kini mereka sanggup pinda undang-undang tubuh kerajaan negeri asalkan matlamat tercapai.

Ramai kalanggan pemerhati politik menilai sesungguhnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggali lubang lebih besar dalam isu pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.

Penentangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang melantik Mohd Khusrin sekaligus menggambarkan pembangkang sudah ‘ besar kepala’ hingga memperlekeh SPA dan penjawat awam begitu sekali.

Sebenarnya tindak tanduk mereka terhadap pegawai kerajaan bukan benda baru.Sebelum ini beberapa orang Pegawai Daerah di Selangor turut diperlekeh kerajaan pimpinan Khalid.Hal ini berlaku semasa pegawai-pegawai terbabit diminta beri keterangan kepada Selcat berhubung isu peruntukkan ADUN Barisan Nasional (BN).

Pegawai Daerah Klang ketika itu, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat atau Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor melayanan mereka seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Tindakan itu katanya, tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Jelas ada dendam kesumat pemimpin pembangkang terhadap pegawai-pegawai awam terutama yang dianggap tidak memihak kepada mereka.

Mohd Khusrin adalah contoh terbaru mangsa pakatan rakyat yang jelas anti pegawai atau penjawat awam.

Pembangkang hanya manis dibibir kononnya mahukan pentadbiran yang telus sebaik mereka mengambil alih pentadbiran beberapa negeri daripada BN.

Sebaliknya, mereka hanya membesarkan dendam dan ego masing-masing.

Lihatnya, bagaimana Mohd Khusrin diperlakukan Khalid dengan tidak membenarkan temujanji untuk SUK baru itu berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Dalam sidang medianya petang Isnin, Mohd Khusrin berkata, majlis itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya di Shah Alam.

Mohd Khusrin hanya penjawat awam yang akur kepada perintah atasan apabila dilantik ke jawatan tersebut.

Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah Jais oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Katanya, sebagai penjawat awam, beliau tahu peraturan dan tahu apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya.

Tidak hairanlah apa yang berlaku padanya satu cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor.

Mohd Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan menteri besar dan exco-exco lain.

Sebaliknya, beliau telah menjadi mangsa serangan peribadi oleh pelbagai pihak sejak bermulanya isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor pada November 2009.

"Banyak isu negatif dilemparkan terhadap saya yang menggambarkan seolah-olah saya pegawai yang bermasalah, tidak patuh kepada arahan serta mempunyai agenda politik tertentu.

"Perlu ditegaskan bahawa apa yang saya buat sepanjang saya bertugas di Jais dan Mais adalah mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada,” ujarnya.

Bagusnya, Mohd Khusrin kekal dengan pendiriannya sebagai penjawat awam bahawa beliau masih SUK yang dilantik Ketua Setiausaha Negara selagi SPA tidak menarik balik lantikan tersebut.

Malah beliau akan mengangkat sumpah taat setia tugas di depan Sultan Selangor Khamis ini walaupun tidak dapat mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depan Menteri Besar.

Kini, kerajaan pakatan rakyat perlu menulis surat kepada SPA jika mahu Mohd Khusrin diketepikan dan digantikan calon yang mereka suka serta boleh mengikut tunjuk .

Namun, Khalid jelas melampaui kuasanya sebagai Menteri Besar dengan menghalang SUK baru itu menjalankan tugas serta mahu sidang tergempar DUN Selangor.

Sidang itu pula harus mendapat perkenaan Sultan Selangor terlebih dahulu dan perlu majoriti dua pertiga jika mahu meminda dan meluluskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor bagi memberikan semula kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar.

Dengan 35 kerusi DUN (PKR,DAP dan PAS), pakatan rakyat kekurangan satu kerusi bagi membolehkan mereka memperolehi dua pertiga kerana 20 kerusi lagi diwakili BN dan satu kerusi Bebas.

Lebih menarik, Penasihat undang-undang UMNO-BN Datuk Hafarizam Harun mendakwa Khalid telah melampaui batasan kuasanya ekoran tindakan beliau menghalang SUK yang baru daripada menjalankan tugas beliau.

Katanya, tindakan menghalang pelantikan Mohd Khusrin sebagai ketua pegawai kerajaan negeri akan mengganggu perjalanan perkhidmatan awam Selangor.

Beliau juga mendakwa langkah Menteri Besar itu mencetuskan satu situasi yang bahaya, yang boleh dicabar di mahkamah..

“Menteri Besar tidak boleh mengendalikan perkhidmatan awam negeri. Secara perundangan, Menteri Besar tidak boleh campur tangan dalam proses pentadbiran negeri harian.

“Menteri Besar tidak boleh memberi arahan kepada perkhidmatan awam kecuali beliau (Menteri Besar) bertindak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu,” kata beliau.

“Ini kerana ketua perkhidmatan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Kata Hafarizam, jika Khalid memberikan arahan secara langsung kepada jabatan-jabatan awam negeri dan agensinya, beliau akan bertindak melampaui kuasa yang ada pada beliau.

Sehubungan itu kata beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai “ulra vires” jika Khalid berbuat demikian.

“Bermakna ia boleh dicabar di mahkamah,” katanya.

Hafarizam berkata, perlembagaan negeri Selangor menunjukkan pelantikan Khusrin adalah sah dan Menteri Besar tiada asas untuk mencabar keputusan itu.

“Dari segi sejarah, Selangor merupakan negeri Melayu bersekutu. Perkhidmatan awamnya bukan (perkhidmatan) tertutup bermakna sesiapa sahaja dari persekutuan boleh dipinjamkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.

“Jadi, pelantikan perlu melalui SPA,,” kata beliau.

Jelaslah, pakatan rakyat Selangor mengali lubang besar dalam isu pelantikan Mohd Khusrin ini.

Cuma jangan mereka sahaja yang tertimbus kelak

LAGI KELUAR DARI PKR

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan keluar dari parti tersebut dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, Jeffrey menegaskan, walaupun beliau berhasrat untuk mengumumkan pengunduran berkenaan pada Khamis ini namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan pelbagai khabar angin oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan dirinya.

“Pada mulanya saya hanya ingin membuat pengumuman pengunduran daripada PKR selepas semua orang seronok menyambut perayaan Tahun Baru. Bagaimanapun, tindakan penyebar khabar angin tersebut telah melangkaui batasan.

“Kumpulan tersebut langsung tidak memberi peluang kepada saya dan keluarga menikmati sepenuhnya sambutan Tahun Baru bersama rakan dengan sebaik-baiknya. Ia satu yang mengecewakan dan dilakukan tanpa adab,” katanya.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, bagaimanapun perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, sejak menceburi kerjaya politik, beliau telah menyertai banyak parti dan setiap masa, parti yang disertainya itu berhadapan masalah dan menyimpang daripada perancangan dirinya.

“Saya menyedari bahawa politik di Malaysia pada akhirnya, tidak akan memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo. Sebagai ahli politik, kamu harus memilih parti yang boleh mengembangkan agenda kamu yakini.

“Ia satu perkara yang sukar untuk saya memilih mana-mana parti kerana agenda Borneo seakan-akan tidak benar-benar menjadi keutamaan. Apa sahaja yang orang ramai akan perkatakan, saya amat yakin untuk meninggalkan PKR adalah perkara yang perlu saya lakukan,” katanya.

Tambahnya, beliau perlu fokus terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini iaitu menerusi Barisan Bersatu Borneo (UBF).

Pada 16 Disember lalu, Jeffrey mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali UBF yang merupakan satu platform untuk membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Jeffrey berkata, sebagai pemimpin kumpulan pendesak tersebut, beliau akan memastikan bahawa agenda Borneo dapat dilaksanakan dan menjadikan Sabah serta Sarawak sebagai setaraf dengan Kerajaan Pusat.

Katanya, biarpun beliau sudah tidak lagi aktif berpolitik suatu hari nanti, UBF akan kekal sebagai kumpulan pendesak daripada golongan bukan parti politik untuk membentuk model politik baru.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH